BTC USD 75,884.4 Gold USD 4,347.65
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Konflik Asia Barat Berlarutan, Pemulihan Dijangka Ambil Masa Panjang - PM Anwar

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,142
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,142
Reaction score
346
Points
141
29ed1acf569d191c622f337d5064f25069a7fa34a11f0

--REUTERS

Konflik yang berlarutan di Asia Barat dijangka memerlukan tempoh pemulihan yang panjang, namun Malaysia berada dalam kedudukan ekonomi yang relatif lebih stabil untuk mengharungi cabaran tersebut, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Bila perkara ini berlaku, tentunya menjejaskan rantaian bekalan global khususnya tenaga dan Malaysia tidak terkecuali... cuma kita harus bersyukur ke hadrat Allah SWT kerana kita memasuki fasa ini dalam keadaan ekonomi yang relatif lebih stabil dan kita dapat bertahan... RON95 umpamanya dengan RM1.99.

“Itu mengejutkan kerana kalau lihat kos dan harga minyak dengan orang terpaksa beratur, ada catuan di negara-negara rantau itu... tentunya merimaskan… jadi, bila keadaan ini melegakan sedikit tidak bermakna kita boleh selesa,” katanya menerusi mesej video hari ini.

Beliau berkata perkembangan semasa menunjukkan konflik itu bukan sahaja menjejaskan negara-negara serantau malah tempiasnya kini dirasai di peringkat global termasuk Malaysia.

“Daripada perbualan saya dengan Presiden Iran, pimpinan negara-negara Teluk, Arab Saudi, Turkiye, Mesir dan juga kunjungan singkat saya ke Indonesia bersama (Presiden) Bapak Prabowo Subianto, semuanya menyatakan keadaan akan lebih parah sebelum dapat dipulihkan dan tentunya akan mengambil masa yang jauh lebih panjang.

Sehubungan itu, Anwar berkata keadaan yang sedikit "reda" tidak seharusnya menyebabkan masyarakat dan negara mengambil sikap selesa atau memandang ringan cabaran semasa.

Beliau juga berkata beberapa program khas bersama dengan Jemaah Menteri dan beberapa jawatankuasa khas telah diadakan bagi mengawal penggunaan bahan api sekali gus menjamin bekalan tenaga negara.

“Kita ucap terima kasih kerana perancangan Petronas dapat membantu kita menyediakan minyak dan gas yang mencukupi sekurang-kurang melangkau hingga Mei, dan ini sangat membantu rakyat serta negara,” katanya.

Perdana Menteri berkata kerajaan turut mengambil langkah awal termasuk mengawal sambutan Aidilfitri dengan penjimatan dan sambutan yang jauh lebih sederhana.

 
Back
Top
Log in Register