BTC USD 81,862.2 Gold USD 4,141.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amran dan Rakan-rakan - PART 189: ......?

Selepas bertanya di sana sini, akhirnya mereka sampai juga di depan Bank Bumiputera tempat Abg Tapa bekerja. Van diletak di dalam kotak parking yg tersedia. Namun Amran masih terkaku di dalam van. Memandangkan Amran masih belum keluar, rakan2nya lain turut membatu.

Razak tidak mampu lagi bertahan di dalam van. Lendir getah di sekitar ruang belakang van itu agak memualkannya. Razak buka pintu seret di tepi van. Pandangan tertangkap pada sebuah kereta beberapa meter dari van mereka.

RAZAK: Woi.. Tu kereto Atong tu ghaso eh.
SALIM: Mano?
LEMAN: Aah la.. Tapi takdo org tu..

Dari tempat duduk pemandu, Amran tidak boleh melihat ke arah yg ditunjukkan oleh Razak. Jadi Amran keluar dari van. Salim dan Leman turut keluar. Apakala Amran melangkah untuk ke sebelah kiri van, dia ditegur dari belakang.

AH TONG: Amran..
AMRAN: Ahhh!!

Salim, Razak dan Leman melangkah pantas ke sebelah kanan van. Tidak disangka oleh mereka semua Ah Tong akan muncul di depan mata mereka. Ah Tong menyalami setiap rakan2 itu.

Beriya2 Ah Tong meminta maaf atas kesilapan lampaunya. Sedang Amran dan rakan2 sudah tidak kisah dengan hal itu. Tambahan pula, mereka ada misi yg lebih penting. Menurut Ah Tong, dia baru sahaja berjumpa dengan Abg Tapa untuk menanyakan keputusan tentang hasratnya utk kembali ke kampung. Cuma satu perkara merisaukan Amran, menurut Ah Tong, angin Abg Tapa hari ini agak kurang menyenangkan.

AMRAN: Dio marah2 ko?
AH TONG: Bukan. Tapi nampak sodih semacam. Tak banyak cakap.
IPP: Ah sudah la kau Tong. Den dah ngantuk ni. Lain kali lah ai den sambung.
 
Part 159: BEEJUMPA ABANG TAPA

Selepas bertanya di sana sini, akhirnya mereka sampai juga di depan Bank Bumiputera tempat Abg Tapa bekerja. Van diletak di dalam kotak parking yg tersedia. Namun Amran masih terkaku di dalam van. Memandangkan Amran masih belum keluar, rakan2nya lain turut membatu.

Razak tidak mampu lagi bertahan di dalam van. Lendir getah di sekitar ruang belakang van itu agak memualkannya. Razak buka pintu seret di tepi van. Pandangan tertangkap pada sebuah kereta beberapa meter dari van mereka.

RAZAK: Woi.. Tu kereto Atong tu ghaso eh.
SALIM: Mano?
LEMAN: Aah la.. Tapi takdo org tu..

Dari tempat duduk pemandu, Amran tidak boleh melihat ke arah yg ditunjukkan oleh Razak. Jadi Amran keluar dari van. Salim dan Leman turut keluar. Apakala Amran melangkah untuk ke sebelah kiri van, dia ditegur dari belakang.

AH TONG: Amran..
AMRAN: Ahhh!!

Salim, Razak dan Leman melangkah pantas ke sebelah kanan van. Tidak disangka oleh mereka semua Ah Tong akan muncul di depan mata mereka. Ah Tong menyalami setiap rakan2 itu.

Beriya2 Ah Tong meminta maaf atas kesilapan lampaunya. Sedang Amran dan rakan2 sudah tidak kisah dengan hal itu. Tambahan pula, mereka ada misi yg lebih penting. Menurut Ah Tong, dia baru sahaja berjumpa dengan Abg Tapa untuk menanyakan keputusan tentang hasratnya utk kembali ke kampung. Cuma satu perkara merisaukan Amran, menurut Ah Tong, angin Abg Tapa hari ini agak kurang menyenangkan.

AMRAN: Dio marah2 ko?
AH TONG: Bukan. Tapi nampak sodih semacam. Tak banyak cakap.
AMRAN: La.. Yo ko? Apo punco eh tu?
AH TONG: Tak tanyo lak. Sogan den nak tanyo banyak ai..

Perbualan mereka dgn Ah Tong tidak panjang. Tidak banyak yg menarik minat mereka utk diramah mesrakan dgn Ah Tong. Ada juga Ah Tong cuba mencelahkan perbualan mereka dgn kisah sedihnya selepas meninggalkan kampung beberapa minggu lepas. Namun cepat2 Amran potong kerana semua kisah itu audah mereka dengar dari Abg Tapa.

AH TONG: Ni nak poi jumpo Tapa ado hal apo ni?
AMRAN: Hal bisnes sikit..
SALIM: Nak kono copek ni.

Dgn panduan dari Ah Tong, tidak sukar mereka mencari pejabat Abg Tapa di tingkat tiga. Tiba sahaja di depan pintu pejabat yg ternganga, Amran mula rasa ragu. Mereka nampak Abg Tapa di dalam pejabat. Dia tersandar lesu di atas kerusinya. Lengannya menghimpit mata. Kerusinya bergoyang2 mengikut rentak gerak kakinya. Amran menarik lengan Razak sambil mengundur. Ruang yg sempit di depan pintu pejabat itu membawa Salim dan Leman utk turut terundur ke belakang. Tanpa sepatah kata, mereka melangkah sehabis senyap menuruni tangga.

SALIM: Kenapo Am?
AMRAN: Ontah. Tak sampai hati lak den.
RAZAK: Kau nak camno sebona eh Am? Den ikut yo..
AMRAN: Kito turun dulu la. Tengok dulu camno.

Ada sebuah restoran berhampiran. Mereka memutuskan duduk di restoran utk minum2 sambil merangka tindakan seterusnya.

SALIM: Takpo Am.. Tak payah gelojoh. Pikir boto2..
RAZAK: Camno kito nak mulo an cakap mo Abg Tapa nanti ni?
AMRAN: Tu masalah eh tu. Den tengok dio melokap longan kek muko tadi tu, memang kusut amek deh tu.
LEMAN: Den nak tanyo kau satu, Am..
AMRAN: Apo deh?
LEMAN: Kau nak lobih an kepontingan ekau sendiri atau Abg Tapa?

Amran merenung jauh. Soalan Leman tidak mampu dijawabnya. Sedangkan soalan yg sama bermain2 di dalam benaknya sedari tadi. Amran sekadar melepaskan keluhan yg berat. Amran menyedut air teh o aisnya. Terasa sedikit pahit di tekaknya.

AMRAN: Ontah la Man.. Kesian Abg Tapa tu. Dio banyak berkorban utk org lain. Utk kito pun, banyak dah dio tolong. Takkan kali ni pun dio nak kono bekorban jugak. Sampai bilo giliran dio pulak nak capai hajat sendiri?

Semua rakan2 itu terdiam melayan fikiran masing2. Semua mengerti dengan jelas apa yg Amran katakan. Malah lebih dari itu, mereka juga dapat menyelami perasaan Amran.

AMRAN: Tapi kito dah sampai sini. Moh la kito jumpo dio. Den tau den tak salah. Tapi kalau Abg Tapa nak salah an den, den terimo yo. Mungkin ado jalan nanti kito nak boto an apo yg silap. Kang pandai la den burak mo dio. Kau sumo toman an den yo la.

Salim, Razak dan Leman akur sahaja. Segera mereka habiskan sisa air minuman di dalam gelas. Selepas harga minuman dibayar, mereka segera melangkah beriringan menuju ke tangga.

ABG TAPA: Eh.. Ajak, Leman? Buek apo kek sini? Amran, Salim pun ado.
SALIM: Eh.. Abg Tapa.
RAZAK: Abg buek apo kek sini?
ABG TAPA: La.. Abg kojo sini. Opis abg kek ateh tu ha. Ekau la yg polik eh ni. Poi cari Kentaki Somban lak ko?
LEMAN: Takdo la.. Abg nak ke mano lak ni? Dah habih kojo ko?
ABG TAPA: Poi kodai makan sanun tu ha. Lunch. Moh la sekali. Buleh burak2. Atong baru dtg sini jumpo abg tadi.

Amran terkedu. Tiada sepatah kata terkeluar dari kerongkongnya sebaik berhadapan dgn Abg Tapa.



..... Bersambung.
 
Part 160: TEORI

Panjang juga mereka bersembang. Kebanyakannya berkisar tentang hal stor getah dan koperasi kampung yg Abg Tapa terajui dgn sokongan dan bantuan penuh rakan berempat itu. Abg Tapa nampak ceria sahaja. Tidak seperti yg digambarkan oleh Ah Tong. Tetapi berbeza dgn Amran. Dia pula yg kurang bercakap.

Keyakinan Amran lenyap terus. Dia sendiri tidak tahu kenapa perasaannya sangat kecut ketika ini. Seboleh2nya dia tidak mahu bertentang mata dengan Abg Tapa. Mujur juga kedudukannya yg terlindung drpd Abg Tapa di sebalik Salim.

Akal Amran tidak mampu menghadam segala isi perbualan mereka dgn Abg Tapa. Teori yg mengaitkan Amran sebagai punca malapetaka menghantui fikirannya. Entah apa pandangan Abg Tapa tentangnya kini, Amran tak tahu. Dan Amran sangat ingin tahu. Dia sanggup menerima apa sahaja akibat. Namun, lidahnya teramat kelu. Hal tentang petaka itu sedikit pun tidak disentuh oleh Abg Tapa.

Amran dapat bayangkan, semasa Tuk Said sekeluarga bersama Abg Tapa menghantar Fariha mendaftar di maktab, suasana menjadi hiba kerana Fariha akan ditinggalkan berjauhan dgn keluarga. Kehibaan Fariha itu pula bukan sahaja kerana terpaksa meninggalkan keluarga. Malah dia turut dilanda hiba kerana membayangkan beberapa bulan lagi dia akan dinikahkan dgn Abg Tapa.

Dalam kehibaan, Fariha terlepas cakap. Dia tidak sanggup menikahi Abg Tapa kerana dia mencintai org lain. Selama ini Fariha menguatkan hati. Namun, lantaran terpaksa berjauhan dgn keluarga, hatinya merapuh. Hinggakan tersasul dan menyebut nama Amran.

Semua itu hanya teori. Semua rakan Amran turut mempercayai teori yg sama. Disebabkan itu, Abg Tapa tentu tidak menyenangi Amran di kala ini. Peristiwa di dalam kereta Abg Tapa semasa balik dari hospital selepas Amran kemalangan suatu masa dahulu kembali bermain dalam benak Amran. Abg Tapa ada memberinya ruang utk mengaku jika Fariha ada kekasih lain. Namun Amran tidak mengakuinya. Jika Amran akui ketika itu, tentu kesudahannya lebih baik.

Kini segalanya sudah terlewat. Kerana kesilapan Amran, ramai org sedang berduka. Tuk Said terpaksa menanggung malu. Fariha tentu sedang bersedih di Melaka. Di sebalik tubuh Salim, mangsa yg paling teruk menanggung beban keboodohan Amran adalah Abg Tapa. Dia terpaksa membuat keputusan yg berat. Dalam usia yg sudah terlajak, Abg Tapa memutuskan utk melupakan cita2nya demi kebahagiaan org lain. Begitupun, Abg Tapa masih cuba berlagak kental di depan Amran ketika ini. Tentu dia tidak mahu membuat Amran rasa bersalah.

ABG TAPA: Ekau apo sonyap yo ni, Amran?
AMRAN: Eh.. Takdo apo.
ABG TAPA: Biaso eh ekau banyak cakap.
AMRAN: Bang.. Boto ko abg putuih tunang?

Abg Tapa pula terdiam. Semua yg lain turut mengunci mulut, tertunggu2 jawapan Abg Tapa. Pandangan Abg Tapa menikam pinggan nasinya yg sudah kosong. Dia mengetap bibir dengan rapat.

ABG TAPA: Apo buleh buek.. Anggap takdo jodoh yo la..


..... Bersambung.
 
Back
Top
Log in Register