BTC USD 76,071.1 Gold USD 4,272.19
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Dosa Kata-Kata

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,713
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,713
Reaction score
3,506
Points
211
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu`alaykum warahmatullahi wabarakatuh.


Surah as-Saff
Ayat 61:2


يَـٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ

Wahai orang-orang yang beriman!
Mengapa kamu memperkatakan
apa yang kamu tidak melakukannya!

Ayat 61:3

كَبُرَ مَقْتًا عِندَ ٱللَّهِ أَن تَقُولُوا۟ مَا لَا تَفْعَلُونَ

Amat besar kebenciannya di sisi Allah
kamu memperkatakan sesuatu
yang kamu tidak melakukannya.
_____________________________________________
Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takut termasuk berkata atas nama Allah
tanpa ilmu.

Adakah ia sampai ke qalbu dan amal,
atau hanya di mulut sahaja?
 
Last edited:
1779592589638.png


Hadits Tirmidzi no. 1901
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Ibn `Abbas (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),

“Seorang lelaki melaknat angin
di sisi Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Lalu baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) bersabda,

“Janganlah kau melaknat angin
kerana sesungguhnya, ia diperintah (oleh Allah).

Dan sesungguhnya,
barang siapa yang melaknat sesuatu,
yang tidak layak dilaknat,

nescaya laknat itu kembali kepadanya.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا زَيْدُ بْنُ أَخْزَمَ الطَّائِيُّ الْبَصْرِيُّ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا أَبَانُ بْنُ يَزِيدَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَبِي الْعَالِيَةِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ
أَنَّ رَجُلًا لَعَنَ الرِّيحَ عِنْدَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَا تَلْعَنْ الرِّيحَ فَإِنَّهَا مَأْمُورَةٌ وَإِنَّهُ مَنْ لَعَنَ شَيْئًا لَيْسَ لَهُ بِأَهْلٍ رَجَعَتْ اللَّعْنَةُ عَلَيْهِ
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْلَمُ أَحَدًا أَسْنَدَهُ غَيْرَ بِشْرِ بْنِ عُمَرَ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
1787373089491.png


1787373098878.png


Hadits Ibn Majah no. 4236
Status: Hasan - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Abu Hurayrah (رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ),
Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ditanya,

“Apakah yang paling banyak
memasukkan (manusia) ke dalam syurga?”

Baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) menjawab,
“Taqwa (takut & taat kepada Allah)
dan akhlak yang baik.”

Dan baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) ditanya,
“Apakah yang paling banyak
memasukkan (manusia) ke dalam neraka?”

Baginda (صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ) menjawab,
“Dua (2) rongga,
1) mulut
2) dan kemaluan.”

Teks Arab
حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ إِسْحَقَ وَعَبْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ إِدْرِيسَ عَنْ أَبِيهِ وَعَمِّهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ
سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ الْجَنَّةَ قَالَ التَّقْوَى وَحُسْنُ الْخُلُقِ وَسُئِلَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ النَّارَ قَالَ الْأَجْوَفَانِ الْفَمُ وَالْفَرْجُ


Peringatan Umum!
Jangan ambil ringan dalil sahih.
Takutlah berdusta
atas nama Nabi صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

Adakah ia sampai ke qalbu lalu menjadi amal,
atau sekadar di mulut sahaja?
 
Back
Top
Log in Register