BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar Bincang Hubungan ASEAN-Rusia, Budaya Dan Isu Global Dengan Media Antarabangsa

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,148
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,148
Reaction score
346
Points
141

Anwar Bincang Hubungan ASEAN-Rusia, Budaya Dan Isu Global Dengan Media Antarabangsa​

ab5f92b125d712860d9483adaac346fa6a328f59b5956

58f647f5088b3a610ffad2b5eddda4c36a328b42b7b3f


Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menjawab pelbagai soalan, daripada kerjasama ASEAN-Rusia dan jaminan bekalan tenaga kepada kesusasteraan Rusia dan krisis kemanusiaan di Gaza, daripada media antarabangsa di luar Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di sini pada Rabu.

Fokus utama perbincangan ialah masa depan hubungan ASEAN-Rusia, dengan Anwar menyifatkan potensi kerjasama antara kedua-dua pihak jauh lebih besar daripada tahap penglibatan masa ini.

Terdahulu, ketika berucap pada forum berkenaan, beliau berkata platform seperti Forum Perniagaan ASEAN-Rusia membantu memupuk pemahaman dan kerjasama yang lebih erat antara dua pihak.

“Potensinya amat besar,” kata beliau sambil menambah bahawa walaupun ASEAN mempunyai hubungan ekonomi yang lama dengan negara rakan seperti Amerika Syarikat, China dan India, kerjasama dengan Rusia masih belum diterokai sepenuhnya.

Anwar berkata kerjasama rapat dapat dijalin dalam bidang jaminan bekalan tenaga, keselamatan siber, pertanian, teknologi digital, penyelidikan saintifik dan pendidikan tinggi.

Beliau turut menekankan perkembangan pesat Tatarstan dalam bidang teknologi, sains, penyelidikan, pendidikan dan pertahanan yang membuka peluang kepada kerjasama dan perkongsian ilmu yang lebih luas antara ASEAN dengan Rusia.

Perdana Menteri juga menyifatkan pertemuan beliau dengan Presiden Rusia Vladimir Putin baru-baru ini sebagai produktif, terutamanya dalam perbincangan melibatkan kerjasama ekonomi dan keselamatan tenaga.

Sesi soal jawab itu kemudian menjadi lebih santai apabila wartawan bertanyakan tentang lagu Rusia yang sering dipaparkan dalam akaun Instagram Anwar, termasuk Matushka, Zemlya dan Kalinka Malinka.

 
Back
Top
Log in Register