BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,264.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Alam Flora Promosi Amalan "Tapau Elak Sisa", Agih 2,000 Bubur Lambuk

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141
4f8915a20bbe5a5ba2f5c8f9d8c830e969aad8db29b37

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Shariman Yusuf Mohamed Zain turut hadir pada Program Kongsi Rezeki Alam Flora Bersama Perbadanan Putrajaya dan Kempen 'Tapau Elak Sisa' di Bazar Ramadan, Presint 3, hari ini.

--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora) mengagihkan sebanyak 2,000 pek bubur lambuk dalam bekas makanan guna semula dan mangkuk tingkat kepada pengunjung Bazar Ramadan Presint 3 di sini, bagi menggalakkan amalan pengurangan sisa sepanjang bulan Ramadan.

Inisiatif menerusi kempen “Tapau Elak Sisa” itu dilaksanakan di bawah program Kongsi Rezeki Alam Flora bertujuan mengurangkan penggunaan pembungkusan sekali guna yang lazimnya meningkat sepanjang musim perayaan.

Ketua Pegawai Eksekutif Alam Flora Shariman Yusuf Mohamed Zain berkata penggunaan bekas makanan guna semula merupakan langkah praktikal dan berkesan bagi mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan.

“Sepanjang Ramadan, peningkatan aktiviti jual beli makanan sering menyumbang kepada pertambahan sisa pembungkusan. Melalui kempen Tapau Elak Sisa, kami menggalakkan orang ramai membawa bekas makanan sendiri atau menggunakan mangkuk tingkat.

“Usaha ini bukan sahaja dapat mengurangkan sisa malah memupuk amalan penggunaan semula yang lebih lestari,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shariman Yusuf berkata amalan membawa bekas makanan sendiri juga dapat membantu mengelakkan pembelian makanan secara berlebihan yang akhirnya menyumbang kepada pembaziran makanan serta peningkatan sisa pepejal.

“Perubahan kecil dalam tabiat harian mampu memberi impak besar kepada alam sekitar. Jika amalan ini dapat dibudayakan secara konsisten, ia akan menyumbang kepada persekitaran yang lebih bersih dan mampan untuk jangka panjang,” katanya.

Program itu dianjurkan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya (PPj) sempena Festival Ramadan Putrajaya.

Inisiatif berkenaan juga sebahagian daripada aspirasi Penyelesaian Alam Sekitar Malakoff Corporation Bhd yang memberi tumpuan kepada pengurusan alam sekitar dan penyelesaian mampan untuk masyarakat serta alam sekitar.

 
Back
Top
Log in Register