BTC USD 81,247.6 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Dzikr

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadits Abu Dawud no. 4400

Darjat: Hasan

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Abu Hurayrah (radhiyallahu ‘anhu),
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“Barangsiapa berbaring di suatu tempat tidur
tanpa menyebut Allah ta‘ala (berzikir),
maka itu akan menjadi kerugian (penyesalan) baginya
pada hari kiamat.

Dan barangsiapa duduk di suatu tempat
tanpa menyebut Allah ‘azza wa jalla (berzikir),
maka itu akan menjadi kerugian (penyesalan) baginya
pada hari kiamat.”

Nota penting:

Untuk pemahaman yang benar,
ambillah ilmu daripada pencinta sunnah yang jujur!
Dan beramal dengan sunnah yang benar!
Kerana berkata tanpa amal
adalah tanda bahaya menuju jurang kemunafikan!

Sanadnya:

1757412625241.png
 
1000776468.jpg


Dua Zikir Ringan yang Disukai Allah

سُبْحَانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ، سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيمِ

Maha Suci Allah sambil memuji-Nya,
Maha Suci Allah Yang Maha Agung.”

Ringan diucap, besar ganjarannya. Mari basahi lidah dengan zikir ini setiap hari.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
 
1000784298.jpg


❇️ 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 ❇️

🕌 Doa Rasulullah Selepas Solat

Tsauban RA berkata:
"Apabila Rasulullah ﷺ selesai solat, baginda beristighfar tiga kali lalu berdoa: ‘Allahumma antas salaam, wa minkas salaam, tabaarakta ya dzal jalaali wal ikraam.’" (HR Ibnu Majah)

🌿 Selesai solat, kembalikan diri kepada Allah Yang Maha Sejahtera.

#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
#UmmahFadhilah
 
1780816957707.png


1780816957005.png


Hadits Muslim no. 935
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada Abu az-Zubayr,

“Beliau, Ibn az-Zubayr (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ) biasa mengucapkan
setiap kali selesai solat,

selepas memberi salam,

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
“(Tiada Ilah (Yang berhak disembah, ditaati & diagungkan secara mutlak)
melainkan Allah).

وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ
(Yang Maha Esa,
tiada sekutu bagi-Nya).

لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Milik-Nya segala kerajaan,
dan bagi-Nya segala pujian,
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu).

لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
(Tiada daya dan tiada kekuatan
melainkan dengan pertolongan Allah).

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
(Tiada Ilah (Yang berhak disembah, ditaati & diagungkan secara mutlak)
melainkan Allah).

وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ
(Dan kami tidak beribadah
melainkan kepada-Nya sahaja).

لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ
(Milik-Nya segala nikmat,
dan milik-Nya segala kurniaan,
dan bagi-Nya pujian yang baik).

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
(Tiada Ilah (Yang berhak disembah, ditaati & diagungkan secara mutlak)
melainkan Allah).

مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ
(Ikhlas dalam beragama hanya kepada-Nya,
walaupun orang-orang kafir membencinya).”

Dan beliau (Ibn az-Zubayr) berkata,
“Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ biasa mengucapkan dzikr
dengan kalimah-kalimah tawhid ini
setiap kali selesai solat.”

Teks Arab
و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ قَالَ
كَانَ ابْنُ الزُّبَيْرِ يَقُولُ فِي دُبُرِ كُلِّ صَلَاةٍ حِينَ يُسَلِّمُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَلَا نَعْبُدُ إِلَّا إِيَّاهُ لَهُ النِّعْمَةُ وَلَهُ الْفَضْلُ وَلَهُ الثَّنَاءُ الْحَسَنُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ مُخْلِصِينَ لَهُ الدِّينَ وَلَوْ كَرِهَ الْكَافِرُونَ وَقَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُهَلِّلُ بِهِنَّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ
و حَدَّثَنَاه أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبْدَةُ بْنُ سُلَيْمَانَ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ مَوْلًى لَهُمْ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ الزُّبَيْرِ كَانَ يُهَلِّلُ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ بِمِثْلِ حَدِيثِ ابْنِ نُمَيْرٍ وَقَالَ فِي آخِرِهِ ثُمَّ يَقُولُ ابْنُ الزُّبَيْرِ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُهَلِّلُ بِهِنَّ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ و حَدَّثَنِي يَعْقُوبُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الدَّوْرَقِيُّ حَدَّثَنَا ابْنُ عُلَيَّةَ حَدَّثَنَا الْحَجَّاجُ بْنُ أَبِي عُثْمَانَ حَدَّثَنِي أَبُو الزُّبَيْرِ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ الزُّبَيْرِ يَخْطُبُ عَلَى هَذَا الْمِنْبَرِ وَهُوَ يَقُولُ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا سَلَّمَ فِي دُبُرِ الصَّلَاةِ أَوْ الصَّلَوَاتِ فَذَكَرَ بِمِثْلِ حَدِيثِ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ الْمُرَادِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَالِمٍ عَنْ مُوسَى بْنِ عُقْبَةَ أَنَّ أَبَا الزُّبَيْرِ الْمَكِّيَّ حَدَّثَهُ أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ الزُّبَيْرِ وَهُوَ يَقُولُ فِي إِثْرِ الصَّلَاةِ إِذَا سَلَّمَ بِمِثْلِ حَدِيثِهِمَا وَقَالَ فِي آخِرِهِ وَكَانَ يَذْكُرُ ذَلِكَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Last edited:
1783969561483.png


Hadits Muslim no. 931
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada Tsawban (ibn Bajdad رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),

“Adalah Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
apabila selesai daripada solatnya,

baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) beristighfar (memohon ampun)
sebanyak tiga (3) kali.

Dan baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) mengucapkan,

اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ
"(Ya Allah,
Kau adalah as-Salam (Yang Maha Sejahtera)
dan daripada-Mu kesejahteraan),

تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
(Maha Berkat Kau,
wahai Yang mempunyai keagungan
dan kemuliaan)."

Al-Walid berkata,
“Aku bertanya kepada al-Awza`i,
"Bagaimanakah istighfar (memohon ampun) itu?"

Beliau (al-Awza`i) menjawab,
"Kau mengucapkan,

أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ
“(Aku memohon ampun kepada Allah),
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ
“(Aku memohon ampun kepada Allah).”

Teks Arab
حَدَّثَنَا دَاوُدُ بْنُ رُشَيْدٍ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ عَنْ الْأَوْزَاعِيِّ عَنْ أَبِي عَمَّارٍ اسْمُهُ شَدَّادُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا انْصَرَفَ مِنْ صَلَاتِهِ اسْتَغْفَرَ ثَلَاثًا وَقَالَ اللَّهُمَّ أَنْتَ السَّلَامُ وَمِنْكَ السَّلَامُ تَبَارَكْتَ ذَا الْجَلَالِ وَالْإِكْرَامِ
قَالَ الْوَلِيدُ فَقُلْتُ لِلْأَوْزَاعِيِّ كَيْفَ الْاسْتِغْفَارُ قَالَ تَقُولُ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1784730361352.png


Hadits Abu Dawud no. 1302
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada `Uqbah ibn `Amir (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),

“Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ memerintahkan aku

agar aku membaca al-Mu`awwidzat (al-Ikhlas, al-Falaq & an-Nas)
selepas setiap solat.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سَلَمَةَ الْمُرَادِيُّ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ عَنْ اللَّيْثِ بْنِ سَعْدٍ أَنَّ حُنَيْنَ بْنَ أَبِي حَكِيمٍ حَدَّثَهُ عَنْ عَلِيِّ بْنِ رَبَاحٍ اللَّخْمِيِّ عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ
أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أَقْرَأَ بِالْمُعَوِّذَاتِ دُبُرَ كُلِّ صَلَاةٍ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1784992904999.png


Hadits Abu Dawud no. 4419
Status: Hasan - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada ayah Mu`adz ibn `Abd Allah (`Abd Allah ibn Khubayb رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),

“Kami keluar pada suatu malam
yang hujan dan sangat gelap.

Kami mencari Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
agar baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) mengimamkan solat
untuk kami.

Lalu kami menemui baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ).

Maka baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
"Adakah kalian sudah solat?"

Maka aku (`Abd Allah ibn Khubayb) tidak menjawab apa-apa.

Lalu baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
"Katakanlah."

Maka aku tetap tidak berkata apa-apa.

Kemudian baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
"Katakanlah."

Maka aku tetap tidak berkata apa-apa.

Kemudian baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
"Katakanlah."

Lalu aku berkata,
"Wahai Rasul Allah,
apakah yang perlu aku katakan?"

Baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,
"Katakanlah,

(Surah al-Ikhlas)
قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ
(Katakanlah (wahai Muhammad),
Dialah Allah Yang Maha Esa)

dan al-Mu`awwidzatayn (Surah al-Falaq & an-Nas)

ketika kalian memasuki waktu petang
dan ketika kalian memasuki waktu pagi,
sebanyak tiga (3) kali.

Ia mencukupi untukmu
daripada segala yang boleh memudaratkan."

Teks Arab
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُصَفَّى حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي فُدَيْكٍ قَالَ أَخْبَرَنِي ابْنُ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ أَبِي أَسِيدٍ الْبَرَّادِ عَنْ مُعَاذِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خُبَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ قَالَ
خَرَجْنَا فِي لَيْلَةِ مَطَرٍ وَظُلْمَةٍ شَدِيدَةٍ نَطْلُبُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيُصَلِّيَ لَنَا فَأَدْرَكْنَاهُ فَقَالَ أَصَلَّيْتُمْ فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا فَقَالَ قُلْ فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ قُلْ فَلَمْ أَقُلْ شَيْئًا ثُمَّ قَالَ قُلْ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ مَا أَقُولُ قَالَ قُلْ قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ حِينَ تُمْسِي وَحِينَ تُصْبِحُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ تَكْفِيكَ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1785093125628.png


Hadits Abu Dawud no. 4427
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Abu Hurayrah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

"Barang siapa mengucapkan pada waktu pagi,

سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ
(Maha Suci Allah Yang Maha Agung
dan segala puji bagi-Nya)

sebanyak seratus (100) kali,

dan apabila dia memasuki waktu petang,
(mengucapkan) demikian juga,

nescaya tiada seorang pun daripada seluruh makhluk
datang (pada hari kiamat kelak)
dengan amalan yang seumpama apa yang dibawanya."

Teks Arab
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمِنْهَالِ حَدَّثَنَا يَزِيدُ يَعْنِي ابْنَ زُرَيْعٍ حَدَّثَنَا رَوْحُ بْنُ الْقَاسِمِ عَنْ سُهَيْلٍ عَنْ سُمَيٍّ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَالَ حِينَ يُصْبِحُ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِحَمْدِهِ مِائَةَ مَرَّةٍ وَإِذَا أَمْسَى كَذَلِكَ لَمْ يُوَافِ أَحَدٌ مِنْ الْخَلَائِقِ بِمِثْلِ مَا وَافَى


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1785564131059.png


Hadits Muslim no. 4857
Status: Sohih - Para `ulama’ hadits

Matan
Daripada Abu Hurayrah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Rasul Allah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ bersabda,

“Barang siapa mengucapkan,

لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ
“(Tiada Ilah (Yang berhak disembah, ditaati & diagungkan secara mutlak)
melainkan Allah).

وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ
(Yang Maha Esa,
tiada sekutu bagi-Nya).

لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
(Milik-Nya segala kerajaan,
dan bagi-Nya segala pujian,
dan Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu)

sebanyak seratus (100) kali
dalam sehari,

maka baginya seumpama
memerdekakan sepuluh (10) orang hamba,

dan dituliskan baginya seratus (100) kebaikan,
dan dihapuskan daripadanya seratus (100) keburukan (dosa),

dan ia menjadi benteng perlindungan baginya daripada shaytan
pada hari itu
sehingga dia memasuki waktu petang,

dan tiada seorang pun datang
dengan amalan yang lebih utama
daripada apa yang dibawanya,
melainkan orang yang beramal lebih banyak daripada itu.

Dan barang siapa mengucapkan,

سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ
(Maha Suci Allah
dan dengan segala pujian bagi-Nya),

sebanyak seratus (100) kali
dalam sehari,

dihapuskan kesalahan-kesalahannya (dosa)
walaupun sebanyak buih di lautan.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكٍ عَنْ سُمَيٍّ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَالَ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ كَانَتْ لَهُ عَدْلَ عَشْرِ رِقَابٍ وَكُتِبَتْ لَهُ مِائَةُ حَسَنَةٍ وَمُحِيَتْ عَنْهُ مِائَةُ سَيِّئَةٍ وَكَانَتْ لَهُ حِرْزًا مِنْ الشَّيْطَانِ يَوْمَهُ ذَلِكَ حَتَّى يُمْسِيَ وَلَمْ يَأْتِ أَحَدٌ أَفْضَلَ مِمَّا جَاءَ بِهِ إِلَّا أَحَدٌ عَمِلَ أَكْثَرَ مِنْ ذَلِكَ وَمَنْ قَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ فِي يَوْمٍ مِائَةَ مَرَّةٍ حُطَّتْ خَطَايَاهُ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرِ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Back
Top
Log in Register