BTC USD 75,597.2 Gold USD 4,266.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Siasat Sanusi lepas pertikai kesetiaan orang Cina, India, kata Ahli Parlimen

afwan83

Active+ Member
Messages
3,222
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,222
Reaction score
12
Points
25

Siasat Sanusi lepas pertikai kesetiaan orang Cina, India, kata Ahli Parlimen​

6f93ce78-6777-40c1-8c34-48cff562dcde-chong-zhe-min-n-sanusi-nor-collage-240726.jpg

Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin, berkata dakwaan kenyataan Pengarah Pilihan Raya PN Sanusi Nor pada satu ceramah di Jempol semalam disifatkan menghina jutaan rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India.

Ahli Parlimen Kampar Chong Zhemin, berkata dakwaan kenyataan Sanusi pada satu ceramah di Jempol, Negeri Sembilan, semalam bersifat menghina jutaan rakyat Malaysia berketurunan Cina dan India yang dilahir, dibesar, dan membina kehidupan mereka di negara ini.

Chong menuduh Sanusi, yang juga menteri besar Kedah, menggunakan hubungan kaum sebagai strategi pilihan raya, dan memberi amaran retorik sedemikian berisiko memupuk permusuhan antara kaum serta mengancam keharmonian nasional.

“Beliau membawa politik Malaysia ke arah yang sangat bahaya dengan memecahbelahkan rakyat antara mereka dikatakan hanya mempunyai satu negara dan mereka yang lain digambarkan mempunyai negara lain,” katanya dalam kenyataan.

“Kami bukan warga China atau India. Kami ialah warga Malaysia. Kami hanya mempunyai satu negara, hidup di bawah satu Jalur Gemilang, dan menumpahkan taat setia kami hanya kepada Malaysia.

“Nenek moyang kami telah membantu membina negara ini. Generasi demi generasi telah bekerja, membayar cukai, berkhidmat kepada masyarakat, dan mempertahankan kepentingan Malaysia.”

Beliau menegaskan, tiada pemimpin politik yang berhak mempersoalkan kesetiaan orang bukan Melayu atau mendakwa golongan itu milik negara lain semata-mata kerana etnik mahupun warna kulit.

Chong turut menyeru pemimpin Barisan Nasional (BN), khususnya MCA dan MIC, menjelaskan pendirian memandangkan kenyataan itu didakwa dibuat pada ceramah politik gabungan BN-PN.

Katanya, tindakan berdiam diri berdepan retorik berkenaan hanya akan memberi lebih banyak ruang kepada ekstremisme politik berkembang.

Beliau juga mendesak Sanusi menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf.

Sanusi dilaporkan media antaranya menyebut “Melayu tak ada dah tanah. Melayu ada Tanah Melayu ini saja. Orang India ada India, orang Cina ada China, orang Kemboja ada Kemboja, orang Siam ada Thailand. Melayu di mana? Melayu di sini saja.”
 
Oi dap. MB Sanusi tak pernah dakwa hang atau orang India di Malaysia sebagai warganegara India.

Sanusi sebut
Orang Cina ada Negara China.
Orang India ada Negara India.
Orang Siam (Thai) ada Negara Thailand.
Orang Kampuchea (Khmer) ada Kemboja.
Orang Melayu hanya ada Tanah Melayu

Bukan China dan India saja Sanusi sebut tapi negara-negara lain (Thailand dan Kemboja) pun beliau sebutkan juga.Lu dap suka pusing cakap, talak baik tau!

Sanusi hanya nak ingatkan orang Melayu jangan berpecah, sehingga negara Malaysia (Tanah Melayu) ini berpindah milik kepada pihak lain.

Kalau itu pun tak faham, lu boleh masuk kelas Pasti. Belajar Bahasa Melayu sampai faham!

 
Back
Top
Log in Register