BTC USD 75,555.6 Gold USD 4,355.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alam Flora Gesa Amalan Sifar Sisa, Kurangkan Pembaziran Makanan

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,697
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,697
Reaction score
97
Points
80

Alam Flora Gesa Amalan Sifar Sisa, Kurangkan Pembaziran Makanan​

4da8765f3fbcb821103a032b9a6ba2f5692969746c9d5

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Shariman Yusuf Mohamed Zain

Alam Flora Sdn Bhd mempergiat usaha mengurangkan sisa makanan menerusi projek pengomposan baharu, pengembangan inisiatif kitar semula serta kempen kesedaran awam, berikutan sisa makanan menyumbang 45 peratus daripada sisa pepejal perbandaran (MSW) Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Shariman Yusuf Mohamed Zain.

Beliau berkata syarikat itu merancang projek rintis di sebuah pasar borong di Kuala Lumpur bagi menukar sisa makanan kepada kompos, sambil memaklumkan kira-kira 50 tan sisa dijana setiap hari di lokasi berkenaan, dengan sekitar 60 peratus daripadanya ialah sisa makanan.

Shariman berkata inisiatif itu dijangka dapat mengalihkan antara 15 hingga 20 tan sisa makanan daripada tapak pelupusan, dengan syarikat berkenaan menyasarkan untuk melancarkan projek itu tahun ini. Beliau berkata Alam Flora terus bekerjasama rapat dengan pihak berkepentingan termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara bagi mengurangkan penghantaran sisa ke tapak pelupusan melalui pengomposan, kitar semula dan inisiatif kesedaran awam.

"Kami sedang melihat projek rintis di sebuah pasar borong untuk menukar sisa makanan kepada kompos. Saya berharap orang ramai lebih peka dan mengelakkan pembaziran makanan. Apabila ke restoran, kita seharusnya memesan apa yang mampu dihabiskan dan jika tidak mencukupi, kita boleh memesan lagi berbanding memesan secara berlebihan sehingga makanan dibuang," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Shariman berkata Alam Flora yang berhasrat menyediakan penyelesaian alam sekitar menyeluruh bagi kehidupan lestari, turut mempromosikan amalan sifar sisa yang berteraskan pengurangan penghantaran sisa ke tapak pelupusan dengan menggalakkan orang ramai mengamalkan gaya hidup lebih mampan.

Beliau berkata inisiatif itu bukan bertujuan menghapuskan sisa sepenuhnya, sebaliknya mengurangkan jumlah sisa yang dihantar ke tapak pelupusan menerusi amalan lestari, apabila sisa makanan boleh dijadikan kompos manakala plastik, kertas, aluminium, tin dan minyak masak terpakai boleh dikitar semula serta diberi hayat kedua sebagai sumber bernilai.

Bagi menyokong pengasingan sisa di punca, beliau berkata Alam Flora mengendalikan Pusat Kitar Semula Pandu Lalu dan Pusat Belian Semula, yang membolehkan orang ramai menghantar bahan kitar semula serta menerima bayaran berdasarkan jenis dan berat barangan yang dikumpul.

Bahan kitar semula yang dikumpul kemudiannya diproses di Kemudahan Pemulihan Bahan milik syarikat berkenaan yang menjalankan proses pengasingan dan kitar semula selepas pengumpulan.

"Orang ramai juga boleh menggunakan aplikasi Recyclink kami yang tersedia di Apple App Store dan Google Play Store, yang dipautkan kepada Touch 'n Go eWallet, dengan bayaran dikreditkan terus selepas barangan kitar semula ditimbang," katanya.

 
Back
Top
Log in Register