BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hanya ‘wayang’ DAP tuntut peruntukan Ahli Parlimen sama rata, kata Wan Saiful

afwan83

Active+ Member
Messages
3,221
Joined
Aug 4, 2011
Messages
3,221
Reaction score
12
Points
25

Hanya ‘wayang’ DAP tuntut peruntukan Ahli Parlimen sama rata, kata Wan Saiful​

7064f11d-interview-ahli-parlimen-tasek-gelugor-wan-saiful-wan-jan-8.jpg

Naib Presiden Wawasan Wan Saiful Wan Jan mempersoalkan mengapa DAP tidak membuat tuntutan itu lebih awal sekiranya ikhlas menjaga kepentingan rakyat.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasik Gelugor turut mempersoalkan mengapa baru sekarang DAP membuat tuntutan berkenaan selepas lebih tiga tahun parti itu menjadi kerajaan.

“Tuntutan ini adalah perkara yang baik. Tapi ia wayang saja, sebab kalau DAP serius kenapa tak tuntut dari awal?

“Dah dekat hujung penggal baru nak berlakon seolah-olah mereka peduli. Padahal sudah lebih tiga tahun mereka zalim dan menafikan hak peruntukan daripada kami wakil rakyat Perikatan Nasional (PN),” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Saiful berkata gesaan DAP supaya satu akta diwujudkan untuk menjamin peruntukan itu juga menunjukkan parti itu sebenarnya bimbang mereka akan menjadi pembangkang selepas PRU16.

Katanya, gesaan itu dibuat bukan atas sebab keikhlasan menjaga kepentingan rakyat, tapi hanya menjaga kepentingan DAP sendiri.

“DAP buat pengumuman seolah-olah mereka peduli mengenai hak wakil rakyat secara keseluruhan. Tapi sebenarnya DAP sekarang bimbang mereka jadi pembangkang selepas PRU16.

“Sebab itu baru sekarang dia mahukan akta diwujudkan untuk menjamin peruntukan. Sebenarnya mereka hanya nak sediakan ‘safety net’ untuk diri sendiri sahaja,” katanya.

Terdahulu hari ini, Pengerusi DAP Gobind Singh Deo menggesa Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyediakan peruntukan sama rata kepada semua Ahli Parlimen dan menggubal undang-undang bagi menjamin pemberian itu secara kekal.

Gobind berkata pemimpin DAP berulang kali menyampaikan kepada Anwar mengenai janji Pakatan Harapan (PH) untuk memastikan semua Ahli Parlimen menerima peruntukan sama rata.

Beliau menegaskan DAP komited melaksanakan janji berkenaan seperti terkandung dalam manifesto pilihan raya PH.
 
dapig sial nie tgh sedap ade kuasa
 
Back
Top
Log in Register