BTC USD 83,657.5 Gold USD 4,154.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amran dan Rakan-rakan - PART 189: ......?

Part 164: JANGAN BALIK KAMPUNG

Tidak sempat Abg Tapa menjawab, tiba2 Salim masuk ke dalam bilik bincang dengan diikuti Leman dan Razak. Mereka sudah selesai solat Zohor.

SALIM: Am.. Ekau dah semayang ko?
RAZAK: Ontah.. Lamo tunggu tak sampai2.
ABG TAPA: Poi semayang dulu Amran. Kang sambung burak balik. Dah nak habih waktu dah ni.

Walaupun hatinya masih belum puas kerana soalan penting itu belum dijawab oleh Abg Tapa, Amran terpaksa juga meninggalkan majlis. Dengan cepat, dia melangkah ke arah tandas yg dimaksudkan oleh Abg Tapa tadi. Ramai pekerja sepejabat Abg Tapa sedang sibuk dengan rutin kerja masing2, membiarkan sahaja Amran berlalu tanpa mempedulikannya. Hinggalah Amran lalu di sebelah seorang pekerja perempuan dan wanita itu menegurnya. Agak cantik dan bergaya orgnya.

WANITA: Adik ni org kampung Tapa ko?
AMRAN: Aah, kak..
WANITA: Donga eh dio putuih tunang yo?
AMRAN: Iyo la tu..
WANITA: Dio memang memilih bona.
AMRAN: Ontah la kak.. Ese nak poi semayang ni. Dah lambek ha..

Amran meninggalkan kakak itu dan meneruskan tujuannya hingga selesai. Sebaik selesai, cepat2 Amran menuju semula ke bilik bincang. Namun dari jauh Amran dapat lihat bahawa rakan2nya serta Abg Tapa sudah tidak lagi berada di dalam bilik itu. Abg Tapa sedang melayan seorang pelanggan di mejanya manakala rakan2nya sedang duduk di sofa tetamu berhampiran pintu. Abg Tapa memberi isyarat tangan supaya Amran menunggunya menyelsaikan urusan sebentar. Amran mendapatkan rakan2nya lalu duduk berhimpit2 di atas sofa tiga tempat duduk itu.

RAZAK: Habih kito Am..
AMRAN: Alak?
SALIM: Silap2 balik kampung kang kono belasah jugak ekau dek abah kau.
AMRAN: Apo lak ni woi..?
RAZAK: Den dah tau sobab apo Abg Tapa putuih tunang.
AMRAN: Apo sobab eh?
SALIM: Baik kau donga sendiri dari dio.
AMRAN: Apo kaitan mo den?
RAZAK: Biar dio yg cakap. Kut den yg cakap kang, kau marah den lak.
AMRAN: Jgn la memain..
RAZAK: Kito kono pikir ni.. Malam ni kito nak tido mano. Bahayo kalau kau balik kampung hari ni. Kito kono cari jalan boto an keadaan sebolum kito balik kampung.
AMRAN: Apo ni..? Cakap yo la..
SALIM: Elok tunggu Abg Tapa.. Kojap yo laie tu..

Amran tahu, walau sekeras mana dia mendesak, rakan2nya tidak akan buka mulut. Mahu tak mahu, Amran tetap perlu menunggu Abg Tapa. Amran pekup muka dengan kedua2 tangannya. Dadanya berdebar2. Hawa sejuk penyaman udara tidak membantunya menyejukkan badan. Dahinya kian basah dengan titisan peluh.

LEMAN: Woi.. Ekau ni Ajak. Sian lak den nengok Am ni. Takdo apo doh Am. Ajak mo Salim sajo yo kono an kau.
SALIM: Kahkahkahh..!!
RAZAK: Hahahahaaa..!! Comeh kau..!!!
AMRAN: AAAAHHHHH..!!! Kepalotak kau bergurau camni!!!

Amran separuh menjerit. Semua mata di dalam pejabat itu terarah kepadanya. Razak menekup perut menahan ketawa. Salim menepuk2 bahu Amran utk menenangkannya.


..... Bersambung.
 
owhh jenis abg tapo ni memilih rupenye patut la kawin lambat byk sgt songeh kot
 
Part 165: ROTI CANAI

Banyak pula tugas Abg Tapa. Dia masih sibuk melayan seorang pelanggan. Bunyinya seperti hendak membuat pinjaman hartanah. Abg Tapa hanya sempat meminta Amran dan rakan2nya yg lain supaya menunggunya sebentar.

AMRAN: Woi.. Cerito la apo punco eh Abg Tapa putuih tunang mo Iha.
SALIM: Tunggu la kojap. Kang Abg Tapa cerito la.
LEMAN: Jgn risau la Am. Sikit pun takdo kaitan mo ekau.
RAZAK: Tapi, kesian Abg Tapa.
AMRAN: Ala.. Cerito yo la.
SALIM: Kek bawah la. Tak best lak burak kek sini.
LEMAN: Poi kodai minum tadi la. Lapar lak ghaso eh ha..

Salim menghampiri meja Abg Tapa utk memberitahunya bahawa mereka keluar sebentar. Abg Tapa berpesan supaya mereka tunggunya di bawah. Maka Amran dan rakan2 beriringan turun ke bawah dan menuju ke kedai minum tempat mereka minum2 tadi. Masing2 memesan minuman dan roti canai.

RAZAK: Kito masing2 tau cito2 Abg Tapa kan..?
AMRAN: Tu yg polik. Baik dio nikah yo mo Iha.
SALIM: Umo lak dah lanjut.
AMRAN: Yo la.. Jadi apo sobab eh dio putuih?
RAZAK: Tuk Said lak asik menyalah an dio.
AMRAN: Kalau dio nikah yo mo Iha, Tu Said pun suko. Apo punco eh tu?
SALIM: Memang la Tuk Said maghah. Anak dagho eh putuih tunang.
AMRAN: Sobab apo Abg Tapa putuih an?
RAZAK: Iha sodih tak agak2 eh ha..?
SALIM: Ontah la. Tapi Iha takdo kek sini. Takdo masalah bagi dio kut.
RAZAK: Tuk Said pun kesian jugak.
SALIM: Apo nak buek.. Kalau dah takdo jodoh, camtu la deh.
RAZAK: Mungkin jodoh Iha mo org lain.
SALIM: Den tak risau pasal Iha tu. Abg Tapa ni.. Camno kito nak tolong dio. Camno, Am?

Amran buat2 tak dengar. Dia teruskan sahaja menyuap roti canainya, secubit demi secubit.


..... Bersambung.
 
Part 166: BELUM CERITA

Leman yg senyap sahaja dari tadi kerana sibuk menyuap roti canai dua kepingnya baru sahaja mahu membuka mulut. Sememangnya dia tersangat lapar kerana tidak menjamah nasi semasa tengah hari tadi.

LEMAN: Apo la kau ni Ajak, Salim. Am betanyo, bukan nak jawab.
RAZAK: Eh.. Tak perasan.
LEMAN: Bak den cerito an ha..
AMRAN: Takpo la.. Kojap lagi Abg Tapa habih kojo, dio dtg la sini.
LEMAN: Abg Tapa ado koba tadi, kalau buleh malam ni dio taknak balik kampung.
AMRAN: Apo hal eh lak?
LEMAN: Malu, keteh..
AMRAN: Apo punco eh dio putuih?
LEMAN: Pasal tu dio bolum cerito laie. Tak sompek tadi. Cumo yg pasti, takdo kaitan mo org lain. Cumo antaro dio mo Iha yo..
AMRAN: Laa.. Habih tu.. Yg kau beriyo membebel tadi macam dah tau bona, apo hal eh, Jak?
RAZAK: Sajo yo, buek kau kompius. Hahaha..
SALIM: Haha.. Sorri la Am..
AMRAN: Chih..!!
LEMAN: Cumo, tengok muko dio tadi, osah tertokan eh dio tu.
SALIM: Boto tu. Kito tetibo muncul kek sini, ado jugak kawan dio nak luah, keteh..
AMRAN: Kok camtu, apo hal kau buek lawak tadi tu? Kato kesian..
RAZAK: Dah Abg Tapa kato, jgn kito lak risau.. Den tak risau la.
AMRAN: Haiyo aii...

Amran mengeluh berat melihatkan perangai rakan2nya.


..... Bersambung.
 
Hahaha.. Pendek2..
Nak membanyakkan episod.
 
Part 167: LALU ABANG TAPA BERCERITA

Lebih kurang setengah jam menunggu barulah Abg Tapa muncul. Dia menjinjing sebuah beg. Kelihatannya seperti masa bekerjanya sudah tamat dan dia sudah bersedia untuk pulang ke rumah. Abg Tapa terus menarik sebuah kerusi dari meja lain lalu duduk menyertai meja Amran dan rakan2.

ABG TAPA: Tak sompek lak cerito tadi. Abg ingat kau sumo dah tau. Dah minum ko?
SALIM: Dah bang. Leman siap bertambuh ruti canai..
LEMAN: Ala.. Itu pun nak cerito.

Pelayan kedai perasan kehadiran Abg Tapa lalu menghampiri meja mereka. Abg Tapa memesan roti canai dan kopi o.

ABG TAPA: Abg tak tau apo nak buek ni. Elok bona kau sumo dtg sini. Ado jugak kawan nak kungsi masalah. Boto2 abg raso tak sanggup nak balik kampung ni.
SALIM: Sampai bilo taknak balik..
ABG TAPA: Abg ingat nak merantau la. Duduk Somban ni pun ok jugak. Nak boli ghumah bukannyo susah. Abg sendiri yg buek an pinjaman eh.
RAZAK: Tapi totap tak selosai masalah kan?
ABG TAPA: Tu la..
AMRAN: Apo punco eh bang?
ABG TAPA: Pasal putuih tunang tu la..
AMRAN: Yo la.. Abg nak merantau sobab putuih tunang. Tapi apo punco eh abg putuih tunang? Kan abg sendiri nak kawin, nak beranak pinak secopek mungkin..
ABG TAPA: Boto tu.. Kau memang paham cito2 abg yg satu tu. Itu la yg paling payah abg nak capai. Ekau budak2 mudo belio lagi pun dah ado makwo masing2. Tapi boto ko kau tak tau cerito ni?
RAZAK: Osah, memang tak tau bang..
ABG TAPA: Omak kau tak cerito apo2, Man?
LEMAN: Ese ado tanyo, tapi dio koba takyah masuk campur. Maleh la sey nak tanyo lobih2..
AMRAN: Apo punco eh bang..? Kut2 buleh ditolong.
ABG TAPA: Cito2 abg dgn cito2 Iha tak buleh dikojar samo2..

Abg Tapa mula hendak membuka ceritanya. Berkali2 Amran menelan liur. Dia sendiri kurang pasti, kenapa dia masih berasa cemas.

Lalu, Abg Tapa pun bercerita.

"Maso daftar Iha kek maktab hari tu, ado la sesi taklimat. Taklimat tu utk studen yo. Tapi sajo abg menjongok dari luar. Joling2 kek Iha sebolum tingga an dio kek situ konon eh. Abg pun donga jugak la taklimat eh."

"Maso taklimat tu la abg baru tau, studen buleh kawin, tapi takleh pregnen. Itu pun sobab ado sorang studen tu tanyo. Abg pandang Iha, Iha pun pandang abg. Dapek pandang2 yo la maso tu. Sobab dio duduk jauh ke tongah."

"Kato org yg bagi taklimat tu jugak, ponah jadi studen pregnen maso kursus. Toruih kono tondang maktab. Maktab ni lain sikit sistem eh. Takleh cuti, takleh extend. Sobab tu dalam maso kursus takleh pregnen."

"Habih sesi taklimat tu, sumo duduk samo2 bincang hal tu. Tuk Said bekoreh suruh abg kawin jugak. Tak payah pregnen, keteh. Sumo tu buleh rancang. Lopeh habih belajar sok baru pregnen. Sonang yo dio cakap."

"Acik Fasha lak koba, baik Iha beronti belajar yo. Jadi suri rumah cam dio. Iha lak taknak. Abg pun nak cadang an camtu jugak. Tapi Iha sampai cembeng tak setuju. Dio nak jugak jadi ustazah. Tu cito2 dio, keteh.."

"Jadi keputusan Tuk Said, kawin dulu. Tak payah pregnen. Tunggu habih belajar. Kalau tak pun, tak payah kawin dulu. Sambung tempoh bertunang. Lopeh habih belajar namti baru kawin."

"Pueh abg cubo pahamkan Tuk Said. Umo abg dah lanjut bona. Kalau tunggu Iha habih belajar lagi tigo taun, umo abg dah 40. Patut ko abg tunggu?"

"Bagi abg, memang takdo jalan lain. Salah sorang, samo ado abg atau Iha, kono lupo an cito2 sendiri. Kan elok kalau Iha lupo an ajo cito2 dio nak jadi ustazah tu? Kut dio nak ajar mengaji kek kampung ko, nak bukak koleh tusyen ko, abang ok yo. Takdo hal. Kigho cikgu jugak la tu. Tapi dio totap nak koreh kepalo. Totap nak jugak belajar kek maktab tu."

"Duo tigo hari runding mo Tuk Said. Tak jumpo jugak jalan keluar eh. Balik2 dio nak menyalah an abg. Ayah abg pun tak dapek nak kato apo. Dio nak memihak kek sapo pun dio sobo salah. Cumo dio mintak kek Tuk Said jgn salah an abg. Tu yo.. Tapi totap Tuk Said takleh terimo."

"Tapi memang kito pun paham. Anak dagho eh bertunang tak sampai seminggu, putuih. Abg dah nak pocah kepalo pikir. Ni yo jalan terbaik. Biar la Iha kojar cito2 dio. Dio mudo laie. Esok luso dio jumpo la jodoh yg lobih sesuai utk dio. Abg ni dah tuo. Tak sanggup abg nak tunggu lagi tigo taun.."

"Nak ambik hati Tuk Said, mujur muncul Atong. Harap2 pasal dio sanggup boli gotah hago tinggi tu buleh buek Tuk Said lombut hati dgn abg. Tapi tak dipeduli eh jugak. Tu yg abg masih nak cari jalan utk majukan kampung kito. Abg bukan nak mencari musuh. Tapi Tuk Said ni memang payah dibawak berunding. Along Sahak sendiri pun setuju abg putuih an tunang. Tak kisah la kalau baru duo tigo hari pun. Simpan lamo2 pun tak jadi apo jugak, keteh.."

"Apo abg nak buek? Cubo kau koba kek abg? Abg bukan taknak kawin, tapi kalau dah camni jalan cerito eh, abg terimo takdir. Abg mo Iha memang takdo jodoh. Bukan abg tak usoho."

Mata Abg Tapa nampak basah.


..... Bersambung.
 
x terpikir plak den pasal masuk maktab xleh bunting.
payoh la gitu nak tunggu 3 tahun lg,cari jerk lah anak dara lain yg sanggup hamil bila2 masa muehehehehe
 
x terpikir plak den pasal masuk maktab xleh bunting.
payoh la gitu nak tunggu 3 tahun lg,cari jerk lah anak dara lain yg sanggup hamil bila2 masa muehehehehe

Eden pun baru topikir..
 
Back
Top
Log in Register