BTC USD 83,887.8 Gold USD 4,275.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amran dan Rakan-rakan - PART 189: ......?

Part 174: ROMBONGAN KE SEREMBAN

Rombongan Amran, rakan2 dan orang2 kampung tiba di bank tempat kerja Abg Tapa terlalu awal. Masih ada sejam setengah sebelum bank memulakan operasi, menurut pengawal keselamatan yang mengawal sekitar kaki lima bank itu. Maka mereka beramai2 menukar haluan ke kedai makan berhampiran yang baru saja dibuka.

Ahli rombongan ke Seremban ini agak ramai. Selain Amran, Salim dan Razak serta Tuk Said dan Haji Murad, turut serta adalah Faiz Subri, Aiman Tino, S. Kadarisman dan Najib. Entah apa tujuan empat orang tak berkaitan secara langsung itu turut serta, Amran pun tidak tahu.yang pasti, selain mereka berempat ada lagi beberapa orang kampung turut sama cuba untuk menyertai rombongan. Malangnya, van berkapasiti 10 penumpang itu hanya boleh memuatkan 9 org ahli rombongan sahaja kerana satu tempat perlu dikosongkan untuk Leman.

PAKCIK FAIZ : Awal bona lak kito ni tuk.
TUK SAID : Tu la. Mano la den tau puko berapo bank bukak.
PAKCIK NAJIB : Boto ko ini bank eh Amran? Kau jangan tersilap bank lak.
AMRAN : Boto, cik..
PAKCIK KADARISMAN : Ala.. Tau la deh. Dio kan dah datang sini semalam.
PAKCIK NAJIB : Yo tak yo lak kan..

Lalu sesi berbual kosong sambil minum teh dan menyuap roti canai berjalan lancar. Walaupun sekadar berbual kosong sahaja, namun kerancakannya berbeza. Mungkin kerana mereka kini berada di bandar Seremban, memberikan suasana berbeza bagi orang2 kampung seperti mereka. Kalau mereka berbual di warung Borhan, pasti tidak serancak itu. Tuk Said dan Haji Murad juga kelihatannya sudah kembali mesra. Maklumlah, kemelut antara mereka kini seolah2 sudah menemui jalan penyelesaian. Sedang leka berbual2, kedengaran satu suara memberi salam dari arah luar kedai makan. Masing2 segera menoleh sambil menjawab salam.

ABG TAPA : Tuk.. Abah.. Wuih, ghamai amek ni. Hahaha..
HAJI MURAD : Ontah la. Yang lelain ni ngengado bona nak ikut. Tak dibawak kang dikoba eh sombong lak.
PAKCIK AIMAN : Ala, aji.. Bukan selalu. Lagipun van tu muek. Takdo hal la kan.. Hahahaa..

Sebuah lagi meja diangkat dan disambungkan dengan dua buah meja yang sudah sedia tersambung itu. Untuk memberi laluan Abg Tapa duduk di tengah2 kelompok, Amran, Salim dan Razak mengalih tempat duduk ke meja baru yang disambungkan. Leman turut mengambil tempat di meja yang sama. Mereka sebagai orang muda merasakan kurang sesuai untuk masuk campur hal perbincangan orang dewasa. Cukuplah sekadar mereka mendengar dari tepi.

Dari perbualan Abg Tapa dan lain2, tahulah Amran yang Abg Tapa dan Leman menginap di hotel malam tadi. Mereka singgah makan ikan bakar di Tampin semasa dalam perjalanan balik ke Seremban. Abg Tapa cirit birit dan tepaksa keluar masuk tandas beberapa kali. Leman mandi pagi tapi tak gosok gigi kerana tiada berus gigi. Leman juga tak tukar baju kerana tiada baju tukar.

Untuk hampir setengah jam, perbualan mereka berkisar pada perkara2 tak penting. Hal pokok yang membawa Tuk Said dan Haji Murad ke Seremban masih belum disentuh sesiapa. Seolah2 masing2 masih ragu jika hal itu mengguris Abg Tapa jika dibangkitkan. Semua menunggu masa yang dirasakan terbaik untuk mula membicarakan hal yang lebih serius. Hanya Haji Murad yang kelihatan semakin tak senang duduk.

HAJI MURAD : Apo cerito eh kau jumpo mo Iha semalam?

Soalan Haji Murad membuatkan semua mulut lain terkunci. Gelak tawa terhenti serta merta. Semua mata tertumpu pada Haji Murad dan kemudian dialaih pula kepada Abg Tapa. Hanya Abg Tapa yg masih tersengih2.

ABG TAPA : Haha.. Kelakar jugak cerito eh. Nanti ese cerito an dalam flashback.


..... Bersambung
 
Esok den up part 175 yo..
Slow2 sikit sobab stok tak banyak.
Malam esok in syaallah part 176 pulak.
 
Part 175: BIAR KUPUJUK

“
Abang Tapa resah seresah2nya. Fikirannya sarat dengan pelbagai kemungkinan yang mungkin berlaku apabila dia bertemu dengan Fariha nanti. Sedikit sebanyak, dirasanya belum sedia untuk bersemuka dengan Fariha dan memaklumkan berita kurang enak itu kepadanya. Mungkin dia patut berpatah balik dan memikirkan hal itu semula. Belum sampai seminggu usia pertunangan mereka, kini dia sudah hendak putuskan. Mampukah Fariha menerima kenyataan pedih itu nanti?

ABG TAPA : Man.. Abg tak sodap hati la. Kito balik la jom. Kut disabar an sikit, mungkin nanti akan ado jalan yg lobih baik.
LEMAN : Ontah la bang. Ese ikut yo..
ABG TAPA : Alahai ekau ni. Jgn la ikut yo. Kut ado pendapek tu bagi la sikit.
LEMAN : Pendapek se, kito toruih an..
ABG TAPA : Sobab?
LEMAN : Dio macam kurap la. Makin lamo dibiar, makin merebak deh. Makin payah nak diubek.
ABG TAPA : Jadi, sebolum merebak, ubek an copek2.. Camtu?
LEMAN : Camtu la lobih kurang.
ABG TAPA : Hadui Man.. Ni bukan kurap. Takleh disamo an. Sekarang ni yang sakit Iha, yg sakit Tuk Said, acik Fasha. Sumo eh punco dari abang.
LEMAN : Kalau abang raso abang punco eh, jadi bang jugak la yg kono boto an balik keadaan. Ni pendapek ese yo bang. Sekarang ni kito dah tau ke mano kito nak poie, apo kito nak buek. Apo nak jadi lopeh tu, jgn dipikir an. Buek dulu apo kito dah rancang. Apo hasil atau akibat eh, itu dah bahagian rancangan Tuhan. Kito buek rancangan kito dah la. Rancangan Tuhan tu sorah la kek Dio.

Abang Tapa terdiam seketika. Rasa seperti diceramahkan oleh anak muda yang jauh lebih muda daripadanya itu. Tidak dapat dia menafikan kata2 Leman.

ABG TAPA : Ekau ni Man.. Dulu kemain sonyap. Sekarang handa pulak kau becakap yo.
LEMAN : Hehee..
ABG TAPA : Kito toruih an la rancangan kito.

Leman juga sebenarnya dapat merasakan perubahan dalam dirinya. Tahap keyakinan dirinya meningkat mendadak. Dahulu, sememangnya dia seorang yang selalu ragu2 dan sekadar mengikut sahaja gerak langkah rakan2nya. Namun akhir2 ini dia selah2 menjadi matang secara tiba2. Sebenarnya, dia tahu bila detiknya titik perubahan itu berlaku iaitu sejak dia kenal Rosmah. Mengenangkan Rosmah, Leman senyum sendiri sambil melihat pemandangan di luar kereta. Dia berangan suatu hari nanti dia memandu kereta membawa Rosmah jalan2 seluruh negara.

Semasa kereta melintasi papan tanda sempadan negeri, senja sudah pun merangkak masuk, menabiri cahaya mentari. Abang Tapa tanyakan kepada Leman jika dia tahu cara menjamakkan solat Maghrib dan Isyak. Leman kata pernah belajar tapi tak ingat sebab tak pernah buat. Jadi Abg Tapa ingatkan semula cara solat jamak kepada Leman kerana dia merancang utk terus menuju ke maktab tempat Fariha belajar. Dia khuatir pelawat tidak dibenarkan masuk jika lewat.

Mereka tiba hampir pukul 9.30 malam. Menurut pengawal keselamatan, pelawat tidak dibenarkan masuk ke perkarangan asrama selepas pukul 6 petang. Tambahan pula pelawat lelaki. Namun selepas Abang Tapa meyakinkan dan merayu2 supaya diberi peluang berjumpa dengan tunangannya, pengawal keselamatan tersebut bersetuju untuk membenarkan mereka berjumpa di pondok pengawal sahaja. Salah seorang pengawal masuk ke asrama untuk mendapatkan Fariha.

Jantung Abang Tapa berdegup sekencang2nya. Kedinginan malam yg disertai tiupan angin sepoi2 bahasa tidak cukup untuk membuatkan dahi Abg Tapa berhenti berpeluh. Di dalam otaknya berselirat pelbagai ayat yang cuba disusun untuk menjelaskan kepada Fariha tanpa mengguris hatinya tentang keputusannya memutuskan pertunangan mereka. Dia juga sudah merancang awal2, jika Fariha mengangis, dia akan turut cuba untuk mengalirkan air mata supaya dengan itu nanti boleh memberitahu kepada fariha bahawa dia sendiri sedih untuk menerima keputusan yang berat itu. Dengan bersuluhkan lampu jalan, dari jauh kelihatan dua susuk tubuh berjalan beriringan dari arah asrama ke pondok pengawal.

FARIHA : Assalamualaikum.
ABG TAPA : Wa.. Alai.. Kum.. Salam.
LEMAN : Waalaikumussalam. Ekau ni boto ko Iha ni?
FARIHA : Den la ni. Apo lak?
LEMAN : Macam makin tinggi yo. Sodap bona makanan kek sini agak eh. Baru seminggu kau dah jadi tinggi. Hahaha..
FARIHA : Ngarut la kau Man..

Abg Tapa masih kelu. Dijelingnya kaki Fariha. Ternyata memang Fariha kelihatan sedikit lebih tinggi kerana dia menyarungkan selipar tapak tebal yang Abg Tapa hadiahkan semasa hari pendaftaran Fariha ke maktab itu beberapa hari lepas. Abg Tapa telan air liur yg dirasakannya sangat pahit.

Abg Tapa meminta izin dari pengawal keselamatan untuk membawa Fariha ke dalam kereta untuk berbincang hal peribadi. Melihatkan kedudukan kereta yang diletak betul2 di bawah lampu jalan, pengawal keselamatan itu membenarkan. Di bawah sinaran lampu itu, tidak mungkin mereka berbuat sesuatu yang sumbang di dalam kereta. Sementara Leman duduk di bangku yang tersedia di luar pondok pengawal.

PENGAWAL : Ape hal tu? Macam serius je..
LEMAN : Memang serius pun.
PENGAWAL : Ape dia? Cerite la sikit.
LEMAN : Tak dapek doh cik. Mengumpek namo eh tu.
PENGAWAL : Ha? Menupek?
LEMAN : Mengumpek. Dio cannia.. Kut tak sompek nak mengumpek, tak dapek la kito duduk rapek2 sabil makan ketupek atau kerepek. Lambek atau copek, takkan diapik eh doh.
PENGAWAL : Ape bende kau cakap ni? Huh..

Melihatkan pengawal itu seakan2 tak faham bahasa loghat Negeri Sembilan, tak susah bagi Leman utk mematahkan niatnya hendak menjaga tepi kain orang. Pandangan Leman dilayang ke dalam kereta. Abg Tapa di tempat duduk pemandu sementara Fariha di sebelhnya. Mereka sudah mula berbicara namun sedikit pun buah butirnya tidak dapat Leman dengari.

Di dalam kereta, selepas bersusah payah mengumpul kekuatan dan keazaman, Abang Tapa mampu juga menceritakan tujuan sebenar yang membawanya hingga ke Melaka malam itu. Untuk seketika, Fariha diam sahaja dan membiarkan Abang Tapa meluahkan perasaannya. Bagi Fariha, hal itu sudah dalam jangkaannya sejak hari pendaftarannya ke maktab tempoh hari. Fariha sudah pun bersedia sepenuh hati untuk menerima apa sahaja kemungkinan. Bagi Abg Tapa pula, habis sudah dia lepaskan segala ayat yang dirancangnya. Namun Fariha masih membisu dan itu membuatkan dia semakin resah.

ABG TAPA : Iha cakap la apo2. Jgn la sonyap yo. Kalau Iha nak marah abang, Iha marah la. Abang tau, abg punco semuo ni.
FARIHA : Bang.. Tak payah la abang salah an diri sendiri. Hal jodoh ni kojo Tuhan. Dan dah tontu jugak Tuhan tak salah. Dah ni yg dio ondak, ni la kito dapek. Abg kono tabah la. Iha yakin, Dio tontu dah aturkan jodoh yang lobih baik untuk abang. Kito kono percayo dan selalu berdoa. Iha pun akan doakan untuk abang jugak. Insyaallah. Jgn putuih aso dgn rahmat Tuhan. Kalau kito tak dapek apo yg kito ondak, bukan bermakno Tuhan sajo taknak bagi. Tapi tontu ado pengganti eh yg Dio sajo tau. Abang soba la yo. Tuhan sentiaso bersamo2 orang yg soba. Kito ni putuih tunang yo. Orang lain ado yg dah kawin bertahun2 pun corai. Ujian kito ni, diikut an kocik yo sebona eh.

Sekali lagi Abg Tapa terdiam, diceramahkan oleh bakal ustazah yang jauh lebih muda daripadanya.
“

ABG TAPA : Bayang an Tuk.. Ese punyo la berpoluh2 dahi porah kepalo otak cari ayat nak pujuk Iha, takut dio sodih. Tapi akhir eh, dio pulak yg pujuk ese.. Kahkahkah..
TUK SAID : Hahaha.. Iha tu memang hati bosi. Tengok la sapo ayah eh..
HAJI MURAD : Alhamdulillah. Kalau Iha takdo masalah, sonang la hati kito sumo.
ABG TAPA : Boto tu bah. Osah logo eh hati Tapa bah.
PAKCIK FAIZ : Buleh la kau balik kampung lopeh ni..
ABG TAPA : Hahaha.. Tu perli tu cik..


..... BERSAMBUNG.
 
Part 176

Abang Tapa tiba2 bangun dan meminta izin daripada org2 tua yang ada untuk ke tandas. Org tua2 itu terus berbual kali ini dengan topik yang sama, mengulas tentang pertemuan Abg Tapa dgn Fariha semalam. Abg Tapa pula, baru separuh jalan ke tandas, dia berpaling semula. Isyarat mata yang ditujukan kepada Leman segera Leman fahami. Leman juga turut bangun meninggalkan meja. Mereka berbisik2 sebentar di luar pintu tandas. Kemudian barulah Abg Tapa masuk ke tandas dan Leman pulang ke meja makan.

TUK SAID : Apo hal eh Tapa tu?
LEMAN : Takdo apo. Dio suruh tuk mo yg lelain tunggu sini jap. Dio nak naik ke opis jap. Dio bagi duit ni buek bayar makan.

Leman hulurkan tiga keping wang kertas yang sah diperlakukan dengan nilai sepuluh ringgit kepada Tuk Said.

PAKCIK AIMAN : Laa.. Nak belanjo makan pun sampai nak berbisik2. Macam la kito nak tolak kalau pun dio hulur duit dopan kito, yo tak..
PAKCIK KADARISMAN : Ontah eh.. Tapi tigo puluh inggit tu banyak tu. Buleh seround lagi ruti canai ni ghaso eh. Hahaha..

Leman pula memberi isyarat tangan kepada Amran, Salim dan Razak supaya bangun dan mengikutnya. Tanpa soal, serentak mereka bertiga bangun. Tindakan mereka tidak dihiraukan oleh orang tua2 yang ada kerana mereka sedang sibuk memesan roti canai dan minuman untuk pusingan ke dua.

SALIM : Ke mano ni?
LEMAN : Naik ateh. Poie opis Abg Tapa. Dio nak jumpo kito berompek.
RAZAK : Apo hal eh.
LEMAN : Ado la. Kang tau la. Biar dio yang cerito.
SALIM : Ekau tau tak apo hal eh?
LEMAN : Tau.
AMRAN : Dah tu.. Cerito yo la.
LEMAN : Ala.. Kojap lagi tau la. Takkan nak cerito kek tanggo ni lak.

Amran keliru. Ikutkan cerita Abg Tapa tadi, segalanya tentang perjumpaan Abg Tapa dengan Fariha berjalan lancar, lebih lancar daripada yang dia fikirkan. Jadi apa lagi yang belum selesai? Tambahan pula, Abang Tapa memanggil mereka berempat untuk membicarakan hal itu, seolah2 tidak mahu hal itu diketahui oleh orang tua2 yang turut mengikut rombongan hari ini.

Mereka tiba di pejabat tetapi tidak kelihatan kelibat Abang Tapa. Mereka duduk di kerusi panjang yang dikhaskan untuk pelanggan bank yang menunggu giliran untuk berurusan.

RAZAK : Mano lak Abg Tapa ni?
LEMAN : Kan dio poie bilik air tadi. Kojap laie sampai la deh tu.

Amran berasa sangat tidak tenang. Masih ada perkara yang belum Abg Tapa ceritakan di kedai makan tadi. Apakah perkara itu? Pelbagai kemungkinan berasak-asak di dalam kotak fikiran Amran. Tambahan pula tiba2 Abang Tapa meminta mereka berempat berjumpanya di pejabat, jauh dari orang tua2 yang sedang enak menjamu selera di kedai makan. Tentu perkara ini agak sensitif dan Abg Tapa tidak mahu kongsikan bersama ayahnya dan ayah Fariha.

Paling Amran risaukan jika perkara itu berkaitan dengan dirinya. Sama seperti hal soal siasat pelik Makcik Kiah malam tadi. Walaupun Amran pasti bahawa dia dan Fariha tidak pernah menjalin apa2 hubungan istimewa, namun jika Makcik Kiah dapat menghidu sesuatu, mungkin orang lain juga dapat menghidu bau yang sama. Atau mungkin semasa pertemuan Abang Tapa dengan Fariha semalam, Fariha ada menyebut namanya. Amran resah. Namun sedaya upaya dia cuba menyembunyikan keresahannya daripada terpancar dari riak wajahnya.

Tiba2 seorang wanita pekerja bank berbangsa Cina menghampiri mereka. Dari jauh lagi wanita itu sudah mengukir senyuman. Sememangnya dia wajar melemparkan senyuman begitu kepada pelanggannya. Bila sudah dekat, terpampang pada tanda nama yang tersemat di dadanya nama yang sangat ringkas, Ooi.

CIK OOI : Hallo.. Boleh saya bantu?
RAZAK : Aaa.. Takda apa. Kami tengah tunggu Abang Tapa.
CIK OOI : Mustafa Kamal ke?
LEMAN : Aah.. Dio suruh tunggu kek sini tadi.
CIK OOI : Oo.. Bos pun tengah tunggu dia tu. Kalau ada apa2 nak bantuan, boleh jumpa saya di sana ya..

Cik Ooi kembali ke mejanya. Telefon berdering dan dengan segera dia mengangkat telefon. Pertuturannya sangat lancar, langsung tiada pelat Cina. Namun perhatian Amran lebih tertumpu kepada menunggu kemunculan Abang Tapa. Selang lima saat, matanya akan terpaling ke arah pintu pejabat, tertunggu2 saatnya pintu itu dibuka dari luar oleh Abang Tapa. Tidak berapa lama, Abang Tapa muncul juga akhirnya.

ABG TAPA : Lamo ko tunggu?
RAZAK : Lamo jugak bang. Menyosa pun ado ni. Baik tunggu kek kodai makan tadi. Sompek jugak suap ruti canai lagi sekoping patut eh.
ABG TAPA : Haha.. Sori, sori.. Sakit porut lak tetibo.
SALIM : Takdo la lamo bona pun bang. Tapi bukan kito2 ni yo yg tongah tunggu abang. Bos abg pun tongah tunggu abg tu. Co tanyo cik Ooi tu ha.

Cik Ooi baru sahaja menamatkan perbualan telefonnya. Dengan tergesa2 dia mendapatkan Abg Tapa yang dilihatnya sudah masuk ke pejabat. Abang Tapa terpaku di tempatnya berdiri sebagaimana orang bersalah layaknya.

CIK OOI : Haiyo, encik Mustafa Kamal oi.. Dari tadi bos tunggu kau, tak tibo2.
ABG TAPA : Alamak ai.. Yo ko? Apo hal eh?
CIK OOI : Pasal loan nak boli tanah kek Senawang semalam tu. Dokumen sokongan eh tak cukup.
ABG TAPA : Memang la. Org tu koba semalam hari ni baru dio nak hantar yang longkap eh.
CIK OOI : Laa.. Den mano tau cerito. Ekau yg urus an semalam. Kau poi jumpo bos sendiri la. Ko, kau nak urus an yg ni dulu?
ABG TAPA : Yg ni takdo apo2 ni. Bukan customer ni doh. Ado hal personal sikit nak bincang mo bebudak ni. Den poie jumpo bos dulu la.

Abg Tapa meminta diri untuk ke bilik bosnya sebentar. Cik Ooi berjalan kembali ke mejanya. Amran dan rakan2 memerhatikan sahaja Cik Ooi dari jauh. Wanita membelek2 helaian2 kertas di atas mejanya. Sekali sekala dia mencatatkan sesuatu di atas kertas lain. Tiba2 Razak bangun dan bejalan ke arah Cik Ooi. Terus sahaja dia tarik kerusi di depan meja Cik Ooi lalu melabuhkan punggungnya.

RAZAK : Kak.. Akak ni Cino kan?
CIK OOI : Aah.. Apo lak?
RAZAK : Handa akak cakap bahaso nismilan yoh.
CIK OOI : Apo nak heran lak. Akak lahir kek Jolobu, bukan kek Beijing.
RAZAK : Semalam ese ado datang sini jumpo Abg Tapa. Tak perasan lak akak.
CIK OOI : Yo ko? Potang ko pagi?
RAZAK : Potang.
CIK OOI : Semalam akak kojo sekorek ari. Anak akak domam.
RAZAK : Eh.. Dah beranak?
CIK OOI : Apo yg kau polik an? Ingat pempuan Cino Jolobu takleh beranak ko?
RAZAK : Hehe.. Nampak mudo, dah kawin lak ghupo eh. Ese baru cadang nak ngurat tadi. Lopeh ni kono boto an balik la. Kono la panggil Puan Ooi.
PUAN OOI : Aah.. Sapo la tadi memandai2 tulih CIK OOI ni?
RAZAK : Ipp la tu. Sesuko hati dio yo.

Ternyata pejabat bahagian pinjaman itu tidak sibuk hari ini. Abang Tapa boleh sewenang-wenangnya bersarapan lama2. Puan Ooi boleh layan Razak berbual2 kosong. Semakin lama semakin rancak pula perbualan mereka. Sememangnya antara mereka berempat, Razak paling ramah terutamanya dengan perempuan. Namun dia bukan seorang lelaki berhidung belang. Dalam ramai2 gadis di kampung, Ina yang berbadan agak gempal itu yang menjadi pilihan hatinya.

SALIM : Den pun sebona eh tekojut jugak donga akak tu cakap loghat nismilan tadi. Lancar boto.
AMRAN : Apo nak heran an. Atong pun buleh cakap nismilan. Cino jugak, lancar jugak..
SALIM : Itu lelaki. Ni pempuan. Den tak ponah donga.
AMRAN : Kito tak ponah donga sobab kek kampung kito takdo cino pompuan. Sebona eh ghamai yo yg biaso cakap bahaso nismilan.
LEMAN : Aah.. Den ingat maghin, kek stor gotah Tauke Leong tu, ado sorang pekojo eh, yg pompuan pakai spek tu, dio ponah beburak mo Abg Tapa, cakap bahaso nismilan.
SALIM : Ado ko pekojo pompuan?
LEMAN : Ado.. Lawa, manih yo budak eh. Bayo2 kito yo ghaso eh. Mudo laie.

Ai Lin! Nama itu muncul kembali dalam benak fikiran Amran. Seingat Amran, tidak pernah dia ceritakan tentang Ai Lin kepada rakan2nya. Dan Amran mahu teruskan begitu. Biarlah rahsia tentang Ai Lin berlayar pergi bersamanya yang kini jauh di utara tanah air.

Razak kelihatan tersengih2 kembali ke kerusi panjang tempat duduk pelanggan. Mungkin dia sudah puas mengayat Puan Ooi. Atau mungkin puan Ooi yang menghalau dia kerana mengganggu kerjanya dengan perbualan yang tak berfaedah. Razak terus duduk semula di tempat duduknya tadi.

RAZAK : Lambek lak Abg Tapa ni.
SALIM : Aah la.. Kau cerito yo la Man.
LEMAN : Ala.. Tunggu la kojap. Tu, Abg Tapa dah keluar tu.

Abg Tapa dilihat keluar dari bilik bosnya. Terus saja dia mendapatkan Amran dan rakan2 di kerusi panjang tempat duduk pelanggan. Langkahnya agak laju.

ABG TAPA : Adui.. Ado kojo sikit ha. Kau cerito dulu kek yg lelain, Man. Setel kojo ni kang abg datang sini balik.

Tanpa menunggu respon, Abang Tapa mengalihkan hala langkahnya ke meja kerjanya. Diselak2 helaian kertas di atas meja, kemudian dengan pantas dibawanya beberapa helai kertas masuk semula ke bilik bos.

LEMAN : Abg Tapa dah waris an kek den utk cerito, jadi den cerito la. Yg ni serius. Donga bebaik..

Amran, Salim dan Razak memasang telinga.


..... Bersambung.
 
bestnya.. tapi momentum turun... kena refresh blk ni... huhuhu
 
dah sebulan cite kuar baru den tahu....dah nak masuk tahun baru...
bebudak ni mcm dah makin bosa yo.... yolah dah hampir 2 tahun kot
 
Part 177

Segala yang diceritakan oleh Leman sangat mudah difahami dan dihadam oleh Amran dan rakan2nya yang lain. Mungkin itu jalan yang terbaik untuk Abang Tapa. Mungkin itu lorong yang telah ditentukan untuk Abang Tapa lalui. Kalau berhasil seperti mana yang dirancang, benarlah bahawa jodoh itu hak mutlak Tuhan untuk menentukan. Dan Dia akan tunjukkan jalannya selagi insan tetap bersabar dan percaya. Ketika Abg Tapa selesai urusannya dengan bos, segala hal sudah pun diterangkan dengan jelas oleh Leman kepada rakan2nya.

ABG TAPA : Camno? Apo pendapek kau yg lain2?
SALIM : Ngam bang.
AMRAN : Insyaallah. Ini yang terbaik bang.
RAZAK : Ese tak sangko Leman ni genius bang. Kut ikut an zaman sekolah maghin, dio la yang paling bongap. Hahaha.. Den gurau yo Man. Tapi serius, idea kau memang genius Man.
LEMAN : Ni bukan idea den Jak. Kalau idea den kono pikir, kono cari. Ni den tak pikir pun. Tetibo yo masuk dalam otak den. Ini yang dinamo an ilham.
ABG TAPA : Tapi, kau tak ghaso macam tergoso2 bona ko?
AMRAN : Ese tepikir jugak camtu bang. Apo lak kato org nanti. Tapi lantak la apo org nak kato pun. Tuk Said ado kek bawah tu. Ese ghaso, kalau kito bagitau kek Tuk Said ni kang, dio lah yg paling setuju sekali.
SALIM : Iyo yo tu. Mungkin ini hikmah eh org tuo tigo ompek org tak memasal ikut ke sini sekali tu. Sesuai la nak dijadi an rombongan merisik.
RAZAK : Ese menyokong ponoh bang. Tapi apo2 pun, keputusan eh kek abang. Kalau jadi, moh kito bincang balik kek bawah mo Tuk Said dgn yg lain2.

Abg Tapa diam sebentar. Dari raut wajahnya, jelas ternampak yang dia sedang mempertimbangkan keputusannya dengan sehabis teliti. Amran percaya, rancangan yang terbit dari ilham Leman itu sangat baik. Tinggal lagi mungkin agak tergesa2 jika terus dilaksanakan hari ini dan boleh mencetuskan pandangan serong orang kampung.

ABG TAPA : Camni lah.. Hal ni bukan kono buek hari ni kan. Esok buleh, luso buleh, minggu dopan, bulan dopan, pun buleh.
LEMAN : Lagi copek lagi baik bang.
RAZAK : Alahai ekau tu Man. Den paham amek tektik kau. Nak copek2 sobab kau nak menyinggah kan? Kekekekee..
LEMAN : Eden ikhlas ni. Kut lambek2 nanti, terlopeh kek org lain lak. Tapi pasal nak menyinggah tu iyo jugak. Haha..
AMRAN : Bagi se la bang,copek ko lambek ko, kalau dah jodoh tak ke mano. Tapi elok kalau dicopek an. Kut dikiro an abg sanggup tunggu lamo2, baik abg tunggu yo Iha tu habih belajar tigo taun.
ABG TAPA : Pasal Iha camno ha? Apo lak dio pikir kalau dio tau, baru yo lopeh putuih tunang, abang toruih cari pengganti dio? Macam jahat lak abg buek camni. Takdo ko pengganti tompek abg lak utk dio? Kau takdo ko ilham, Man?

Amran terkedu. Terasa silap langkahnya menyebut nama Fariha ketika itu.

LEMAN : Hal Iha tu jgn dirisau an. Apo2 pun dio kono habih an dulu kursus tigo taun eh.
RAZAK : Ado la nanti tu bang. Amran ni pun bolum ado makwo lagi ha. Cubo kito kenen2 an dio mo Iha. Mano tau kut2 menjadi lak.
ABG TAPA : Eh.. Aah la. Ekau takdo makwo lagi kan Ran. Try la ngurat Iha tu. Lawa Iha tu. Rugi kalau kau tak nak. Hahaha..
SALIM : Iyo tak yo la Am. Hahaha..

Pipi Amran terasa kebas. Seakan2 darah tidak mengalir di situ. Dalam hati Amran menyumpah2 Razak yang mulutnya tidak bertapis itu.

LEMAN : Hadui.. Lari tajuk ni. Lambek2 kang boring lak org2 kek bawah tu. Hal Iha tu tak payah dirisau an. Baik kito tumpukan hal merisik kak Sakinah utk Abg Tapa dulu. Samo ado nak merisik hari ni ko, esok ko, bilo2 ko, moh kito bincang mo Tuk Said dgn yg lain2 dulu.

Mujur provokasi Razak yg disokong oleh Salim dipatahkan oleh Leman, sedang Amran sendiri sudah kekeringan ayat untuk menyelamatkan diri.


..... Bersambung
 
Back
Top
Log in Register