BTC USD 75,957.0 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alam Flora Laksana Program Perintis EV, Teknologi AI Dalam PembersihanÂ

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,763
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,763
Reaction score
289
Points
146

Alam Flora Laksana Program Perintis EV, Teknologi AI Dalam PembersihanÂ​

909795524cf0474042da9251b974d8236a8ba965c8d4f

aafa8617159cfb494508397300d058576a8ba9fa44ef8

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Sdn Bhd Shariman Yusuf Mohamed Zain

Alam Flora Sdn Bhd, anak syarikat Malakoff Corporation Bhd, melaksanakan pemodenan operasi pengurusan sisa dan pembersihan menerusi penggunaan kenderaan elektrik (EV), teknologi berasaskan kecerdasan buatan (AI) serta peralatan berjentera dalam usaha meningkatkan kecekapan operasi selain menyokong agenda kelestarian negara.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Shariman Yusuf Mohamed Zain berkata penggunaan kenderaan EV dan peralatan pembersihan elektrik adalah sebahagian daripada strategi mekanisasi dan pemodenan syarikat yang lebih menyeluruh, bertujuan meningkatkan produktiviti, kualiti perkhidmatan serta kecekapan operasi.

Beliau berkata buat masa ini penggunaan teknologi berkenaan dilaksanakan di bawah program bukti konsep (POC) bagi menilai kesesuaian, kebolehpercayaan, keperluan penyelenggaraan, kos operasi dan prestasinya dalam keadaan operasi sebenar sebelum penggunaannya diperluas.

“Inisiatif ini bukan sekadar memperkenalkan EV dan peralatan pembersihan elektrik, malah ia juga usaha memodenkan kaedah perkhidmatan penting menerusi teknologi.

“Pada masa sama, berpeluang memperoleh pengalaman operasi secara praktikal melalui program pembuktian konsep yang sedang dijalankan bagi mengemudi penggunaan teknologi pada masa hadapan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Shariman Yusuf berkata inisiatif itu turut menyokong perkhidmatan pembersihan yang lebih senyap, bersih dan mampan, selain membolehkan syarikat terus menggunakan kedua-dua kenderaan EV dan konvensional bagi mengenal pasti model operasi jangka panjang yang paling sesuai.

Beliau berkata langkah itu selaras dengan aspirasi kerajaan menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) dan agenda ekonomi kitaran Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), yang menekankan bandar rendah karbon serta pengurusan sisa mampan.

Shariman Yusuf berkata syarikat memutuskan untuk memperkenalkan teknologi berkenaan hanya selepas teknologi bateri EV mencapai tahap kematangan yang secukupnya, dan susulan kejayaan penggunaannya di beberapa negara, termasuk Singapura dan China.

“Kami enggan menjadi “mangsa uji kaji”. Kami mahu memastikan teknologi ini benar-benar terbukti keberkesanannya sebelum diperkenalkan dalam operasi kami,” katanya.

 
Back
Top
Log in Register