BTC USD 83,330.9 Gold USD 4,177.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amran dan Rakan-rakan - PART 189: ......?

tak abih laie? tunggu abeh baghu baco.. bahaha. TT kamon abihkan.. we want more
 
Part 17 : Operasi Cari Borang

Apa yg mulanya disangkakan musibah, rupanya terkandung hikmah yg tersembunyi. Betapa besarnya hikmah itu hinggakan Amran harap masa terhenti.

Amran berjanji kepada adiknya yg dia akan pergi ke rumah Tuk Said untuk mengambil borang biasiswa. Kemudian dia sendiri akan menghantar borang itu ke sekolah. Jarak dari kampung ke Sekolah Zaba lebih kurang 10km. Nora ke sekolah dengan menaiki bas. Tapi tiada bas sekolah yg akan menunggu Amran untuk menghantar borang biasiswa Nora itu. Oleh itu, Amran perlu berjalan kaki. Membayangkan sahaja, peluh Amran sudah menitik laju.

Berbeza pula perasaan Amran bila sudah berada di rumah Tuk Said. Tuk Said telah keluar untuk menghantar cucunya ke sekolah. Makcik Fasha pula sedang rancak berbual dengan Makcik Leha dan Makcik Ramlah di tangga rumah. Makcik Fasha sekadar menyuruh anak daranya, Fariha untuk mencarikan borang biasiswa Nora di antara pelbagai jenis dokumen dalam laci Tuk Said.

Fariha keluarkan semua dokumen dan kertas dari laci Tuk Said dan meletakkannya di atas tikar mengkuang di ruang tamu. Amran bertimpuh membelek2 segala surat, dokumen dan kertas apa lagi entah itu untuk mencari borang biasiswa adiknya. Turut membantunya, Fariha.

Perhatian dan fikiran Amran langsung tidak singgah pada kertas2 yg bersepah di depannya. Fikirannya lebih ligat mencari ayat untuk memulakan sembang dengan gadis manis di depannya. Namun dilihatnya Fariha begitu serius mencari borang biasiswa Nora.

"Aaa.." Amran teguk air liur dulu. Fariha menjeling, bibirnya sedikit menguntum senyum malu.
"Iha.. jumpo tak.." lepas seketika baru Amran dapat bersuara. Itupun cuma beberapa patah.

"Tak jumpo laie. Abah ni memang tak ghoti susun surat la," jawab Fariha tanpa memandang Amran. Namun, bibirnya masih lagi menguntum senyum. Apa yg Fariha senyumkan, Amran sendiri tak mengerti.

"Am jumpo tak?" Fariha pula bertanya sambil menjeling sekilas.
"Tak jumpo laie.." balas Amran.
"Dah tontu tak jumpo. Tak nampak Am macam mencari pun.." kata Fariha, masih menguntum senyum.

Baru Amran perasan tingkah lakunya diperhatikan. Dia termalu sendiri.

Timbunan kertas yg bersepah di hadapan mereka, satu per satu dibelek oleh Fariha dan disusun semula di sisinya. Fikiran nakal Amran membayangkan semasa bekerja mencari borang biasiswa itu, tangannya tersentuh tangan Fariha. Manisnya jika itu berlaku. Namun, tindakan Amran masih terkawal dengan batasan hukum agama.

"Ish.. mano lak borang biasiswa Nora ni gek eh..? Ni sumo koteh2 lamo ni. Takkan tersolit kek koteh2 lamo ni kot..?" Fariha berasa pelik sangat kerana borang yang baru semalam di masukkan dalam kelompok kertas yg pelbagai itu, langsung tak kelihatan.

"Ontah la, Iha.. Cari yo la.. Selagi tak jumpo, cari lagi. Iha jgn putus aso. Insyaallah, kek mano ado kemahuan, kek situ ado jalan" Amran mula berani buat lawak.

"Am tu cari la sekali. Dari tadi melopong yo.." balas Fariha masih dalam kuntuman senyumnya.
"Am melopong tengok Iha.." melihatkan Fariha yg tak putus senyum, Amran memberanikan diri menghulur mata kail.
"Ngengado la Am ni. Cari la borang tu copek.." keras sedikit suara Fariha. Namun, kerasnya itu hanya dibuat2 kerana dia masih lagi tersenyum2 entah apa yg dia seronokkan. Melihatkan Fariha yg tak putus senyum itu, Amran merasakn sesuatu namun dia tidak mahu terlalu awal membuat rumusan. Bagaimana pun, pagi itu tetap pagi yang paling membahagiakan bagi Amran.

Tiba2 kedengaran enjin Vespa Tuk Said masuk ke halaman rumah. Tentu dia baru pulang dari menghantar cucunya ke sekolah.

Fariha menjengah ke luar. "Abah dah balik tu ha. Tanyo dio la.."

Amran turut menjengah ke arah pintu. Walaupun dari kedudukan Amran ketika itu dia tidak dapat melihat kelibat Tuk Said, namun dia tahu Tuk Said sudah pulang.

"Eh.. nia ha deh borang tu.." kata Amran sambil memegang borang biasiswa adiknya yg baru ditarik keluar dari bawah tikar mengkuang yg didudukinya.

..... bersambung.

PART 18 : BASIKAL SI BUAH HATI
 
Last edited:
tt ni ke novelnye..
maaf la nak komen skit ye.. cite dah best..plot pun bekembang dgn baik tp yg first part tu dialek sesebuah negeri selalunya hars ada terjemahan bahasa standard.. ok

nasihat ikhlas :) :))

bukan ni bro.. ni main2 je..
selamat membaca... :D
 
hahahahaa......

pandai Amran sembunyikan borang tu bawah tikar ehhh ..... pahni pinjam beskal pulok.....
 
adoi part ni mmg jiwang gila..ak duk terkekeh sorang2 je baca kihkih
 
kalau berkesempatan, insyaallah malam ni den sambung.. :D
 
jgn malam sangat TT nnt den mogok lagi tak mau tido mlm nie .... :eek::eek::eek::eek::eek:

jadual den padat..
balik kojo dah dokek maghrib. lopeh isyak nak kono poi main takraw..
kut laghek, tongah malam baru sambung..
kut tak laghek, den tido yo.. haha.. :D
 
Back
Top
Log in Register