Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
PM Anwar Berucap Di Forum Perniagaan ASEAN-Rusia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucaptama pada Forum Perniagaan ASEAN-Rusia di sini hari ini, sebagai sebahagian daripada program yang diadakan bersempena dengan Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia.
Beliau akan menyertai forum yang berlangsung di Kazan IT Park dan akan disambut Menteri Pendigitalan Pentadbiran Awam, Teknologi Maklumat dan Komunikasi Republik Tatarstan Ilya Nachvin.
Anwar, yang juga Menteri Kewangan, akan menyampaikan ucapan di hadapan wakil perniagaan serta pegawai dari negara anggota ASEAN dan Rusia.
Kemudian, beliau akan menghadiri Majlis Makan Malam Gala Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Rusia di Tatar State Academic Theater, yang turut menjadi lokasi beliau menyertai kunjungan hormat ke atas Presiden Rusia Vladimir Putin.
Malaysia mengambil bahagian dalam sidang kemuncak peringatan itu, sebagai sebahagian daripada penglibatan ASEAN dengan Rusia.
Sidang Kemuncak ASEAN-Rusia merupakan platform penglibatan peringkat tertinggi antara ASEAN dan Rusia, mencerminkan hubungan kerjasama yang telah berkembang dengan ketara sejak terjalinnya hubungan dialog pada tahun 1991.
Rusia menjadi Rakan Dialog Penuh ASEAN pada tahun 1996 dan hubungan itu dipertingkatkan kepada Perkongsian Strategik pada tahun 2018, sekali gus menyerlahkan komitmen kedua-dua pihak untuk memperluas kerjasama dalam bidang politik dan keselamatan, ekonomi serta sosiobudaya.
Sementara itu, sidang kemuncak tahun ini di Kazan, ibu negara Republik Tatarstan di Rusia, amat signifikan kerana bertepatan dengan ulang tahun ke-35 hubungan dialog ASEAN-Rusia.