Hadits Ibn Majah no. 4194
Status: Hasan - Muhammad Nasiruddin al-Albani
Matan
Daripada Abu Sa`id (al-Khudri radhiyallahu `anhu),
“Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam keluar (menuju) kepada kami.
Sedangkan kami sedang berbicara
tentang al-Masih ad-Dajjal.
Lalu baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Mahukah aku khabarkan kepada kalian,
sesuatu yang lebih aku takuti ke atas kalian
daripada al-Masih ad-Dajjal?”
Dia (Abu Sa`id) berkata,
Kami menjawab,
“Ya.”
Lalu baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Syirik yang tersembunyi.
Iaitu seseorang berdiri solat,
lalu dia memperelokkan solatnya
kerana dia melihat orang memerhatikannya.”
Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk di kalangan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!
Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an
Teks Arab
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا أَبُو خَالِدٍ الْأَحْمَرُ عَنْ كَثِيرِ بْنِ زَيْدٍ عَنْ رُبَيْحِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ
خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ نَتَذَاكَرُ الْمَسِيحَ الدَّجَّالَ فَقَالَ أَلَا أُخْبِرُكُمْ بِمَا هُوَ أَخْوَفُ عَلَيْكُمْ عِنْدِي مِنْ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ قَالَ قُلْنَا بَلَى فَقَالَ الشِّرْكُ الْخَفِيُّ أَنْ يَقُومَ الرَّجُلُ يُصَلِّي فَيُزَيِّنُ صَلَاتَهُ لِمَا يَرَى مِنْ نَظَرِ رَجُلٍ