boca120879
Super Active Member

- Messages
- 9,718
- Joined
- Dec 27, 2018
- Messages
- 9,718
- Reaction score
- 3,506
- Points
- 211
Hadits Nasa’i no. 3086
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani
Matan
Daripada Sulayman ibn Yasar,
“Manusia beredar (bersurai)
daripada Abu Hurayrah (radhiyallahu `anhu).
Lalu seorang lelaki daripada penduduk Syam
berkata kepadanya,
“Wahai syaykh.
Ceritakan kepadaku satu hadits,
yang kau dengar daripada Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam.”
Beliau (Abu Hurayrah) berkata,
“Ya.
Aku mendengar Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,
“Manusia pertama yang diadili pada hari kiamat
ialah tiga (3) golongan.
1.
Seorang lelaki yang mati syahid,
lalu dia dibawa (mengadap Allah).
Kemudian Allah memperlihatkan kepadanya nikmat-nikmat-Nya.
Maka dia mengakuinya.
Allah bertanya,
“Apa yang kau lakukan padanya?”
Dia menjawab,
“Aku berperang pada jalan-Mu,
sehingga aku mati syahid.”
Allah berfirman,
“Kau berdusta!
Tetapi kau berperang supaya dikatakan,
si fulan berani.
Dan telah pun dikatakan
(mendapat pujian manusia yang dikejarnya).”
Kemudian diperintahkan
agar dia diseret atas wajahnya,
sehingga dicampakkan ke dalam neraka.
2.
Dan seorang lelaki yang mempelajari ilmu,
mengajarkannya
dan membaca al-Qur’an.
Lalu dia dibawa (mengadap Allah).
Kemudian Allah memperlihatkan kepadanya nikmat-nikmat-Nya.
Maka dia mengakuinya.
Allah bertanya,
“Apa yang kau lakukan padanya?”
Dia menjawab,
“Aku belajar ilmu, mengajarkannya
dan membaca al-Qur’an
kerana-Mu.”
Allah berfirman,
“Kau berdusta!
Tetapi kau belajar supaya dikatakan,
seorang `alim (yang berilmu).
Dan kau membaca al-Qur’an supaya dikatakan,
seorang qari’ (yang mahir membaca al-Qur’an).
Dan telah pun dikatakan
(mendapat pujian manusia yang dikejarnya).”
Kemudian diperintahkan
agar dia diseret atas wajahnya,
sehingga dicampakkan ke dalam neraka.
3.
Dan seorang lelaki yang Allah luaskan (rezekinya)
dan diberi pelbagai jenis harta.
Lalu dia dibawa (mengadap Allah).
Kemudian Allah memperlihatkan kepadanya nikmat-nikmat-Nya.
Maka dia mengakuinya.
Allah bertanya,
“Apa yang kau lakukan padanya?”
Dia menjawab,
“Tidak aku tinggalkan satu jalan yang Kau suka,
melainkan aku infakkan (membelanjakan harta) padanya
kerana-Mu.”
Allah berfirman,
“Kau berdusta!
Tetapi supaya dikatakan,
dia seorang pemurah.
Dan telah pun dikatakan
(mendapat pujian manusia yang dikejarnya).”
Kemudian diperintahkan
agar dia diseret atas wajahnya,
sehingga dicampakkan ke dalam neraka.”
Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk di kalangan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!
Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an
Teks Arab
أَخْبَرَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الْأَعْلَى قَالَ حَدَّثَنَا خَالِدٌ قَالَ حَدَّثَنَا ابْنُ جُرَيْجٍ قَالَ حَدَّثَنَا يُونُسُ بْنُ يُوسُفَ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ يَسَارٍ قَالَ
تَفَرَّقَ النَّاسُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ فَقَالَ لَهُ قَائِلٌ مِنْ أَهْلِ الشَّامِ أَيُّهَا الشَّيْخُ حَدِّثْنِي حَدِيثًا سَمِعْتَهُ مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَعَمْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَوَّلُ النَّاسِ يُقْضَى لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَلَاثَةٌ رَجُلٌ اسْتُشْهِدَ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ قَاتَلْتُ فِيكَ حَتَّى اسْتُشْهِدْتُ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ قَاتَلْتَ لِيُقَالَ فُلَانٌ جَرِيءٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ تَعَلَّمَ الْعِلْمَ وَعَلَّمَهُ وَقَرَأَ الْقُرْآنَ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا قَالَ فَمَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ تَعَلَّمْتُ الْعِلْمَ وَعَلَّمْتُهُ وَقَرَأْتُ فِيكَ الْقُرْآنَ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنَّكَ تَعَلَّمْتَ الْعِلْمَ لِيُقَالَ عَالِمٌ وَقَرَأْتَ الْقُرْآنَ لِيُقَالَ قَارِئٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ حَتَّى أُلْقِيَ فِي النَّارِ وَرَجُلٌ وَسَّعَ اللَّهُ عَلَيْهِ وَأَعْطَاهُ مِنْ أَصْنَافِ الْمَالِ كُلِّهِ فَأُتِيَ بِهِ فَعَرَّفَهُ نِعَمَهُ فَعَرَفَهَا فَقَالَ مَا عَمِلْتَ فِيهَا قَالَ مَا تَرَكْتُ مِنْ سَبِيلٍ تُحِبُّ قَالَ أَبُو عَبْد الرَّحْمَنِ وَلَمْ أَفْهَمْ تُحِبُّ كَمَا أَرَدْتُ أَنْ يُنْفَقَ فِيهَا إِلَّا أَنْفَقْتُ فِيهَا لَكَ قَالَ كَذَبْتَ وَلَكِنْ لِيُقَالَ إِنَّهُ جَوَادٌ فَقَدْ قِيلَ ثُمَّ أُمِرَ بِهِ فَسُحِبَ عَلَى وَجْهِهِ فَأُلْقِيَ فِي النَّارِ