Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.
Hadits Bukhari no. 2964
Darjat: Sahih
Ijma’ ulama’
Matan:
Daripada Aishah (radhiyallahu ‘anha) isteri Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam,
“Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam pada hari berlaku gerhana matahari,
baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) berdiri (untuk solat)
lalu bertakbir.
Baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) membaca bacaan (surah) yang panjang.
Kemudian rukuk
dengan rukuk yang panjang.
Setelah itu, baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) mengangkat kepalanya
seraya berkata,
سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ
(Allah mendengar orang yang memuji-Nya).
Kemudian baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) berdiri
sebagaimana sebelumnya.
Lalu membaca bacaan (surah) yang panjang.
Namun lebih pendek daripada bacaan pertama.
Kemudian baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) rukuk
dengan rukuk yang panjang.
Namun lebih pendek daripada rukuk pertama.
Setelah itu, baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) sujud
dengan sujud yang panjang.
Pada rakaat kedua (ke-2),
baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) melakukan seperti itu juga.
Kemudian baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) memberi salam,
sedangkan matahari sudah terang kembali (tidak lagi gerhana).
Lalu baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) berkhutbah kepada manusia.
Dan bersabda,
“Sesungguhnya matahari dan bulan
adalah dua (2) tanda kekuasaan Allah.
Kedua-duanya tidak akan gerhana
kerana kematian seseorang.
Dan tidak juga kerana hidupnya seseorang.
Maka apabila kalian melihatnya (gerhana),
bersegeralah kalian mendirikan solat.”
Nota penting:
Untuk pemahaman yang benar,
ambillah ilmu daripada pencinta sunnah yang jujur!
Dan beramal dengan sunnah yang benar!
Bukan sekadar kata-kata!