BTC USD 84,018.3 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Air Hijau Di Telok Panglima Garang

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,632
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,632
Reaction score
7,745
Points
916
22.09.2026 - Aliran air berwarna hijau yang menghala ke Sungai Langat antara dua kes pencemaran dikesan serentak di Telok Panglima Garang di sini semalam. Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berkata, pencemaran itu dikesan menerusi dua aduan berasingan membabitkan Jalan Telok Mengkuang dan Jalan Perupuk. Menurutnya, siasatan di Jalan Telok Mengkuang menggunakan dron dan pemeriksaan sepanjang aliran parit mendapati air berwarna tersebut terkumpul di bahagian hilir sebelum menghala ke Sungai Langat.

“Pasukan LUAS menemukan sebuah premis kitar semula plastik yang berpotensi menjadi punca aliran air berwarna itu, namun tiada pelepasan dikesan dari premis berkenaan. Bagaimanapun, notis di bawah Peraturan-Peraturan Pelesenan Pembuangan Air Kembalian dan Kemasukan Atau Pelepasan Bahan Buangan dan Bahan Pencemar Negeri Selangor 2024 atau Zero Discharge Policy (ZDP) telah dikeluarkan terhadap premis itu,” katanya hari ini.

LUAS berkata, siasatan lanjut mendapati aliran berwarna tersebut disyaki berpunca dari kawasan perindustrian Telok Panglima Garang. Katanya, sampel air diambil di beberapa lokasi untuk analisis sebelum pemeriksaan susulan dijalankan di kawasan perindustrian berkenaan bagi mengesan punca sebenar pencemaran. Dalam perkembangan sama, siasatan di Jalan Perupuk pula menemukan pencemaran saliran parit yang disyaki berpunca daripada aktiviti pelupusan sisa kimia.

“Pasukan LUAS menemukan aliran air berwarna yang disyaki berpunca daripada sebuah premis penyalutan logam yang dilaporkan telah disita Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).vPemeriksaan lanjut mendapati terdapat pelepasan yang disyaki sisa minyak ke parit bersebelahan premis berkenaan,” katanya.

Sampel kualiti air turut diambil di lokasi berkaitan sebelum dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk analisis lanjut. LUAS kemudian membuka kertas siasatan di bawah Seksyen 79(4) Enakmen LUAS 1999 bagi kesalahan mencemarkan sumber air.
​
1790045402149.png
 
Back
Top
Log in Register