BTC USD 83,596.9 Gold USD 4,154.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Solat (umum)

1000735572.jpg


❇️ KALAM HIKMAH ❇️

Apabila kamu meninggalkan solat ketahuilah bahawa keberkatan dan rahmat Allah Taala tiada di dalam hidup kamu.

#UmmahFadhilah
#IndahnyaIslam
#KalamHikmah
 
1000803598.jpg


❇️ 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 ❇️

🕋 Solat Penghapus Dosa

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Tidak ada seorang Muslim pun yang tiba waktu solat fardu ke atasnya, lalu dia menyempurnakan wuduknya, kekhusyukannya, dan rukuknya, melainkan solat itu menjadi penghapus dosa-dosa yang dilakukannya sebelum itu, selama dia tidak melakukan dosa besar. Dan yang demikian itu berlaku sepanjang masa.”
(HR Muslim)

💧 Setiap solat bukan sekadar kewajipan, tapi peluang untuk menyucikan jiwa dan menghapus dosa.

#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
#UmmahFadhilah
 
1770350412023.png


Hadits Bukhari no. 520
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Abu al-Malih,

“Kami bersama Buraydah (radhiyallahu `anhu)
dalam satu peperangan
pada hari yang mendung.

Maka dia (Buraydah) berkata,
“Segerakanlah solat `Asar.

Sesungguhnya, Nabi sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,

“Barang siapa yang meninggalkan solat `Asar,
maka telah gugur amalnya.”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ قَالَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ قَالَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَبِي الْمَلِيحِ قَالَ
كُنَّا مَعَ بُرَيْدَةَ فِي غَزْوَةٍ فِي يَوْمٍ ذِي غَيْمٍ فَقَالَ بَكِّرُوا بِصَلَاةِ الْعَصْرِ فَإِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ تَرَكَ صَلَاةَ الْعَصْرِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ
 
1770570120528.png


1770570139158.png


Hadits Bukhari no. 3119
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada `Abd ar-Rahman ibn Abi Layla,

“Ka`b ibn `Ujrah (radhiyallahu `anhu) menemuiku (`Abd ar-Rahman ibn Abi Layla)
lalu berkata,
“Mahukah aku hadiahkan kepadamu
satu hadiah yang aku dengar
daripada Nabi sallallahu `alayhi wa sallam?”

Aku (`Abd ar-Rahman ibn Abi Layla) berkata,
“Ya.
Maka hadiahkanlah ia kepadaku.”

Kemudian, dia (Ka`b ibn `Ujrah) berkata,
“Kami bertanya kepada Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam.

Lalu kami berkata,
“Wahai Rasul Allah.
Bagaimana selawat ke atasmu?
Wahai Ahl al-Bayt.
Kerana sesungguhnya, Allah telah mengajar kami
bagaimana memberi salam ke atasmu?’”

Baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Ucapkanlah,

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
(Ya Allah.
Limpahkanlah selawat ke atas Muhammad
dan ke atas keluarga Muhammad).

كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
(Sepertimana Kau telah limpahkan selawat ke atas Ibrahim
dan ke atas keluarga Ibrahim).

إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
(Sesungguhnya, Kau Maha Terpuji lagi Maha Mulia).

اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
(Ya Allah.
Berilah barakah kepada Muhammad
dan keluarga Muhammad).

كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ
(Sepertimana Kau telah berikan barakah kepada Ibrahim
dan keluarga Ibrahim).

إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
(Sesungguhnya, Kau Maha Terpuji lagi Maha Mulia).

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا قَيْسُ بْنُ حَفْصٍ وَمُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ حَدَّثَنَا أَبُو فَرْوَةَ مُسْلِمُ بْنُ سَالِمٍ الْهَمْدَانِيُّ قَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عِيسَى سَمِعَ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ أَبِي لَيْلَى قَالَ لَقِيَنِي كَعْبُ بْنُ عُجْرَةَ فَقَالَ
أَلَا أُهْدِي لَكَ هَدِيَّةً سَمِعْتُهَا مِنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْتُ بَلَى فَأَهْدِهَا لِي فَقَالَ سَأَلْنَا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ الصَّلَاةُ عَلَيْكُمْ أَهْلَ الْبَيْتِ فَإِنَّ اللَّهَ قَدْ عَلَّمَنَا كَيْفَ نُسَلِّمُ عَلَيْكُمْ قَالَ قُولُوا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيمَ وَعَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ
 
1770654121598.png


Hadits Abu Dawud no. 1266
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Fudhalah ibn `Ubayd (radhiyallahu `anhu),

“Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam mendengar
seorang lelaki berdoa dalam solatnya.

Dia tidak mengagungkan Allah Ta`ala.
Dan tidak berselawat ke atas Nabi sallallahu `alayhi wa sallam.

Lalu Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,
“Orang ini tergesa-gesa.”


Kemudian baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) memanggilnya.
Dan bersabda kepadanya
atau kepada yang selainnya,

“Apabila salah seorang daripada kalian sedang solat,

maka hendaklah dia memulakan
dengan mengagungkan Tuhannya Yang Maha Mulia dan Maha Perkasa,
serta memuji-Nya.

Kemudian berselawat ke atas Nabi sallallahu `alayhi wa sallam.

Kemudian barulah dia berdoa selepas itu
dengan apa yang dia kehendaki.”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ حَدَّثَنَا حَيْوَةُ أَخْبَرَنِي أَبُو هَانِئٍ حُمَيْدُ بْنُ هَانِئٍ أَنَّ أَبَا عَلِيٍّ عَمْرَو بْنَ مَالِكٍ حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ فَضَالَةَ بْنَ عُبَيْدٍ صَاحِبَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ
سَمِعَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا يَدْعُو فِي صَلَاتِهِ لَمْ يُمَجِّدْ اللَّهَ تَعَالَى وَلَمْ يُصَلِّ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَجِلَ هَذَا ثُمَّ دَعَاهُ فَقَالَ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلْيَبْدَأْ بِتَمْجِيدِ رَبِّهِ جَلَّ وَعَزَّ وَالثَّنَاءِ عَلَيْهِ ثُمَّ يُصَلِّي عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ يَدْعُو بَعْدُ بِمَا شَاءَ
 
1770790921690.png


Hadits Bukhari no. 788
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada `Abd Allah (ibn Mas`ud radhiyallahu `anhu),

“Kami dahulu,
apabila kami solat di belakang Nabi sallallahu `alayhi wa sallam,
kami mengucapkan,
“Salam atas Jibril dan Mika’il.
Salam atas si fulan dan si fulan.”

Maka Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam berpaling
kepada kami.

Lalu baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Sesungguhnya, Allah, Dia-lah al-Salam.”

Maka apabila salah seorang daripada kalian solat,
hendaklah dia mengucapkan,

التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ
(Segala penghormatan bagi Allah,
dan segala pengagungan,
serta segala kebaikan).

السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ
(Salam atasmu wahai Nabi,
dan rahmat Allah
serta barakah-Nya).

السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ
(Salam atas kami
dan atas hamba-hamba Allah yang soleh).

Maka sesungguhnya, apabila kalian mengucapkannya,
ia mengenai setiap hamba Allah yang soleh
di langit dan di bumi.

(Kemudian, bacaan seterusnya),

أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
(Aku bersaksi bahawa
tiada tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah).

وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
(Dan aku bersaksi bahawa
Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nya).

Teks Arab
حَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ قَالَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ شَقِيقِ بْنِ سَلَمَةَ قَالَ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ
كُنَّا إِذَا صَلَّيْنَا خَلْفَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُلْنَا السَّلَامُ عَلَى جِبْرِيلَ وَمِيكَائِيلَ السَّلَامُ عَلَى فُلَانٍ وَفُلَانٍ فَالْتَفَتَ إِلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ إِنَّ اللَّهَ هُوَ السَّلَامُ فَإِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلْيَقُلْ التَّحِيَّاتُ لِلَّهِ وَالصَّلَوَاتُ وَالطَّيِّبَاتُ السَّلَامُ عَلَيْكَ أَيُّهَا النَّبِيُّ وَرَحْمَةُ اللَّهِ وَبَرَكَاتُهُ السَّلَامُ عَلَيْنَا وَعَلَى عِبَادِ اللَّهِ الصَّالِحِينَ فَإِنَّكُمْ إِذَا قُلْتُمُوهَا أَصَابَتْ كُلَّ عَبْدٍ لِلَّهِ صَالِحٍ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ
 
1770945825752.png


1770945841185.png


Hadits Bukhari no. 785
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Muhammad ibn `Amr ibn `Atha',

“Dia (Muhammad ibn `Amr ibn `Atha') sedang duduk bersama beberapa orang
daripada sahabat Nabi sallallahu `alayhi wa sallam,
lalu kami menyebut tentang solat Nabi sallallahu `alayhi wa sallam.

Maka berkata Abu Humayd as-Sa`idi (radhiyallahu `anhu),
“Aku adalah yang paling hafaz di kalangan kamu
tentang solat Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam.

Aku melihat baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) apabila bertakbir,
baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) menjadikan
kedua-dua tangannya sejajar dengan kedua-dua bahunya.

Dan apabila baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) rukuk,
baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) memegang kedua-dua lututnya
dengan kedua-dua tangannya,
kemudian baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) meluruskan belakangnya.

Maka apabila baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) mengangkat kepalanya
(daripada rukuk),
baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) berdiri tegak
sehingga kembali setiap ruas tulang ke tempatnya.

Maka apabila baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) sujud,
baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) meletakkan kedua-dua tangannya
tanpa menghamparkannya (secara berlebihan)
dan tanpa merapatkannya (ke badan).
Dan baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) menghadap dengan
hujung jari kedua-dua kakinya ke arah qiblah.

Maka apabila baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) duduk pada dua (2) rakaat (awal), baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) duduk di atas kaki kirinya
dan menegakkan kaki kanannya.

Dan apabila baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) duduk pada rakaat yang akhir,
baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) mengeluarkan kaki kirinya
(masuk ke bawah kaki kanan),
menegakkan yang satu lagi (kaki kanan),
dan baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) duduk di atas punggungnya (tawarruk).”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ بُكَيْرٍ قَالَ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ خَالِدٍ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حَلْحَلَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ عَطَاءٍ وَحَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي حَبِيبٍ وَيَزِيدَ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حَلْحَلَةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ عَطَاءٍ أَنَّهُ كَانَ جَالِسًا مَعَ نَفَرٍ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرْنَا صَلَاةَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَبُو حُمَيْدٍ السَّاعِدِيُّ
أَنَا كُنْتُ أَحْفَظَكُمْ لِصَلَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَيْتُهُ إِذَا كَبَّرَ جَعَلَ يَدَيْهِ حِذَاءَ مَنْكِبَيْهِ وَإِذَا رَكَعَ أَمْكَنَ يَدَيْهِ مِنْ رُكْبَتَيْهِ ثُمَّ هَصَرَ ظَهْرَهُ فَإِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ اسْتَوَى حَتَّى يَعُودَ كُلُّ فَقَارٍ مَكَانَهُ فَإِذَا سَجَدَ وَضَعَ يَدَيْهِ غَيْرَ مُفْتَرِشٍ وَلَا قَابِضِهِمَا وَاسْتَقْبَلَ بِأَطْرَافِ أَصَابِعِ رِجْلَيْهِ الْقِبْلَةَ فَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَتَيْنِ جَلَسَ عَلَى رِجْلِهِ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْيُمْنَى وَإِذَا جَلَسَ فِي الرَّكْعَةِ الْآخِرَةِ قَدَّمَ رِجْلَهُ الْيُسْرَى وَنَصَبَ الْأُخْرَى وَقَعَدَ عَلَى مَقْعَدَتِهِ
وَسَمِعَ اللَّيْثُ يَزِيدَ بْنَ أَبِي حَبِيبٍ وَيَزِيدُ مِنْ مُحَمَّدِ بْنِ حَلْحَلَةَ وَابْنُ حَلْحَلَةَ مِنْ ابْنِ عَطَاءٍ قَالَ أَبُو صَالِحٍ عَنْ اللَّيْثِ كُلُّ فَقَارٍ وَقَالَ ابْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَيُّوبَ قَالَ حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ أَبِي حَبِيبٍ أَنَّ مُحَمَّدَ بْنَ عَمْرٍو حَدَّثَهُ كُلُّ فَقَارٍ
 
1771032760072.png


Hadits Muslim no. 912
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Ibn `Umar (radhiyallahu `anhu),

“Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam apabila duduk
dalam tasyahhud,

baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) meletakkan tangan kirinya
di atas lutut kirinya,

dan baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) meletakkan tangan kanannya
di atas lutut kanannya.

Dan baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) membentuk angka lima puluh tiga
dengan jari
(lima puluh tiga dalam kiraan Arab, ٥٣),

dan baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) memberi isyarat
dengan jari telunjuk.”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
و حَدَّثَنَا عَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ مُحَمَّدٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا قَعَدَ فِي التَّشَهُّدِ وَضَعَ يَدَهُ الْيُسْرَى عَلَى رُكْبَتِهِ الْيُسْرَى وَوَضَعَ يَدَهُ الْيُمْنَى عَلَى رُكْبَتِهِ الْيُمْنَى وَعَقَدَ ثَلَاثَةً وَخَمْسِينَ وَأَشَارَ بِالسَّبَّابَةِ
 
1771086310784.png


1771086330195.png


Hadits Muslim no. 924
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Abu Hurayrah (radhiyallahu `anhu),
Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,

“Apabila salah seorang daripada kalian bertasyahhud,

hendaklah dia memohon perlindungan kepada Allah
daripada empat (4) perkara.

Dia membaca,

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ
( 1) Ya Allah.
Aku berlindung kepada-Mu daripada azab (neraka) Jahannam),

وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
( 2) dan daripada azab kubur),

وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ
( 3) dan daripada fitnah kehidupan dan kematian),

وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
( 4) dan daripada keburukan fitnah al-Masih ad-Dajjal).”

Teks Arab
و حَدَّثَنَا نَصْرُ بْنُ عَلِيٍّ الْجَهْضَمِيُّ وَابْنُ نُمَيْرٍ وَأَبُو كُرَيْبٍ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ جَمِيعًا عَنْ وَكِيعٍ قَالَ أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنَا الْأَوْزَاعِيُّ عَنْ حَسَّانَ بْنِ عَطِيَّةَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ أَبِي عَائِشَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَعَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا تَشَهَّدَ أَحَدُكُمْ فَلْيَسْتَعِذْ بِاللَّهِ مِنْ أَرْبَعٍ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
 
Back
Top
Log in Register