BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tiada Kejadian Lelaki Bersenjata Masuk Semporna, Lahad Datu - Polis

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Tiada Kejadian Lelaki Bersenjata Masuk Semporna, Lahad Datu - Polis​

18396c41874f02d6072784fc905578126a8087b05135a

fb Eastern Sabah Security Command

Tiada kejadian sekumpulan lelaki bersenjata masuk ke Semporna dan Lahad Datu, Sabah seperti didakwa dalam hantaran yang tular di media sosial, kata Komander Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) Datuk Victor Sanjos.

Beliau berkata situasi keselamatan di kedua-dua kawasan adalah terkawal dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan dakwaan tersebut.

"Hantaran yang tular itu tidak benar dan kita ambil maklum berhubung gambar yang dimuat naik di media sosial... setakat ini, keadaan masih terkawal dan pemantauan kita berterusan bagi mengesan sebarang ancaman atau aktiviti mencurigakan yang boleh menjejaskan keselamatan penduduk serta kawasan perairan Sabah Timur,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Victor berkata ESSCOM sentiasa menjalankan pemantauan dan kawalan keselamatan khususnya di perairan serta lokasi strategik dalam Zon Selamat Sabah Timur (ESSZone).

Beliau juga berkata sebarang maklumat berkaitan ancaman keselamatan hendaklah disalurkan kepada pihak berkuasa untuk tindakan dan pengesahan lanjut.

 
Back
Top
Log in Register