BTC USD 62,380.7 Gold USD 4,462.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Sabar

1779694268368.png


1779694280234.png


Hadits Muslim no. 4919
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Usamah ibn Zayd (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Aku berdiri di pintu syurga,
maka ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah
orang-orang miskin.

Dan ternyata orang-orang yang memiliki kekayaan tertahan
(menunggu kekayaan mereka untuk dinilai).

Kecuali penghuni neraka
kerana mereka telah diperintahkan
untuk dibawa ke neraka.

Dan aku berdiri di pintu neraka,
maka ternyata kebanyakan orang yang memasukinya ialah
para wanita.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا هَدَّابُ بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ ح و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ مُعَاذٍ الْعَنْبَرِيُّ ح و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى حَدَّثَنَا الْمُعْتَمِرُ ح و حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا جَرِيرٌ كُلُّهُمْ عَنْ سُلَيْمَانَ التَّيْمِيِّ ح و حَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ فُضَيْلُ بْنُ حُسَيْنٍ وَاللَّفْظُ لَهُ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ حَدَّثَنَا التَّيْمِيُّ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قُمْتُ عَلَى بَابِ الْجَنَّةِ فَإِذَا عَامَّةُ مَنْ دَخَلَهَا الْمَسَاكِينُ وَإِذَا أَصْحَابُ الْجَدِّ مَحْبُوسُونَ إِلَّا أَصْحَابَ النَّارِ فَقَدْ أُمِرَ بِهِمْ إِلَى النَّارِ وَقُمْتُ عَلَى بَابِ النَّارِ فَإِذَا عَامَّةُ مَنْ دَخَلَهَا النِّسَاءُ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1779737358343.png


1779737369180.png


Hadits Tirmidzi no. 2277
Status: Hasan sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Abu Hurayrah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

"Orang-orang miskin daripada kalangan muslim
akan masuk syurga,

sebelum orang-orang kaya mereka,

dengan jarak setengah (1/2) hari (waktu akhirat),
dan ia ialah
lima ratus (500) tahun (waktu dunia)."

Teks Arab
حَدَّثَنَا أَبُو كُرَيْبٍ حَدَّثَنَا الْمُحَارِبِيُّ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْخُلُ فُقَرَاءُ الْمُسْلِمِينَ الْجَنَّةَ قَبْلَ أَغْنِيَائِهِمْ بِنِصْفِ يَوْمٍ وَهُوَ خَمْسُ مِائَةِ عَامٍ
وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1780560493373.png


Hadits Bukhari no. 5310
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada `A’ishah رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا,

“Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ biasa meniup ringan pada dirinya
ketika sakitnya
yang baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) diwafatkan kerananya,
dengan membaca al-Mu`awwidzat (al-Falaq & an-Nas).

Maka ketika sakit baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) semakin berat,
akulah (`A’ishah) yang meniupkan bacaan itu
ke atas baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) dengannya.

Lalu aku menyapu (tubuh baginda صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ)
dengan tangan baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) sendiri
kerana mengharapkan keberkahannya.”

Maka aku (Ma`mar ibn Rashid) bertanya
kepada Ibn Shihab (az-Zuhri),
“Bagaimana baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) meniup?”

Dia (Ibn Shihab az-Zuhri) menjawab,
“Baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) meniup
pada kedua-dua tangannya.

Kemudian baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) menyapu wajahnya
dengan kedua-dua tangannya.”

Teks Arab
حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ الْجُعْفِيُّ حَدَّثَنَا هِشَامٌ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَنْفِثُ عَلَى نَفْسِهِ فِي مَرَضِهِ الَّذِي قُبِضَ فِيهِ بِالْمُعَوِّذَاتِ فَلَمَّا ثَقُلَ كُنْتُ أَنَا أَنْفِثُ عَلَيْهِ بِهِنَّ فَأَمْسَحُ بِيَدِ نَفْسِهِ لِبَرَكَتِهَا فَسَأَلْتُ ابْنَ شِهَابٍ كَيْفَ كَانَ يَنْفِثُ قَالَ يَنْفِثُ عَلَى يَدَيْهِ ثُمَّ يَمْسَحُ بِهِمَا وَجْهَهُ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Back
Top
Log in Register