kupanglaut
Super Active Member
- Messages
- 9,698
- Joined
- Jun 13, 2025
- Messages
- 9,698
- Reaction score
- 97
- Points
- 80
AI, Komputeran Cerdas Perluas Penerokaan Teknologi UniMAP
Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) memperluas identiti teknikalnya kepada bidang kecerdasan buatan (AI), sains data, kejuruteraan komputer dan sistem terbenam atau embedded system melalui pengukuhan bidang komputeran cerdas.
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Canselor UniMAP bertitah pelancaran Fakulti Komputeran Cerdas pada tahun ini menandakan usaha universiti untuk memastikan kekuatan tradisional dalam kejuruteraan berkembang seiring teknologi digital masa hadapan.
"Bidang komputeran cerdas melengkapkan kekuatan sedia ada UniMAP dalam bidang elektrik dan elektronik, automasi serta sistem elektronik," titah baginda sempena penutup edisi International Leadership Mobility (ILM) 2026 di sini, semalam.
Pada majlis tersebut baginda turut berkenan mempromosikan masakan Perlis iaitu kurma daging di Bharata Restaurant Ba Na Hills dan disambut oleh pengurus restoran, Prakash Pednekar.
Baginda bertitah AI dan data kini mempunyai aplikasi merentas industri, termasuk pembuatan, semikonduktor, logistik, tenaga, bandar pintar dan sistem autonomi.
"Justeru, penguasaan bidang ini memberi peluang kepada UniMAP menggabungkan kejuruteraan, pengkomputeran serta AI dalam pembangunan bakat dan penyelidikan.
"Pendekatan AI juga tidak terhad kepada program khusus. UniMAP memberi perhatian kepada kefahaman AI dalam kalangan mahasiswa secara lebih meluas, termasuk elemen berkaitan penggunaan dan tanggungjawab dalam teknologi AI," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah universiti itu turut memperkukuh pedagogi digital dan pembelajaran imersif.
"UniMAP pernah muncul naib johan dalam dua kategori Anugerah Khas Menteri Pendidikan Tinggi (AKRI) 2025, iaitu Blended Learning Experience dan Face-to-Face Immersive Learning Experience.