BTC USD 81,274.8 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Dzikr

1785999213406.png


1785999225995.png


Hadits Tirmidzi no. 3507
Status: Hasan - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Yusayrah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا, termasuk dalam kalangan wanita Muhajirat),
baginda صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

"Hendaklah kalian sentiasa bertasbih,
dan bertahlil
dan bertaqdis (menyucikan Allah daripada segala kekurangan).

Dan hitunglah (dzikr) dengan ruas-ruas jari
kerana sesungguhnya jari-jari itu akan ditanya
dan akan diminta untuk berbicara (menjadi saksi di akhirat kelak).

Dan janganlah kalian lalai
lalu kalian melupakan rahmat (Allah).”

Teks Arab
حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ حِزَامٍ وَعَبْدُ بْنُ حُمَيْدٍ وَغَيْرُ وَاحِدٍ قَالُوا حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بِشْرٍ فَقَالَ سَمِعْتُ هَانِئَ بْنَ عُثْمَانَ عَنْ أُمِّهِ حُمَيْضَةَ بِنْتِ يَاسِرٍ عَنْ جَدَّتِهَا يُسَيْرَةَ وَكَانَتْ مِنْ الْمُهَاجِرَاتِ قَالَتْ
قَالَ لَنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَيْكُنَّ بِالتَّسْبِيحِ وَالتَّهْلِيلِ وَالتَّقْدِيسِ وَاعْقِدْنَ بِالْأَنَامِلِ فَإِنَّهُنَّ مَسْئُولَاتٌ مُسْتَنْطَقَاتٌ وَلَا تَغْفُلْنَ فَتَنْسَيْنَ الرَّحْمَةَ
قَالَ هَذَا حَدِيثٌ إِنَّمَا نَعْرِفُهُ مِنْ حَدِيثِ هَانِئِ بْنِ عُثْمَانَ وَقَدْ رَوَاهُ مُحَمَّدُ بْنُ رَبِيعَةَ عَنْ هَانِئِ بْنِ عُثْمَانَ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Last edited:
1786121675483.png


1786121688509.png


Hadits Abu Dawud no. 1284
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada `Abd Allah ibn `Amr (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),

“Aku melihat Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
menghitung (dzikr) tasbih.”

Ibn Qudamah berkata (menambah),
“… dengan tangan kanannya.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ بْنِ مَيْسَرَةَ وَمُحَمَّدُ بْنُ قُدَامَةَ فِي آخَرِينَ قَالُوا حَدَّثَنَا عَثَّامٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ عَطَاءِ بْنِ السَّائِبِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو قَالَ
رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعْقِدُ التَّسْبِيحَ قَالَ ابْنُ قُدَامَةَ بِيَمِينِهِ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Back
Top
Log in Register