BTC USD 86,505.9 Gold USD 4,350.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Wudhu'

1776700281673.png


1776700290956.png


Hadits Muslim no. 1278
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Ibn `Abbas (radhiyallahu `anhu),

“Beliau (Ibn `Abbas) bermalam di rumah ibu saudaranya, Maymunah.

Lalu Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bangun
pada waktu malam.

Kemudian, baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) berwudhu’
dari bekas air yang tergantung,
dengan wudhu’ yang ringan (menggunakan air yang sedikit).

Beliau (Ibn `Abbas) berkata,
beliau menggambarkan wudhu’ baginda (sallallahu `alayhi wa sallam)

dan baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) meringankannya
serta mengurangkannya (penggunaan airnya).”

Berkata Ibn `Abbas,
“Maka aku pun bangun
lalu melakukan seperti apa yang
dilakukan oleh Nabi sallallahu `alayhi wa sallam.

Kemudian aku datang
lalu berdiri di sebelah kiri baginda (sallallahu `alayhi wa sallam).

Lalu baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) memindahkanku
dan meletakkanku di sebelah kanan baginda (sallallahu `alayhi wa sallam).

Lalu baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) solat.

Kemudian (baginda sallallahu `alayhi wa sallam) berbaring
dan tidur sehingga berdengkur.

Kemudian Bilal datang kepada baginda (sallallahu `alayhi wa sallam)
lalu memberitahu masuk waktu solat (Subuh).

Lalu baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) keluar
dan solat Subuh
tanpa berwudhu’ semula.”

Berkata Sufyan (ibn `Uyaynah),
“Dan ini (bangun tidur tanpa berwudhu’) adalah khusus
bagi Nabi sallallahu `alayhi wa sallam,

kerana telah sampai (hadits) kepada kami
bahawa Nabi sallallahu `alayhi wa sallam,
matanya tidur
tetapi qalbunya tidak tidur.”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk di kalangan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ وَمُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمٍ عَنْ ابْنِ عُيَيْنَةَ قَالَ ابْنُ أَبِي عُمَرَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ عَنْ كُرَيْبٍ مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
أَنَّهُ بَاتَ عِنْدَ خَالَتِهِ مَيْمُونَةَ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ اللَّيْلِ فَتَوَضَّأَ مِنْ شَنٍّ مُعَلَّقٍ وُضُوءًا خَفِيفًا قَالَ وَصَفَ وُضُوءَهُ وَجَعَلَ يُخَفِّفُهُ وَيُقَلِّلُهُ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ فَقُمْتُ فَصَنَعْتُ مِثْلَ مَا صَنَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ جِئْتُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَأَخْلَفَنِي فَجَعَلَنِي عَنْ يَمِينِهِ فَصَلَّى ثُمَّ اضْطَجَعَ فَنَامَ حَتَّى نَفَخَ ثُمَّ أَتَاهُ بِلَالٌ فَآذَنَهُ بِالصَّلَاةِ فَخَرَجَ فَصَلَّى الصُّبْحَ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ
قَالَ سُفْيَانُ وَهَذَا لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَاصَّةً لِأَنَّهُ بَلَغَنَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَنَامُ عَيْنَاهُ وَلَا يَنَامُ قَلْبُهُ
 
1778196466391.png


Hadits Nasa’i no. 91
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada `Abd Khayr (ibn Yazid),

“Kami datang kepada `Ali ibn Abi Thalib رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ.

Beliau (`Ali ibn Abi Thalib) telah bersolat,
lalu beliau meminta air untuk bersuci.

Kemudian kami berkata,
“Apa yang beliau mahu lakukan dengannya
sedangkan beliau telah bersolat?”

Beliau tidak mahu (demikian)
melainkan untuk mengajar kami.

Lalu dibawakan kepadanya
bekas yang di dalamnya ada air dan bekas pencedok.

1) Lalu beliau menuangkan air daripada bekas itu
ke atas kedua-dua tangannya,
lalu membasuhnya
tiga (3) kali.

2) Kemudian beliau berkumur
dan memasukkan air ke dalam hidung
tiga (3) kali
daripada tapak tangan yang beliau ambil air dengannya.

3) Kemudian beliau membasuh wajahnya
tiga (3) kali.

4) Dan membasuh tangan kanannya
tiga (3) kali.
Dan tangan kirinya
tiga (3) kali.

5) Dan menyapu kepalanya (dengan air)
sekali (1) sahaja.

6) Kemudian beliau membasuh kaki kanannya
tiga (3) kali.
Dan kaki kirinya
tiga (3) kali.

Kemudian beliau berkata,
“Barang siapa yang suka untuk mengetahui
wudhu’ Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
maka beginilah (caranya).”

Teks Arab
أَخْبَرَنَا قُتَيْبَةُ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ خَالِدِ بْنِ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ خَيْرٍ قَالَ
أَتَيْنَا عَلِيَّ بْنَ أَبِي طَالِبٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ وَقَدْ صَلَّى فَدَعَا بِطَهُورٍ فَقُلْنَا مَا يَصْنَعُ بِهِ وَقَدْ صَلَّى مَا يُرِيدُ إِلَّا لِيُعَلِّمَنَا فَأُتِيَ بِإِنَاءٍ فِيهِ مَاءٌ وَطَسْتٍ فَأَفْرَغَ مِنْ الْإِنَاءِ عَلَى يَدَيْهِ فَغَسَلَهَا ثَلَاثًا ثُمَّ تَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ ثَلَاثًا مِنْ الْكَفِّ الَّذِي يَأْخُذُ بِهِ الْمَاءَ ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا وَغَسَلَ يَدَهُ الْيُمْنَى ثَلَاثًا وَيَدَهُ الشِّمَالَ ثَلَاثًا وَمَسَحَ بِرَأْسِهِ مَرَّةً وَاحِدَةً ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَهُ الْيُمْنَى ثَلَاثًا وَرِجْلَهُ الشِّمَالَ ثَلَاثًا ثُمَّ قَالَ مَنْ سَرَّهُ أَنْ يَعْلَمَ وُضُوءَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهُوَ هَذَا


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Last edited:
1778286856473.png


Hadits Bukhari no. 179
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada ayah `Amr ibn Yahya al-Mazini (Yahya ibn `Umarah),

“Seorang lelaki bertanya kepada `Abd Allah ibn Zayd (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ)
dan beliau ialah datuk `Amr ibn Yahya.

“Adakah kau mampu menunjukkan kepadaku
bagaimana Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ berwudhu’?”

`Abd Allah ibn Zayd menjawab,
“Ya.”
Lalu beliau meminta air.

1) Kemudian beliau menuangkan air
ke atas kedua-dua tangannya.
Lalu beliau membasuhnya
dua (2) kali.

2) Kemudian beliau berkumur
dan menghembuskan air dari hidung
tiga (3) kali.

3) Kemudian beliau membasuh wajahnya
tiga (3) kali.

4) Kemudian beliau membasuh kedua-dua tangannya
dua (2) kali, dua (2) kali,
sehingga ke siku.

5) Kemudian beliau menyapu kepalanya (berserta air)
dengan kedua-dua tangannya.

Beliau menggerakkan kedua-dua tangannya ke depan
dan ke belakang.

Beliau memulakan dari bahagian depan kepalanya
sehingga beliau menggerakkan kedua-dua tangannya
ke belakang kepalanya.

Kemudian beliau mengembalikan kedua-dua tangannya
ke tempat yang beliau mulakan (depan kepala).

6) Kemudian beliau membasuh kedua-dua kakinya."

Teks Arab
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يُوسُفَ قَالَ أَخْبَرَنَا مَالِكٌ عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى الْمَازِنِيِّ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَجُلًا قَالَ لِعَبْدِ اللَّهِ بْنِ زَيْدٍ وَهُوَ جَدُّ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى
أَتَسْتَطِيعُ أَنْ تُرِيَنِي كَيْفَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَتَوَضَّأُ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ زَيْدٍ نَعَمْ فَدَعَا بِمَاءٍ فَأَفْرَغَ عَلَى يَدَيْهِ فَغَسَلَ مَرَّتَيْنِ ثُمَّ مَضْمَضَ وَاسْتَنْثَرَ ثَلَاثًا ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا ثُمَّ غَسَلَ يَدَيْهِ مَرَّتَيْنِ مَرَّتَيْنِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ثُمَّ مَسَحَ رَأْسَهُ بِيَدَيْهِ فَأَقْبَلَ بِهِمَا وَأَدْبَرَ بَدَأَ بِمُقَدَّمِ رَأْسِهِ حَتَّى ذَهَبَ بِهِمَا إِلَى قَفَاهُ ثُمَّ رَدَّهُمَا إِلَى الْمَكَانِ الَّذِي بَدَأَ مِنْهُ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Last edited:
1778382553365.png


Hadits Abu Dawud no. 116
Status: Hasan sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada datuk `Amr ibn Shu`ayb (`Abd Allah ibn `Amr رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),

“Seorang lelaki datang kepada Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
lalu dia berkata,
“Wahai Rasul Allah.
Bagaimana cara bersuci?”

Maka baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) meminta air
di dalam sebuah bekas.

1) Lalu baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) membasuh kedua-dua tapak tangannya
tiga (3) kali.

2) Kemudian baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) membasuh wajahnya
tiga (3) kali.

3) Kemudian baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) membasuh kedua-dua lengannya
tiga (3) kali.

4) Kemudian baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) mengusap kepalanya (dengan air)

lalu baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) memasukkan kedua-dua jari telunjuknya
ke dalam telinganya,

dan mengusap bahagian luar telinga
dengan kedua-dua ibu jarinya,

dan bahagian dalam telinga
dengan kedua-dua jari telunjuknya.

5) Kemudian baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) membasuh kedua-dua kakinya,
tiga (3) kali, tiga (3) kali.

Kemudian baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
“Beginilah (cara) wudhu’.

Maka barang siapa yang menambah atas ini
atau menguranginya,

maka sungguh dia telah berbuat buruk dan zalim
atau zalim dan berbuat buruk.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ مُوسَى بْنِ أَبِي عَائِشَةَ عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ
أَنَّ رَجُلًا أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ الطُّهُورُ فَدَعَا بِمَاءٍ فِي إِنَاءٍ فَغَسَلَ كَفَّيْهِ ثَلَاثًا ثُمَّ غَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا ثُمَّ غَسَلَ ذِرَاعَيْهِ ثَلَاثًا ثُمَّ مَسَحَ بِرَأْسِهِ فَأَدْخَلَ إِصْبَعَيْهِ السَّبَّاحَتَيْنِ فِي أُذُنَيْهِ وَمَسَحَ بِإِبْهَامَيْهِ عَلَى ظَاهِرِ أُذُنَيْهِ وَبِالسَّبَّاحَتَيْنِ بَاطِنَ أُذُنَيْهِ ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ ثَلَاثًا ثَلَاثًا ثُمَّ قَالَ هَكَذَا الْوُضُوءُ فَمَنْ زَادَ عَلَى هَذَا أَوْ نَقَصَ فَقَدْ أَسَاءَ وَظَلَمَ أَوْ ظَلَمَ وَأَسَاءَ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1778449296917.png


Hadits Ibn Majah no. 441
Status: Hasan sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Ibn `Abbas (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Apabila kau berdiri untuk solat,
maka sempurnakanlah wudhu’.

Dan masukkanlah (ratakan) air
di celah-celah jari tangan
dan kakimu.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعِيدٍ الْجَوْهَرِيُّ حَدَّثَنَا سَعْدُ بْنُ عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ جَعْفَرٍ عَنْ ابْنِ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ مُوسَى بْنِ عُقْبَةَ عَنْ صَالِحٍ مَوْلَى التَّوْأَمَةِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قُمْتَ إِلَى الصَّلَاةِ فَأَسْبِغْ الْوُضُوءَ وَاجْعَلْ الْمَاءَ بَيْنَ أَصَابِعِ يَدَيْكَ وَرِجْلَيْكَ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1783585792328.png


Hadits Abu Dawud no. 124
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Anas, iaitu Ibn Malik (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),

“Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
apabila baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) berwudhu’,

baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) mengambil sekali (1) cedok air
dengan tapak tangannya,

lalu baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) memasukkannya
ke bawah dagunya.

Kemudian baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) meratakan air
sehingga ke celah-celah janggutnya

dan baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
“Beginilah Rabbku (Pencipta, Pemilik & Pengatur) عَزَّ وَجَلَّ
memerintahkan aku.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا أَبُو تَوْبَةَ يَعْنِي الرَّبِيعَ بْنَ نَافِعٍ حَدَّثَنَا أَبُو الْمَلِيحِ عَنْ الْوَلِيدِ بْنِ زَوْرَانَ عَنْ أَنَسٍ يَعْنِي ابْنَ مَالِكٍ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا تَوَضَّأَ أَخَذَ كَفًّا مِنْ مَاءٍ فَأَدْخَلَهُ تَحْتَ حَنَكِهِ فَخَلَّلَ بِهِ لِحْيَتَهُ وَقَالَ هَكَذَا أَمَرَنِي رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ
قَالَ أَبُو دَاوُد وَالْوَلِيدُ بْنُ زَوْرَانَ رَوَى عَنْهُ حَجَّاجُ بْنُ حَجَّاحٍ وَأَبُو الْمَلِيحِ الرَّقِّيُّ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1788843848013.png


1788843858065.png


1788843869237.png


Hadits Muslim no. 354
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada `Abd Allah ibn `Amr (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),

“Kami pulang bersama Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
dari Makkah ke Madinah.

Sehinggalah ketika kami berada
di suatu tempat yang mempunyai air
di perjalanan,

sekelompok orang tergesa-gesa
ketika waktu `Asr.

Lalu mereka berwudhu’
dalam keadaan tergesa-gesa.

Kemudian kami sampai kepada mereka,
sedangkan tumit-tumit mereka kelihatan
tidak disentuh air.

Maka Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,
“Celakalah tumit-tumit itu
disebabkan masuk neraka.

Sempurnakanlah wudhu’.”

Teks Arab
و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ ح و حَدَّثَنَا إِسْحَقُ أَخْبَرَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ هِلَالِ بْنِ يِسَافٍ عَنْ أَبِي يَحْيَى عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ
رَجَعْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ مَكَّةَ إِلَى الْمَدِينَةِ حَتَّى إِذَا كُنَّا بِمَاءٍ بِالطَّرِيقِ تَعَجَّلَ قَوْمٌ عِنْدَ الْعَصْرِ فَتَوَضَّئُوا وَهُمْ عِجَالٌ فَانْتَهَيْنَا إِلَيْهِمْ وَأَعْقَابُهُمْ تَلُوحُ لَمْ يَمَسَّهَا الْمَاءُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَيْلٌ لِلْأَعْقَابِ مِنْ النَّارِ أَسْبِغُوا الْوُضُوءَ
و حَدَّثَنَاه أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ سُفْيَانَ ح و حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ قَالَا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ قَالَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ كِلَاهُمَا عَنْ مَنْصُورٍ بِهَذَا الْإِسْنَادِ وَلَيْسَ فِي حَدِيثِ شُعْبَةَ أَسْبِغُوا الْوُضُوءَ وَفِي حَدِيثِهِ عَنْ أَبِى يَحْيَى الْأَعْرَجِ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Last edited:
1789535504953.png


Hadits Bukhari no. 180
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada ayah `Amr (Yahya ibn `Umarah),

(`Abd Allah ibn Zayd رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ditanya
tentang wudhu’ Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ).

“Lalu beliau meminta sebuah bekas yang mengandungi air.

Kemudian beliau berwudhu’ untuk mereka
sepertimana wudhu’ Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

1) Beliau menuangkan air daripada bekas itu
ke atas tangannya,
lalu beliau membasuh kedua-dua tangannya
tiga (3) kali.

2) Kemudian beliau memasukkan tangannya
ke dalam bekas tersebut,
lalu beliau berkumur-kumur,

memasukkan air ke hidung
dan mengeluarkannya,

dengan tiga (3) cedokan.

3) Kemudian beliau memasukkan tangannya,
lalu membasuh wajahnya
tiga (3) kali.

4) Kemudian beliau membasuh kedua-dua tangannya
hingga ke siku,
dua (2) kali.

5) Kemudian beliau memasukkan tangannya,
lalu mengusap kepalanya.

Beliau mengusap dengan kedua-dua tangannya
dari hadapan ke belakang
dan dari belakang ke hadapan,
(1) sekali.

6) Kemudian beliau membasuh kedua-dua kakinya
hingga ke buku lali.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا مُوسَى قَالَ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ عَنْ عَمْرٍو عَنْ أَبِيهِ شَهِدْتُ عَمْرَو بْنَ أَبِي حَسَنٍ سَأَلَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ زَيْدٍ عَنْ وُضُوءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَدَعَا بِتَوْرٍ مِنْ مَاءٍ فَتَوَضَّأَ لَهُمْ وُضُوءَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَكْفَأَ عَلَى يَدِهِ مِنْ التَّوْرِ فَغَسَلَ يَدَيْهِ ثَلَاثًا ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فِي التَّوْرِ فَمَضْمَضَ وَاسْتَنْشَقَ وَاسْتَنْثَرَ ثَلَاثَ غَرَفَاتٍ ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَغَسَلَ وَجْهَهُ ثَلَاثًا ثُمَّ غَسَلَ يَدَيْهِ مَرَّتَيْنِ إِلَى الْمِرْفَقَيْنِ ثُمَّ أَدْخَلَ يَدَهُ فَمَسَحَ رَأْسَهُ فَأَقْبَلَ بِهِمَا وَأَدْبَرَ مَرَّةً وَاحِدَةً ثُمَّ غَسَلَ رِجْلَيْهِ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia masuk ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Back
Top
Log in Register