BTC USD 63,419.5 Gold USD 4,331.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amran dan Rakan-rakan - PART 189: ......?

Razak melangkah pulang. Hajat nak memBahau bersama Raja Rayau di kampungnya itu tak berkesampaian. Selaku anak Ketua Kampung, egonya tercabar. Apatah lagi dia langsung tidak dipelawa makan malah diajak-ajak ayam oleh Amran pun tidak. Pak Jagot yakni ayah kepada Razak yang baharu sahaja menerima pingat PJK beberapa hari lepas terlihat dari kejauhan anak kesayangan bininya itu.
 
Masih terngiang-ngiang lagi di telinga Pak Jagot kata-kata Penghulu Karim, birasnya yang juga merangkap Penghulu Kampung Ketum, Bongek, Negeri Sembilan. ‘’ Ekau kono asuh, didik budak Razak tu…Dio bakal gantikan tompek ekau nanti. Jawatan ni bia kito anak beghanak jo yang konker…Dah lebih 50 tahun kito menabur bakti’’. Pesan Penghulu Karim yang sentiasa merasa megah atas pencapaiannya sepanjang mencebur diri di arena kepenghuluuan ini.
 
‘’Ishh…Den polik bonar. Apo plak den nak kono didik dio…Dio kan anak ekau sobonarnya ehh..’’. Getus Pak Jagot dalam hati. Kini barulah CGRians tahu bahawa Pak Jagot sebenarnya mempunyai simpanan rahsia yang cukup kemas di benak fikirannya sepanjang 23 tahun membesarkan Razak.
 
part 2: Ole-ole Pak Andak

recap : "Bahau jom..." kata Razak bila dah cukup hampir dgn Amran.
"gilo.. jauh tu. buleh tercabut lutut kut berjalan poi Bahau. tak koso den doh.." jawab Amran dgn ikhlas.

"bukan poi jalan kaki.. dan bukan haghi ni doh.." balas Razak sambil bibirnya masih meriah menguntum senyum penuh misteri.
Amran berhenti menoreh untuk menumpukan sepenuh perhatiannya pada apa yang hendak disampaikan oleh sahabat sekerjaya sepenuh masanya itu. dia menggaru dagunya yang digigit nyamuk dengan menggunakan belakang pisau torehnya. walaupun beliau belajar tak berapa pandai, namun beliau tak la ******* sangat untuk menggaru dagu dengan mata pisau.

"Pak Andak den datang ghumah malam tadi. hihihi..." bicara Razak tersekat di situ. dia tak dapat berbicara dengan lancar kerana sibuk nak kontrol sengihnya yang dia ingat manis sangat.
"dio ado bawak bondo ni. hihihiii..." sambungnya, sekadar beberapa patah sambil tangannya menyeluk poket.

"apo bondo eh kau ni? kut payah bona nak cakap, tulih sughat. lopeh motong kang den baco..! tapi bahagian yg hihihi tu kau jgn tulih lak. meluat den!" Amran mula panas hati dengan perilaku Razak.

"nia ha.. den simpan untuk kau sikit" kata Razak sambil menghulurkan tiga batang objek yang amat asing bagi Amran. Amran menyambutnya dengan penuh hairan.

"apo natang eh ni?" dipicitnya objek itu. lembut, lembik, langsung patah dan hampir terlepas dari pegangannya.

"cubo kau makan" kata Razak tanpa menjawab pertanyaan Amran. bibirnya masih menguntum senyum dengan penuh yakin bahawa sahabat karibnya itu akan suka ole2 yang dibawa oleh Pak Andaknya itu.

walaupun masih dalam kecurigaan, namun Amran suapkan juga objek pelik itu ke mulutnya. digigitnya sedikit dan dikunyahnya perlahan2 dengan gigi kacipnya. tak dapat Amran perihalkan rasa yg dideriainya. cuma rasa masin yang dapat lidahnya tafsirkan. cukup membuatnya tak sanggup untuk meneruskan kunyahan seterusnya.

"apo bondo eh ni?!" sikit pun deria rasanya tak tertarik dengan makanan apa entah itu. melihatkan reaksi Amran, Razak turut rasa tak senang hati.

"Pak Andak den kato ubi kontang. camano ontah org putih tu buek buleh jadi camni lak. sodap tu.." balas Razak. sedang dia sendiri dah jadi tak yakin bila melihatkan reaksi Amran dan fizikal ubi kentang lembik yang diberinya pada Amran tadi. sengihnya juga semakin tawar.

"sodap kepalo otak kau. kau ingat den ******* bona ko?" Amran mula bengang sebab rasa dipermainkan.

"camni.. den nak koba kek kau, kek Bahau dah ado kodai Kentaki... tu ubi kontang Kentaki la tu.." segera Razak berterus terang memandangkan niatnya nak memeranjatkan Amran dengan makanan barat yang dia sangat pasti tidak pernah dijamah Amran itu menemui kegagalan dan mengundang kemarahan sahabatnya itu.

"ekau jangan nak mongak la. kodai Kentaki tu jual ayam. ni bukan ayam ni doh" lalu dihulurnya semula kentang goreng dalam pegangannya kepada Razak. Razak menyambutnya. dia sendiri pelik melihat kentang goreng tersebut. malam tadi semasa dia meletak tiga batang kentang goreng tersebut di dalam poket seluarnya, keadaan kentang itu masih keras. susah payah dia menahan nafsu untuk tidak menjamah tiga batang kentang goreng tersebut demi untuk memberikannya kepada sahabat seperayauannya.

dan kini, apa yang dirancangnya tidak menjadi seperti yang diharapkan. namun, dia perlu terus cuba ajak Amran untuk pergi ke Bahau suatu hari nanti. sebab di Bahau ada restoran Kentucky Fried Chicken yang baru dibuka.

..... bersambung.

PART 3 : MASTERPLAN RAZAK
 
Last edited:
Hahaha best citer ni teringat kat bahau ada pasaraya upwell n packson ria.
 
part 3 : Masterplan Razak

"ekau jangan nak mongak la. kodai Kentaki tu jual ayam. ni bukan ayam ni doh" lalu dihulurnya semula kentang goreng dalam pegangannya kepada Razak. Razak menyambutnya. dia sendiri pelik melihat kentang goreng tersebut. malam tadi semasa dia meletak tiga batang kentang goreng tersebut di dalam poket seluarnya, keadaan kentang itu masih keras. susah payah dia menahan nafsu untuk tidak menjamah tiga batang kentang goreng tersebut demi untuk memberikannya kepada sahabat seperayauannya.
dan kini, apa yang dirancangnya tidak menjadi seperti yang diharapkan. namun, dia perlu terus cuba ajak Amran untuk pergi ke Bahau suatu hari nanti. sebab di Bahau ada restoran Kentucky Fried Chicken yang baru dibuka.

"dio bukan jual ayam yo doh. kau ingat tak iklan yg kito tengok kek ghumah Leman maghin? bukan ayam yo, bogo ado, ubi kontang ni ado, pobondo eh laie ontah. takdo deh jual ayam yo doh. ni peluang kito ni. Bahau tu bukannyo jauh bona" panjang lebar Razak bersyarah.

Amran berfikir sejenak. memang mereka berempat pernah bersama2 menonton tv di rumah Sulaiman dan tanpa diduga, mereka dihidangkan dengan iklan yang menggiurkan. masih melekat dalam ingatannya beberapa orang awek cantik2 belaka tertonggek2 dgn kostum berbulu2 membawa dulang berisi penuh ayam goreng. dia sendiri secara spontan memberi cadangan, "kek mano ado kodai Kentaki ni ha? bilo la nak bukak kek Pilah gek eh? kut ado bukak nanti, kono poi ni. kut tak Pilah, Joseh ko, Tikir ko, den sanggup poi. camno, berani merayau sampai Tikir?"

semua itu sudah lama berlalu. semasa rewang kenduri kahwin kakak Leman. tak ramai orang kampung yg memiliki peti tv. kebanyakan org kampung juga tak kisah sangat tentang hiburan. tv pun cuma ada dua rangkaian, RTM1 dan RTM2.

biarpun sudah lama berlalu, kenangan Amran terimbau jua. sedar tak sedar, air liurnya meleleh di bucu bibir.

"kito kono start kumpo duit. duit utk boli kentaki dan duit tambang bas. den tanyo Salim, dio kato tambang singgit ompek pusen. poi balik duo inggit lapan pusen. kentaki, den tak tau lak ghogo eh. kito stenbai la lobih kurang limo inggit. dapek sorang lapan inggit cukup la," memandangkan riak Amran tidak lagi membayangkan rasa berbulu discam olehnya dgn kentang goreng lembik, barulah Razak berani bersuara membentangkan modus operandinya.

"mano nak dicokau duit? den motong nia pun takdo eh abah den nak bagi upah. ekau laie la, kobun gotah pun takdo. takkan kau nak mengicak duit kodai abah kau lak. Leman buleh la kot. abah eh kojo posmen. Salim, laie la hampeh." ternyata Amran mula berminat dgn idea Razak. namun terlalu banyak persoalan dan permasalahan yang memerlukan penyelesaian.

"ekau siap an motong dulu. kang dalam puko 10 ko, kumpo kek kodai den. den nak poi caghik Salim mo Leman lak ni. kito takleh bincang berduo. kono cukup korum baru buleh bincang. hehe.." senang hati Razak. dia sudah boleh tersengih semula bila rancangannya diaambut baik oleh Amran.

"yo la, yo la.. ubi kontang tu kang bagi kek Salim sebatang, Leman sebatang. yg den dah gigit sikit tadi tu, kau makan." kata Amran apakala Razak mula melangkah meninggalkannya.

"eh.. hahaha..." Razak ketawa saja kerana baru tersedar kentang goreng lembik masih dalam pegangannya. segera dicampakkannya ke tanah sambil tersengih2.

..... bersambung.

PART 4 : ADRENALIN
 
Last edited:
den lebih suko bro izantine punyo la tt.
 
Back
Top
Log in Register