BTC USD 86,314.2 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Polis Sahkan Mayat Pemancing Kedua Ditemukan Di Perairan Perak

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,877
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,877
Reaction score
290
Points
146

Polis Sahkan Mayat Pemancing Kedua Ditemukan Di Perairan Perak​

f8b7a6c781c4daeec7814622ddd25b8c6aabbb06c91b6

Bapa mangsa Ruhaizat Muhidin, 69, (kanan), tidak dapat menahan air matanya ketika menunggu perkembangan operasi mencari dan menyelamat (SAR) anaknya, Ridzuan, 37, salah seorang daripada dua mangsa yang dilaporkan masih hilang di Pos Kawalan Tempat Kejadian, Jeti Sementa Klang hari ini. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA

Polis mengesahkan seorang lagi pemancing yang dilaporkan hilang di One Fathom Bank berhampiran Pulau Ketam, Klang, ditemukan lemas di perairan Hutan Melintang, Perak, semalam.

Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP Ramsay Embol berkata identiti mangsa lelaki itu dipercayai Muhammad Ridzuan Ruhaizat, 37, berdasarkan pengecaman awal waris keluarga.

Beliau berkata pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) menerima maklumat daripada sebuah bot nelayan berhubung penemuan mayat lelaki dalam keadaan terapung di perairan Perak kira-kira 4.26 petang semalam.

"Pada 5.05 petang, Kapal Maritim (KM) Nusa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Perak tiba di lokasi dan mengesahkan penemuan mayat itu.

"Hasil pengecaman awal oleh seorang waris berdasarkan gambar dan kasut dipakai, mayat itu dipercayai Muhammad Ridzuan iaitu seorang daripada dua mangsa yang masih hilang," katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramsay berkata mayat itu dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) Sabak Bernam dan akan dihantar ke Hospital Sungai Buloh bagi proses bedah siasat.

Beliau berkata penemuan terbaharu itu menjadikan enam daripada tujuh mangsa telah ditemukan setakat ini.

"Empat mangsa dalam keadaan selamat, dua meninggal dunia manakala seorang lagi iaitu Raja Mohd Rozi Raja Mahamud berumut 49 tahun belum ditemukan.

"Operasi SAR hari keempat ditangguhkan pada 9 malam tadi dan disambung semula 7 pagi ini dengan penglibatan polis, APMM, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam (APM) serta agensi berkaitan bagi mengesan mangsa terakhir," katanya.

 
Back
Top
Log in Register