BTC USD 81,916.3 Gold USD 4,140.55
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Amran dan Rakan-rakan - PART 189: ......?

den ghaso macam pendek dan sentimental bona yo part 14 ni...
haha.. layan yo la... :D
 
pendek bona..xpuas nak menciplak
 
Part 15 : Kopi O dan Goreng Pisang

Amran perlu tunjukkan pada kawan2nya bahawa dia boleh memberi sumbangan dalam projek raksasa mereka. Dia sudah ada sasaran tertentu dan dia tak akan tukar sasaran lain. Hanya basikal Tuk Said yang sering ditunggangi Fariha sahaja sasarannya yang satu.

Masalahnya, bagaimana harus Amran mengayat Tuk Said untuk sudi pinjamkannya basikal? Sedangkan sudah dipersetujui dalam mesyuarat pertama, hanya ahli projek saja yang boleh tahu tentang projek merayau ke Bahau itu.

Apa yg harus diberitahunya kepada Tuk Said kalau dia nak minta pinjam basikal? Tambah pula, Tuk Said sebagai ketua kampung tentu ada urusan yang lebih penting untuk dilayannya. Otak Amran tak berhenti memikirkan perkara tersebut.

"Ombung.." lamunan Amran terganggu. Nora tercegat di hadapannya bersama sehelai kertas.
"Mintak tolong sikit ha.. Tolong mintak sain Tuk Said kek borang nia.. Esok kono hantar kek sekolah" jelas Nora. Amran senyap sahaja.

"Ala.. tolong la.. Udo ado kojo ghumah nak buek ni. Ombung tu bukan tak biaso meghayau jauh2. Ghumah Tuk Said tu pun bukan jauh bona. Tolong la.." rayu Nora. Kesenyapan Amran seolah2 menceritakan ketaksetujuannya. Sedangkan hati Amran sudah mula ditumbuhi putik2 bunga bila mendengarkan permintaan adiknya itu. Berurusan di rumah Tuk Said membawa bersama kemungkinan bersua dengan buah hati. Sudah terbayang dalam fikirannya, semasa berurusan dengan Tuk Said, muncul Fariha dari dapur membawakan kopi o dan goreng pisang. Dia akan menikmati kopi o dan goreng pisang itu macam hidangan dari syurga, dihidangkan oleh seorang bidadari.

..... bersambung lagi.

PART 16 : BAPA SI BUAH HATI
 
Last edited:
ah ko amran xkan mintak sain dpt kopi ngan pisang goreng pulak
 
Part 16 : Bapa Si Buah Hati

Borang biasiswa itu diletakkan oleh Amran di atas meja sebagaimana yang disuruh oleh Makcik Fasha, isteri Tuk Said. Kebetulan semasa Amran tiba, Tuk Said sakit perut dan perlu menguruskan sisa kumuhannya dahulu sebelum dia dapat menguruskan borang biasiswa Nora.

Amran duduk bersandar di sudut dinding. Meliar matanya ke sekeliling, mencari2 kalau dapat diintainya Fariha. Tapi hampa. Dia memang sudah menjangkakan ketiadaan Fariha di rumah petang itu kerana basikal Tuk Said tidak kelihatan di bawah rumah.

selepas beberapa ketika menunggu, barulah Tuk Said muncul semula. Sambil berbual2 dengan Amran, tangan Tuk Said mencapai kertas di atas mejanya. Diturunkan cop dan ditandatanganinya. Kemudian, Tuk Said menyusun semula dan mengemaskan kertas2 yg agak bersepah di atas mejanya.

Amran segera mencapai borang biasiswa yang ditinggalkan oleh Tuk Said di atas meja lalu minta diri. Hampa juga dirasanya kerana langsung tak nampak bayang Fariha. Tambah pula, jgn kata kopi o dan goreng pisang, air suam pun tak terhidang untuknya. Yang lebih menghampakan lagi, tak terlepas lidahnya nak minta pinjam basikal. Dia khuatir kalau Tuk Said tanyakan tujuannya sedangkan dia tahu polisi projek kumpulan perayaunya. Dia tak boleh beritahu sesiapa tentang projek mereka. Dan dia juga tak pandai menipu.

Dengan langkah longlai, Amran sampai juga di rumah. Borang biasiswa yang terlipat dua itu diletaknya diselit di celah dinding. Amran terus rebah pada posisi ahli fikirnya. Lengan kanan di atas dahi, tapak tangan kiri di atas perut.

"Dah sain, Bong?" Nora muncul tiba2n entah dari mana.
"Dah.." jawab Amran, ringkas.
"Mano?" tanya Nora lagi. Amran hanya menjuihkan bibir ke arah borang tersebut.
"La.. ado ko solit kek dinding. Kuyak pulak borang ni kang" sungut Nora. Nora ambil borang itu dan membawanya masuk ke bilik. Amran sekadar memerhati sahaja sebelum meneruskan lamunannya.

Terlalu bosan mengelamun, Amran rasa nak keluar dari rumah. Selepas mengira2 hala tuju yg patut ditujunya, dia memutuskan untuk pergi ke rumah Salim. Harapnya Salim ada di rumah, sedang memperbaiki basikal mereka.

Rupanya Leman ada bersama. Amran menyertai mereka yg sedang duduk di bawah rumah bersama basikal mereka. Amran sedikit terkejut melihat keadaan basikal itu yang lebih teruk daripada sebelumnya.

Salim menjelaskan rangka basikal itu perlu dileraikan dahulu untuk memudahkan setiap incinya dicuci. Malah jejari rim juga dilerai kerana Salim perlu mengetuk sikit rim yang sedikit bengkok. Sambil memerhati Salim bekerja, Amran dan Leman turut membantu sedikit sebanyak. Tak banyak yg mereka bualkan tentang projek merayau ke Bahau kerana tempat itu kurang sesuai. Adik beradik Salim agak ramai dan keadaan itu menjadikan kawasan bawah rumah Salim tidak sesuai dijadikan pot mesyuarat.

Esoknya, semasa Amran sedang bersiap2 untuk ke kebun, tiba2 Nora menjerit memanggil namanya dari dalam rumah. Terkejut Amran mendengarnya. Hatinya tertanya2, apakah yg berlaku? Dengan pantas, Amran menyerbu ke bilik adiknya. Pakcik Latif dan Makcik Kiah sudah pergi ke kebun getah lebih awal.

"Ombung.. ni bukan borang biasiswa Udo.. ni iklan pertandingan kompang," kata Nora sambil menunjukkan helaian kertas terlipat dua itu. Sah, Amran tersilap capai kertas di atas meja Tuk Said semalam.

..... bersambung.

PART 17 : OPERASI CARI BORANG
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register