afwan83
Active+ Member
- Messages
- 3,221
- Joined
- Aug 4, 2011
- Messages
- 3,221
- Reaction score
- 12
- Points
- 25
Peruntukan khas PM bukan untuk Ahli Parlimen, kata Fahmi
Fahmi Fadzil berkata peruntukan khas perdana menteri bukan untuk kepentingan peribadi Ahli Parlimen sebaliknya membantu penduduk di kawasan masing-masing. (Gambar Bernama)
Menteri komunikasi berkata, MyKHAS seperti dinyatakan dalam dokumen Rancangan Malaysia dan belanjawan adalah peruntukan khas perdana menteri yang mekanisme penyalurannya ditentukan oleh beliau.
“Peruntukan yang dimaksudkan adalah peruntukan khas perdana menteri. Maka terpulang kepada perdana menteri bagaimana untuk salurkan,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen PIBG Internet Selamat 2026 di Pusat Konvensyen Imbi.
Beliau mengulas sama ada wujud layanan berbeza terhadap wakil rakyat yang tidak sehaluan dengan kerajaan sehingga mereka tidak menerima peruntukan.
Pada 5 Ogos lalu, Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail mendakwa kawasannya disekat mengakses sistem MyKHAS sejak 29 Julai, sekali gus menjejaskan penyaluran peruntukan serta bantuan komuniti.
Rodziah berkata, tindakan itu menjejaskan pengurusan peruntukan kawasan bagi membantu golongan rentan, termasuk warga emas, OKU, pesakit kronik, dan institusi tempatan bawah Projek Mesra Rakyat (PMR).
Katanya, beliau masih anggota PKR dan blok penyokong kerajaan yang menyokong dasar kerajaan perpaduan, serta tidak pernah menentang parti sepanjang 28 tahun berkhidmat.
Dalam pada itu, Fahmi berkata peruntukan khas perdana menteri bukan untuk kepentingan peribadi Ahli Parlimen, sebaliknya membantu penduduk di kawasan masing-masing.
Katanya, permohonan bantuan dikendalikan Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri dengan mekanisme sama turut terpakai di negeri pembangkang bagi membantu rakyat.
Fahmi turut memberi contoh mekanisme penyaluran bantuan di Petaling Jaya dan Ampang.
Menurutnya, di Petaling Jaya peruntukan disalurkan melalui ketua bahagian PKR kawasan serta dua Adun, manakala di Ampang dikendalikan setiausaha politik perdana menteri.
“Ia tidak menjadi apa-apa masalah atau isu kerana duit itu akan terus disampaikan kepada rakyat dan tidak pernah sesekali pergi kepada Ahli Parlimen,” katanya.
