BTC USD 84,350.2 Gold USD 4,272.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amran dan Rakan-rakan - PART 189: ......?

bile nak sambungnya ni tt?
lambat bebeno den nunggu dah ni..
 
den serendor la...serendooo...den dah abih edio ni...hahahahahaha
aritu karang tengah2 malam...otak tengah freshh...lgpun loghat nogori yg dalam-dalam ni den tak br:)cgrockapo nak tau...walaupun bini den warih org sano..hehehehehe....

ala.. sekurang2nya try la tamatkan.
tergantung tu.. :)cgrock
 
part 6 : Razak Yang Hero

"den balik ghumah kojap la.. tukar baju.." kata Leman separuh merayu. segan sangat dia pakai kemeja petak masuk dalam seluar, duduk atas pangkin bawah pokok rambutan di depan kedai Pakcik Rashid itu. pokok rambutan itu pula entah apa penyakitnya, daunnya sangat jarang. jadi pangkin tempat mereka bermesyuarat itu dilimpahi cahaya matahari tengah hari yang kian membahang.

"jgn ngengado! disobabkan nak meeting ni, den sanggup tak mandi, lopeh motong toghuih datang. ekau dah lambek buleh pulak nak mintak balik ghumah tukar baju.." balas Amran dengan sehabis serius yg dia mampu. sedangkan dalam hatinya masih teringin nak ketawa besar melihatkan keadaan sahabatnya yg malang itu.

"hek eleh.. den dah suruh kau balik mandi tadi. kau koba takut kono maghah dek omak kau sobab monteng motong. Iha lalu tadi tak joling pun kek kito, kau nampak tak? sobab kau la ni.. busuk!" Razak pecahkan tembelang Amran. Amran terdiam tak terkata. selama ini dia rasa dialah mastermind dalam kumpulan kutu rayau tersebut. tetapi sejak pagi tadi, seolah2 Razak sudah merampas takhtanya. Salim juga dilihat lebih fokus bila Razak berbicara berbanding semasa Amran berkata2. malah ketara benar lenggok ketawa Salim berbeza jika Razak buat lawak berbanding semasa Amran buat lawak.

namun Amran cuba menyerap situasi itu dengan positif. dia sendiri juga mengkagumi Razak sebagai satu2nya ahli kumpulan yang pernah merasa ayam goreng KFC.

"yo la, yo la... mano nak cari duit ni? sapo ado cadangan?" menyedari pengaruhnya kian pudar, Amran rasa tak mampu mempertahankan egonya. lebih baik topik pakaian seragam menorehnya itu dikuburkan setakat situ saja.

"den ado sepuluh inggit" kata Leman sambil mengeluarkan beberapa helai wang kertas dari poketnya. sehelai wang kertas hijau dan lima helai wang biru.

"den mintak kek omak den tadi.." terus terang Leman menjelaskan sebelum sempat ditanya. Amran, Razak dan Salim sekadar melihat sahaja dan kemudian memandang sesama sendiri. semua maklum dengan kemampuan ayah Leman yg bekerja makan gaji sebagai posmen.

"patut la dah siap pakai baju ghayo deh nak poi Bahau.." Razak berseloroh dan disambut hilai ketawa Amran dan Salim. Leman sekadar tersenyum kelat.

dalam hati Amran pula, dia baru bercadang nak buat lawak atas isu yg sama tetapi Razak sudah terlebih dahulu bersuara. Amran kembali terasa egonya sebagai ahli paling dominan dalam kumpulan itu tercabar.

..... bersambung.

PART 7 : ANCAMAN MASA DEPAN
 
Last edited:
hadoi....sambung laie...
koreng anak tokak den nunggu ni jang ooiii
:D:D
 
hadoi....sambung laie...
koreng anak tokak den nunggu ni jang ooiii
:D:D

memang kono banyak besobar bang..
dan banyak2kan minum air..
kut ado aiskrim sirap, lagi sodap.. :D
 
tt, ak rembat cite ko ni..mintak halal
 
kau nak buek apo?
kalau rembat yg tak mendatangkan keuntungan, ok halal..
kalau menguntungkan, den nak royalti.. :))

klo ada kua kt pawagam, lepas tu kutipan juta2 ko bole dtg claim :))
 
park dlu thread ni..jap g smbg baco..den bnyok kojo laie nih..
 
Back
Top
Log in Register