BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anwar bidas Sanusi berhubung kenyataan mengenai kesetiaan kaum lain

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Anwar bidas Sanusi berhubung kenyataan mengenai kesetiaan kaum lain​

fc6d5062-7140-4675-a590-b8e5bf9f0fbe-anwar-ibrahim-bernama-pic-250726.jpg

Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tiada pemimpin seharusnya membuat kenyataan yang boleh menyinggung perasaan kaum lain. (Gambar Bernama)

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) itu berkata, tiada pemimpin seharusnya membuat kenyataan yang boleh menyinggung perasaan kaum lain.

“Masyarakat Cina Malaysia dan India Malaysia menghormati Perlembagaan serta merupakan rakyat yang setia kepada negara. Ini sesuatu yang perlu kita raikan sebagai kekuatan negara kita.

“Saya sama sekali tidak bersetuju dengan sebarang kenyataan yang menghina atau mengetepikan peranan mana-mana kaum dalam negara kita,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan SMK Agama Sheikh Tahir Jalaluddin di Berapit, Bukit Mertajam, hari ini.

Sanusi menerima kritikan daripada beberapa pemimpin berhubung kenyataannya dua hari lalu dalam satu ceramah sempena PRN Negeri Sembilan.

Menteri besar Kedah daripada PAS itu turut dikritik oleh Presiden MIC SA Vigneswaran yang menggesa Barisan Nasional (BN) mengkaji semula pakatannya dengan PN bagi menghadapi pilihan raya pada 11 Ogos.

P Punithan, Presiden Parti Rakyat India Malaysia (MIPP) yang merupakan komponen PN, turut menolak kenyataan Sanusi dengan berkata Malaysia adalah satu-satunya negara yang dianggapnya sebagai tanah air.
 
Back
Top
Log in Register