BTC USD 76,485.3 Gold USD 4,341.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Dzikr

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,714
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,714
Reaction score
3,506
Points
211
1768595107312.png


1768595126474.png


Hadits Muslim no. 4866
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada ayah Mus`ab ibn Sa`d (Sa`d ibn Abi Waqqas Malik radhiyallahu `anhu),

“Kami berada di sisi Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam.

Lalu baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Adakah salah seorang daripada kalian
tidak mampu memperoleh seribu (1000) kebaikan
dalam sehari?”

Lalu salah seorang daripada para sahabat bertanya,
“Bagaimanakah salah seorang daripada kami
memperoleh seribu (1000) kebaikan?”

Baginda (sallallahu `alayhi wa sallam) bersabda,
“Dia bertasbih seratus (100) kali.

Maka dituliskan baginya seribu (1000) kebaikan.
Atau digugurkan daripadanya seribu (1000) kesalahan.”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا مَرْوَانُ وَعَلِيُّ بْنُ مُسْهِرٍ عَنْ مُوسَى الْجُهَنِيِّ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ وَاللَّفْظُ لَهُ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا مُوسَى الْجُهَنِيُّ عَنْ مُصْعَبِ بْنِ سَعْدٍ حَدَّثَنِي أَبِي قَالَ
كُنَّا عِنْدَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَيَعْجِزُ أَحَدُكُمْ أَنْ يَكْسِبَ كُلَّ يَوْمٍ أَلْفَ حَسَنَةٍ فَسَأَلَهُ سَائِلٌ مِنْ جُلَسَائِهِ كَيْفَ يَكْسِبُ أَحَدُنَا أَلْفَ حَسَنَةٍ قَالَ يُسَبِّحُ مِائَةَ تَسْبِيحَةٍ فَيُكْتَبُ لَهُ أَلْفُ حَسَنَةٍ أَوْ يُحَطُّ عَنْهُ أَلْفُ خَطِيئَةٍ
 
Last edited:
1000497245.jpg


Ingin Hati Tenang?

Firman Allah SWT dalam Surah Ar-Ra’d, Ayat 28:

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah.

Ketahuilah, dengan “zikrullah” itu, tenang tenteramlah hati manusia.

Mulakan hari anda dengan mengingati Allah SWT, kerana di situlah terletaknya ketenangan yang sejati.

#JAKIM #HatiTenang #zikrullahpembersihhati
 
1000676384.jpg


❇️ 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 ❇️

Rasulullah SAW bersabda:
"Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah dan orang yang tidak berzikir, seperti orang yang hidup dan orang yang mati."
(Hadis Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

🧠 Cuba bayang… orang yang sentiasa ingat Allah tu ibarat hidup dan bertenaga. Tapi kalau hati tak pernah ingat Allah, macam hidup tapi kosong… tak ada arah.

🫀 Zikir tu umpama ‘oksigen’ untuk hati. Makin banyak zikir, makin segar jiwa.

Tak perlu lama pun. Cukup mulakan dengan:
📿 Subhanallah
📿 Alhamdulillah
📿 Allahu Akbar
📿 La ilaha illallah

Bila hati tenang, hidup pun rasa lebih lapang 🌿

#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
#UmmahFadhilah
 
1000700139.jpg


❇️ 𝐇𝐀𝐃𝐈𝐒 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐈𝐍𝐈 ❇️
Doa Pelindung Pagi & Petang

Amalkan doa ini tiga kali pagi dan petang sebagai benteng daripada segala bahaya yang tidak terlihat mahupun yang jelas.

🌿 Sunnah ringkas, perlindungan menyeluruh.

📌 Jadikan rutin pagi dan petang untuk keamanan jiwa dan tubuh.

#IndahnyaIslam
#HadisHariIni
#UmmahFadhilah
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadits Abu Dawud no. 4400

Darjat: Hasan

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Abu Hurayrah (radhiyallahu ‘anhu),
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“Barangsiapa berbaring di suatu tempat tidur
tanpa menyebut Allah ta‘ala (berzikir),
maka itu akan menjadi kerugian (penyesalan) baginya
pada hari kiamat.

Dan barangsiapa duduk di suatu tempat
tanpa menyebut Allah ‘azza wa jalla (berzikir),
maka itu akan menjadi kerugian (penyesalan) baginya
pada hari kiamat.”

Nota penting:

Untuk pemahaman yang benar,
ambillah ilmu daripada pencinta sunnah yang jujur!
Dan beramal dengan sunnah yang benar!
Kerana berkata tanpa amal
adalah tanda bahaya menuju jurang kemunafikan!
 
Back
Top
Log in Register