BTC USD 101,848 Gold USD 3,178.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Anak ketua polis Lahad Datu ditemui maut berlumuran darah

dloanman

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,635
Joined
Apr 15, 2012
Messages
42,635
Reaction score
4,481
Points
266
Awards
1

Anak ketua polis Lahad Datu ditemui maut berlumuran darah​

Bernama
-16 Apr 2024, 11:01 PM

Polis masih siasat punca kematian mangsa perempuan berusia 14 tahun itu.



View attachment e3e36346-garisan-polis-dilarang-melintas-fmt-260324.webp

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kakak mangsa satu-satunya individu yang menjumpai adiknya terbaring dalam bilik selepas pulang dari sekolah.

KUALA LUMPUR: Anak perempuan Ketua Polis Lahad Datu Dzulbaharin Ismail berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu, Sabah.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Polis masih siasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Kakak mangsa yang berusia 16 tahun merupakan satu-satunya individu yang menjumpai adiknya itu terbaring di dalam bilik selepas pulang dari sekolah.

“Bapa mangsa pula ketika kejadian berada di Kinabatangan atas urusan pindah rumah kerana baru berpindah (ke Lahad Datu) setelah dinaikkan pangkat,” katanya kepada Bernama.

Dzulbaharin dilantik ke jawatan itu pada 1 April.

Razarudin juga berkata, proses bedah siasat akan dijalankan pada 9 pagi esok dan pihaknya sedang mengumpul semua saksi untuk dirakam keterangan.

“Orang ramai dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi selagi siasatan belum disiapkan,” katanya.

SUMBER - https://www.freemalaysiatoday.com/c...lis-lahad-datu-ditemui-maut-berlumuran-darah/
 
Sponsored Post

Anak ketua polis Lahad Datu ditemui maut berlumuran darah​

Bernama
-16 Apr 2024, 11:01 PM

Polis masih siasat punca kematian mangsa perempuan berusia 14 tahun itu.​



View attachment e3e36346-garisan-polis-dilarang-melintas-fmt-260324.webp

Ketua Polis Negara Razarudin Husain berkata kakak mangsa satu-satunya individu yang menjumpai adiknya terbaring dalam bilik selepas pulang dari sekolah.

KUALA LUMPUR: Anak perempuan Ketua Polis Lahad Datu Dzulbaharin Ismail berusia 14 tahun ditemukan meninggal dunia dalam keadaan berlumuran darah di sebuah bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu, Sabah.

Ketua Polis Negara, Razarudin Husain, mengesahkan kejadian dan memaklumkan siasatan lanjut sedang dijalankan.

“Polis masih siasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Kakak mangsa yang berusia 16 tahun merupakan satu-satunya individu yang menjumpai adiknya itu terbaring di dalam bilik selepas pulang dari sekolah.

“Bapa mangsa pula ketika kejadian berada di Kinabatangan atas urusan pindah rumah kerana baru berpindah (ke Lahad Datu) setelah dinaikkan pangkat,” katanya kepada Bernama.

Dzulbaharin dilantik ke jawatan itu pada 1 April.

Razarudin juga berkata, proses bedah siasat akan dijalankan pada 9 pagi esok dan pihaknya sedang mengumpul semua saksi untuk dirakam keterangan.

“Orang ramai dinasihat untuk tidak membuat sebarang spekulasi selagi siasatan belum disiapkan,” katanya.

SUMBER - https://www.freemalaysiatoday.com/c...lis-lahad-datu-ditemui-maut-berlumuran-darah/


Anak ketua polis daerah ditemukan maut berlumuran darah​

  • Oleh AZMI NORDIN
  • 16 April 2024, 9:46 pm


logo-polis-1.jpeg
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Anak perempuan kepada Ketua Polis Daerah Lahad Datu ditemui maut berlumuran darah dalam kejadian di Taman Tabanak, Lahad Datu, hari ini.

Difahamkan, mangsa berusia 14 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam sebuah bilik di rumahnya sekitar pukul 12.40 tengah hari.

Dipercayai kejadian berlaku apabila mangsa sedang memegang pistol milik bapanya yang tertinggal di kediaman itu

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Hussain ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.
“Siasatan lanjut masih dijalankan, minta tiada spekulasi dikeluarkan,” ujarnya.-KOSMO! ONLINE.
 

Jangan buat spekulasi kes kematian anak perempuan KPD Lahad Datu - KPN​



LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.
LAPORAN portal Harian Metro sebelum ini.

Kuala Lumpur: Polis masih menjalankan siasatan berhubung kematian anak perempuan Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu yang ditemukan berlumuran darah di sebuah bilik di rumahnya di Taman Tabanak, Lahad Datu, Sabah, hari ini.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, kakak mangsa berusia 16 tahun adalah satu-satunya individu yang menemui remaja perempuan berusia 14 tahun berkenaan.

"Polis masih menyiasat bagaimana kejadian itu boleh berlaku. Kakak mangsa adalah satu-satunya individu yang menemui adiknya itu terbaring di dalam bilik berkenaan selepas pulang dari sekolah.

"Ketika kejadian, bapa mangsa pula berada di Kinabatangan, Sabah, atas urusan perpindahan rumah kerana baru berpindah selepas dinaikkan pangkat," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Mengulas lanjut, Razarudin berkata, proses bedah siasat akan dijalankan jam 9 pagi esok dan pihaknya kini sedang mengumpul semua saksi untuk dirakam keterangan.

"Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi contohnya mangsa tertembak diri sendiri atau sebagainya selagi siasatan belum disiapkan," katanya.

Pada 1 April lalu, Asisten Komisioner Dzulbaharin Ismail dilantik menjadi KPD Lahad Datu menggantikan Asisten Komisioner Dr Rohan Shah Ahmad yang sebelum ini menyandang jawatan itu sejak November 2020.

Disiarkan pada: April 16, 2024 @ 10:42pm

 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register