Part 158: PUNCANYA AMRAN
AMRAN: Biar boto ni woi..
SALIM: Bondo camni jgn dibuek begurau.
LEMAN: Tak begurau ni doh..
RAZAK: Kut tak osah, takdo eh den beriyo cari kau ni.
AMRAN: Ish.. Apo lak punco eh?
RAZAK: Ikut teori den, punco eh ekau.
AMRAN: Hah!!?? Apo den lak?
LEMAN: Soba Am.. Donga dulu.
AMRAN: Apo lak den yg salah??
RAZAK: Ni teori yo Am.. Lagi satu, den tak koba kau salah.
AMRAN: Tadi kau koba..
RAZAK: Bukan salah kau. Tapi kau jadi punco.
LEMAN: Lagipun dari duli den tanyo pasal Lin, kau taknak bagitau. Kut kau bagitau, mungkin bondo camni buleh dielak.
Berita yg dibawa oleh Leman dan Razak sememangnya sangat mengejutkan. Malah mungkin telah berlaku penciptaan rekod di kampung. Memikirkan kemungkinan dirinya menjadi punca musibah, Amran rasa tak senang duduk. Hendak berdiri pun tak senang. Malahan udara yg keluar masuk melalui trakeanya apakala melakukan respirasi juga dirasakan tidak teratur.
Walaupun Razak masih belum lagi membentangkan teorinya, namun Amran seakan dapat merasakan asas teori Razak itu. Tidak mustahil tragedi itu berkaitan dgnnya. Atas sebab itu, Razak dan Leman berkejar memintas van getah demi memastikan Amran tidak kembali ke kampung. Amran patut dimaklumkan tentang situasi itu terlebih dahulu sebelum dia menghadapi realitinya di kampung.
LEMAN: Sebona eh den dah donga kaba angin pasal ni. Hari tu den tanyo omak den. Sobab tu den beriyo tanyo kau pasal Lin. Tapi kau taknak cakap.
AMRAN: Apo kaitan eh mo Lin pulak, Man?
LEMAN: Kalau boto kau dah ado Lin, selosai la masalah.
RAZAK: Boto tu Am. Baik kau cerito pasal Lin ni. Sonang nanti kito pikir caro nak selosai an. Yg kusut, buleh kito uraikan. Yg putuih, buleh disambungkan.
Amran kembali senyap. Nyata teori Razak sama seperti yg terbayang dalam fikirannya. Seboleh2nya dia tidak mahu bercerita tentang Ai Lin. Namun, keadaan seakan mendesaknya kini. Lebih buruk lagi, kebenaran tentang Ai Lin tidak akan membantu menambah baik keadaan kerana Ai Lin kini sudah berada begitu jauh di utara. Boleh dianggapkan wataknya sudah terkubur dari drama ini.
SALIM: Lin kojo kek stor Tauke Leong. Tu yo yg den tau. Selobih eh, kau kono cerito Am. Kito ni kawan. Takdo sapo kek sini nak biar ekau hadap bondo ni sensorang.
LEMAN: Ooo.. Kojo mo Tauke Leong.
RAZAK: Boto tu Am.. Kau cerito yo la. Mungkin ado jalan kito nak boto an keadaan.
LEMAN: Malam tadi, maso Abg Tapa bagi taklimat pasal plan nak bawak masuk Atong balik kampung, Tuk Said tak datang pun. Dio maghah tu, kato ayah den.
Amran masih juga senyap. Otaknya ligat mencari jalan. Namun buntu. Terasa sesak dadanya. Bukanlah dia tidak pernah menghadapi dilema yg berat. Namun dilema kali ini tersangat berat membebani bahunya. Tambahan pula, biasanya dia ada waktu yg panjang utk bersendirian mencari jalan. Tetapi kini dia dikelilingi rakan2nya yg lain, dan masa kian menekannya utk segera memutuskan sesuatu.
AMRAN: Lin tu.. Dah takdo kek sini. Dan, den pun takdo apo2 hubungan mo dio. Sekurang2 eh, tak sompek nak ado apo2. Dio dah poi Pulau Pinang, masuk USM. Den kona dio pun baru 2,3 hari. Den silap.sobab tercicir surat kek stor hari tu. Tapi pecayolah, Lin ni tak lobih dr cumo kawan yo. Ok.. Sampai situ yo cerito Lin yg kau nak tau bona tu. Den tak anggap dan tak harap apo2 kek dio. Dio takdo dah. Jgn tanyo pasal dio lagi.
Giliran Leman, Razak dan Salim pula terdiam. Masing2 melepaskan keluhan penuh kecewa. Sangka mereka Lin boleh menjadi batu loncatan utk membaiki keadaan, namun nyata harapan itu tidak kesampaian.
RAZAK: Habih tu, camno ni?
AMRAN: Kito poi Somban.
SALIM: Buek apo?
AMRAN: Kito cari bank Abg Tapa..
RAZAK: Hahhh!!?? Gilo kau!
AMRAN: Lantak la gilo pun.
SALIM: Biar boto Am. Takdo caro lain ko ni?
AMRAN: Kau kato kau kawan den. Kau akan sokong den. Nak sokong den ko tak skrg ni?
LEMAN: Den ikut kau Am. Apo2 pun..
SALIM: Kompom ko ni? Jadi, stor tutup la yo?
RAZAK: Lantak la.
LEMAN: Tak pun, salah sorang balik kampung naik biska. Poi bukak stor.
AMRAN: Dah.. Takyah nak mongak la. Masing2 taknak jadi yg sorang balik kampung naik biska tu kan? Moh la kito ghamai2 poi Somban.
SALIM: Boto tu Am. Takkan ado yg nak mengalah doh. Tapi van tak muek.
LEMAN: Keluar an satu tong. Muek la duo org duduk berselo.
RAZAK: Sebolum tu, kau taknak donga ko teori den Am.
AMRAN: Tak payah. Den dah masak amek dgn corak pemikiran ekau Jak.
SALIM: Aah Jak.. Den pun paham.
LEMAN: Boto tu Jak. Sebolum kau cerito teori kau tu kek den, den pun topikir bondo yg samo jugak.
RAZAK: Mangai.. Tak bagi muko langsung.
AMRAN: Bukan camtu Jak.. Ini makno eh, kito berompek ni satu kepalo.
Lalu salah satu tong getah dikeluarkan dan disorok di celah pohon buluh. Razak dan Leman bersila beralaskan surat khabar lama di atas lantai ruang belakang van yg tiada tempat duduk itu. Basikal mereka juga disumbat di dalam van.
Jantung Amran berdegup kencang. Tidak mampu akalnya merangka apakah yg perlu dikatakan pada Abg Tapa nanti. Masing2 membisu seribu bahasa. Amran cuba sedaya upaya menumpukan perhatiannya kepada pemanduan demi mengelakkan kecelakaan. Namun, tragedi besar itu tetap menghantui fikirannya.
RAZAK: Eh.. Den topikir la.. Buek apo kito tingga an tong gotah tadi tu? Kono curik kang, tak pasal2 yo..
SALIM: Lantak la deh ai. Lopeh ni nanti lori Atong yg akan angkut gotah.
RAZAK: Bukan apo.. Tong tu buleh yo ditindih an ateh tong yg lagi satu ni.
LEMAN: Laa.. Apo baru skrg kau baru nak cakap.
RAZAK: Den ingat kito ni boto2 la satu kepalo. Apo den pikir, ekau sumo pun pikir samo. Hahaha..
Cubaan Razak membuat lawak kurang mendapat sambutan. Utk beberapa minit seterusnya, mereka kembali membisu.
..... Bersambung.