BTC USD 76,674.9 Gold USD 4,348.36
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Wudhu'

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 54

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada 'Amru bin 'Amir al-Anshari,

Aku ('Amru bin 'Amir al-Anshari) mendengar
Anas bin Malik berkata,
"Nabi s.a.w. selalu berwuduk
setiap kali solat."

Aku ('Amru bin 'Amir al-Anshari) berkata,
"Lalu, kalian sendiri,
apa yang kalian buat?"

Dia (Anas bin Malik) menjawab,
"Kami mengerjakan semua solat
dengan satu (1) kali wuduk,
selama kami belum batal."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 54

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada 'Amru bin 'Amir al-Anshari,

Aku ('Amru bin 'Amir al-Anshari) mendengar
Anas bin Malik berkata,
"Nabi s.a.w. selalu berwuduk
setiap kali solat."

Aku ('Amru bin 'Amir al-Anshari) berkata,
"Lalu, kalian sendiri,
apa yang kalian buat?"

Dia (Anas bin Malik) menjawab,
"Kami mengerjakan semua solat
dengan satu (1) kali wuduk,
selama kami belum batal."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

1733705886754.png


1733705904371.png
 
1000549078.jpg


⭐️ HADIS HARI INI ⭐

WUDUK & SOLAT: MENGHAPUS DOSA KECIL.

“Dosa-dosa kecil akan terhapus dengan wuduk yang sempurna dan solat lima waktu.”

(Riwayat Muslim: 233)

#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Ibnu Majah no. 470

Darjat: Hasan

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Ali bin Abi Talib (radiyallāhu ‘anhu),
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

"Mata adalah pengikat dubur.

Maka barangsiapa tertidur,
hendaklah dia berwuduk."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Ibnu Majah no. 470

Darjat: Hasan

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Ali bin Abi Talib (radiyallāhu ‘anhu),
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

"Mata adalah pengikat dubur.

Maka barangsiapa tertidur,
hendaklah dia berwuduk."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

1752039857555.png
 
1000701386.jpg


❇️ 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 ❇️
Wuduk Sebelum Tidur: Sunnah yang Terlupa

Wuduk sebelum tidur membersihkan diri, menyucikan jiwa, dan memelihara dalam tidur.

🌿 Jadikan ia amalan setiap malam sebelum merebahkan diri.

📌 Sunnah kecil, manfaat besar.

#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
#UmmahFadhilah
 
1000727305.jpg


Amalan Sunnah Sebelum Tidur

Sunnah yang nampak sederhana, tetapi menjadi sebab turunnya rahmat & penjagaan Allah SWT.

Semoga Allah SWT menjadikan kita daripada mereka yang suka untuk berwuduk dan mengekalinya sebagaimana dilakukan oleh salafus soleh kerana menjunjung perintah Rasulullah SAW. Amin.

#maulidurrasulsaw2025
#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
#RancakkanMADANI
#MADANIBekerja
#bersamamalaysiaku
 
1772787070324.png


1772787082569.png


Hadits Muslim no. 345
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada `Uqbah ibn `Amir (radhiyallahu `anhu),

“Kami pernah memiliki tugas
untuk menggembala unta-unta.

Maka tibalah giliranku.
Lalu aku mengembalikannya (unta-unta itu)
pada waktu petang.

Lalu aku mendapati Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam sedang berdiri,
berbicara kepada orang ramai.

Maka aku mendengar
baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,

“Tidaklah seorang muslim berwudhu’,
lalu dia menyempurnakan wudhu’nya.

Kemudian dia berdiri lalu solat dua (2) rakaat
dengan penuh fokus dan khusyuk.

Melainkan wajib baginya syurga.”

Lalu aku (`Uqbah ibn `Amir) berkata,
“Alangkah baiknya ini.”

Tiba-tiba seorang yang di hadapanku berkata,
“Ungkapan yang sebelum ini
lebih baik.”

Maka aku melihat,
rupanya `Umar.

Dia (`Umar) berkata,
“Sesungguhnya, aku telah melihatmu datang sebentar tadi.

Baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,

“Tidaklah seorang daripada kalian berwudhu’.
Lalu dia menyempurnakan wudhu’ itu.

Kemudian dia berdoa,

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
(Aku bersaksi bahawa
tiada tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah).

وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ
(Dan bahawa
Muhammad adalah hamba Allah dan rasul-Nya).

Melainkan dibukakan baginya
lapan (8 ) pintu syurga.

Dia masuk dari mana-mana pintu
yang dia kehendaki."

(Daripada sanad jalur 2,
doa selepas wudhu’ ada perbezaan sedikit),

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
"(Aku bersaksi bahawa
tiada tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah),

وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ
(yang Esa,
tiada sekutu bagi-Nya).

وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
(Dan aku bersaksi bahawa
Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya)."

Teks Arab
حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمِ بْنِ مَيْمُونٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ صَالِحٍ عَنْ رَبِيعَةَ يَعْنِي ابْنَ يَزِيدَ عَنْ أَبِي إِدْرِيسَ الْخَوْلَانِيِّ عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ ح وَحَدَّثَنِي أَبُو عُثْمَانَ عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ
كَانَتْ عَلَيْنَا رِعَايَةُ الْإِبِلِ فَجَاءَتْ نَوْبَتِي فَرَوَّحْتُهَا بِعَشِيٍّ فَأَدْرَكْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَائِمًا يُحَدِّثُ النَّاسَ فَأَدْرَكْتُ مِنْ قَوْلِهِ مَا مِنْ مُسْلِمٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ وُضُوءَهُ ثُمَّ يَقُومُ فَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ مُقْبِلٌ عَلَيْهِمَا بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ إِلَّا وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ قَالَ فَقُلْتُ مَا أَجْوَدَ هَذِهِ فَإِذَا قَائِلٌ بَيْنَ يَدَيَّ يَقُولُ الَّتِي قَبْلَهَا أَجْوَدُ فَنَظَرْتُ فَإِذَا عُمَرُ قَالَ إِنِّي قَدْ رَأَيْتُكَ جِئْتَ آنِفًا قَالَ مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُبْلِغُ أَوْ فَيُسْبِغُ الْوَضُوءَ ثُمَّ يَقُولُ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُ اللَّهِ وَرَسُولُهُ إِلَّا فُتِحَتْ لَهُ أَبْوَابُ الْجَنَّةِ الثَّمَانِيَةُ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ
و حَدَّثَنَاه أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ الْحُبَابِ حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ صَالِحٍ عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِي إِدْرِيسَ الْخَوْلَانِيِّ وَأَبِي عُثْمَانَ عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرِ بْنِ مَالِكٍ الْحَضْرَمِيِّ عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ الْجُهَنِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَذَكَرَ مِثْلَهُ غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ مَنْ تَوَضَّأَ فَقَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
 
Back
Top
Log in Register