boca120879
Super Active Member

- Messages
- 9,719
- Joined
- Dec 27, 2018
- Messages
- 9,719
- Reaction score
- 3,506
- Points
- 211
Hadits Muslim no. 1278
Status: Sohih - Ijma` `ulama’
Matan
Daripada Ibn `Abbas (radhiyallahu `anhu),
“Beliau (Ibn `Abbas) bermalam di rumah ibu saudaranya, Maymunah.
Lalu Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bangun
pada waktu malam.
Kemudian, baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) berwudhu’
dari bekas air yang tergantung,
dengan wudhu’ yang ringan (menggunakan air yang sedikit).
Beliau (Ibn `Abbas) berkata,
beliau menggambarkan wudhu’ baginda (sallallahu `alayhi wa sallam)
dan baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) meringankannya
serta mengurangkannya (penggunaan airnya).”
Berkata Ibn `Abbas,
“Maka aku pun bangun
lalu melakukan seperti apa yang
dilakukan oleh Nabi sallallahu `alayhi wa sallam.
Kemudian aku datang
lalu berdiri di sebelah kiri baginda (sallallahu `alayhi wa sallam).
Lalu baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) memindahkanku
dan meletakkanku di sebelah kanan baginda (sallallahu `alayhi wa sallam).
Lalu baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) solat.
Kemudian (baginda sallallahu `alayhi wa sallam) berbaring
dan tidur sehingga berdengkur.
Kemudian Bilal datang kepada baginda (sallallahu `alayhi wa sallam)
lalu memberitahu masuk waktu solat (Subuh).
Lalu baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) keluar
dan solat Subuh
tanpa berwudhu’ semula.”
Berkata Sufyan (ibn `Uyaynah),
“Dan ini (bangun tidur tanpa berwudhu’) adalah khusus
bagi Nabi sallallahu `alayhi wa sallam,
kerana telah sampai (hadits) kepada kami
bahawa Nabi sallallahu `alayhi wa sallam,
matanya tidur
tetapi qalbunya tidak tidur.”
Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk di kalangan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!
Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an
Teks Arab
حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عُمَرَ وَمُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمٍ عَنْ ابْنِ عُيَيْنَةَ قَالَ ابْنُ أَبِي عُمَرَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَمْرِو بْنِ دِينَارٍ عَنْ كُرَيْبٍ مَوْلَى ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
أَنَّهُ بَاتَ عِنْدَ خَالَتِهِ مَيْمُونَةَ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ اللَّيْلِ فَتَوَضَّأَ مِنْ شَنٍّ مُعَلَّقٍ وُضُوءًا خَفِيفًا قَالَ وَصَفَ وُضُوءَهُ وَجَعَلَ يُخَفِّفُهُ وَيُقَلِّلُهُ قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ فَقُمْتُ فَصَنَعْتُ مِثْلَ مَا صَنَعَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ جِئْتُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَأَخْلَفَنِي فَجَعَلَنِي عَنْ يَمِينِهِ فَصَلَّى ثُمَّ اضْطَجَعَ فَنَامَ حَتَّى نَفَخَ ثُمَّ أَتَاهُ بِلَالٌ فَآذَنَهُ بِالصَّلَاةِ فَخَرَجَ فَصَلَّى الصُّبْحَ وَلَمْ يَتَوَضَّأْ
قَالَ سُفْيَانُ وَهَذَا لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَاصَّةً لِأَنَّهُ بَلَغَنَا أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَنَامُ عَيْنَاهُ وَلَا يَنَامُ قَلْبُهُ