kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,699
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,699
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
Alam Flora Sasar Operasi 242 Kenderaan, Peralatan Kuasa Eletrik Tahun Ini
Pengerusi SWCorp Malaysia Hee Loy Sian (kanan) bersama sebuah kenderaan elektrik pembersihan elektrik yang baharu di Fasiliti Inovasi Kitar Semula (FIKS) hari ini.
Turut sama Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd Shariman Yusuf Mohamed Zain (tiga, kanan) dan Ketua Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) Datuk Dr Mohd Azhar Abd Hamid (dua, kanan).
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) menyasarkan untuk mengoperasikan hingga 242 unit kenderaan dan peralatan berkuasa elektrik di seluruh kawasan perkhidmatannya menjelang penghujung tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Shariman Yusuf Mohamed Zain berkata peluasan penggunaan teknologi itu hanya akan dilaksanakan selepas melalui proses Proof of Concept (POC) bagi memastikan mutu perkhidmatan kepada orang ramai tidak terjejas.
"Sehingga kini, syarikat telah melaburkan kira-kira RM3 juta bagi pemerolehan aset, pembangunan teknologi dan infrastruktur berkaitan.
"Susulan pelaksanaan beberapa POC yang sedang dijalankan, Alam Flora akan terus menilai keberkesanan penggunaan teknologi elektrik bagi menentukan kadar pengembangannya berdasarkan keperluan operasi dan nilai dapat dijana. Pendekatan ini memastikan setiap pelaburan dibuat mampu memberikan impak terbaik kepada operasi dan alam sekitar," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Kenderaan dan Peralatan Elektrik Alam Flora di sini hari ini.
Sebagai permulaan, beliau berkata syarikat merancang memperoleh 182 motosikal elektrik dan 56 kenderaan roda tiga elektrik bagi kegunaan penyelia operasi dan kerja-kerja penyelenggaraan.
Katanya, bagi kategori kenderaan lain seperti kompaktor elektrik, ujian POC akan menilai keupayaan kenderaan itu memenuhi jadual operasi, termasuk melakukan beberapa pusingan kutipan sisa pepejal sehari di kawasan tertentu dan mengekalkan kapasiti muatan seperti ditetapkan pengeluar.
"Apa yang dilancarkan pada hari ini bukan sekadar aset dan fasiliti baharu, tetapi lambang komitmen Alam Flora untuk terus menerajui inovasi, memperkukuh kecekapan operasi dan menyumbang kepada pembangunan bandar yang lebih bersih, hijau dan mampan," katanya.
Sementara itu, Pengerusi Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Hee Loy Sian berkata pengenalan aset pembersihan berteknologi hijau oleh Alam Flora membuktikan bahawa sektor pengurusan sisa pepejal dan pembersihan awam mampu menjadi antara peneraju penggunaan teknologi hijau yang bukan sahaja meningkatkan kecekapan operasi, malah menyumbang kepada pemeliharaan alam sekitar secara berterusan.