BTC USD 85,386.0 Gold USD 4,301.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Cinta Ilmu Bermanfaat

PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Belajar Kerana Habuan Dunia

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَعَلَّمَ عِلْمًا مِمَّا يُبْتَغَى بِهِ وَجْهُ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ لَا يَتَعَلَّمُهُ إِلَّا لِيُصِيبَ بِهِ عَرَضًا مِنْ الدُّنْيَا لَمْ يَجِدْ عَرْفَ الْجَنَّةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يَعْنِي رِيحَهَا

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata, "Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa mempelajari suatu ilmu yang seharusnya kerana Allah Azza Wa Jalla, namun ia tidak mempelajarinya kecuali untuk mendapatkan habuan dari dunia, maka dia tidak akan mendapat bau Syurga pada Hari Kiamat." (HR Abu Daud No: 3179) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Belajar merupakan suatu tuntutan setiap Muslim

2. Mempelajari ilmu mesti bermatlamat mencari keredaan Allah

3. Orang yang belajar semata-mata untuk tujuan dunia seperti hanya untuk keperluan pangkat dan kedudukan, dia tidak akan memasuki Syurga.

Ikhlaskan niat belajar untuk mencari keredaan Allah.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

07hb Januari 2024
25hb Jamadil Akhir 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Keutamaan Penuntut Berilmu

عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ طَالِبَ الْعِلْمِ يَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ حَتَّى الْحِيتَانِ فِي الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ

Daripada Abu Darda "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para Malaikat akan membentangkan sayapnya kerana redha kepada penuntut ilmu. Penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di dalam air mendoakan keampunan kepada penuntut ilmu. Sesungguhnya, keutamaan seorang alim dibanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar mahupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, maka ia telah mengambil bahagian yang sangat besar." (Sunan Ibnu Majah No: 219) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang yang berusaha mencari ilmu sama ada ilmu fardhu ain mahupun fardhu kifayah, Allah akan mempermudahkan baginya jalan menuju ke syurga.

2. Orang yang berada di majlis ilmu untuk menuntut ilmu, akan sentiasa dinaungi sayap Malaikat dan didoakan agar dicucuri rahmat.

3. Orang yang berada di majlis ilmu untuk tujuan menuntut ilmu, nescaya akan didoakan keampunan oleh penghuni langit dan bumi termasuk ikan yang ada didalam air.

4. Keutamaan orang yang berilmu berbanding dengan seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama dengan semua bintang yang ada (seorang yang berilmu itu umpama bulan yang bersinar dan menyinari cahaya, sedangkan ahli ibadah umpama cahaya daripada semua bintang-bintang).

5. Para ulama (ilmuan) adalah pewaris para Nabi kerana para Nabi mewariskan ilmu bukan harta (harta boleh habis sedangkan ilmu sentiasa berkembang).

6. Orang yang mencari dan mempelajari ilmu bermakna ia telah mengambil bahagian yang sangat besar daripda harta yang diwariskan oleh para Nabi.

Marilah kita berusaha sentiasa terus belajar bagi mendalami ilmu. Jadikanlah diri kita orang yang bermaklumat bukan hanya pak turut. Semoga dengan cahaya ilmu, akan menjadi penyuluh hidup dan mempermudahkan kita jalan ke syurga.

Semoga Allah menjadikan kita orang yang cerdik dan bijaksana kerana sentiasa belajar untuk menjadi orang yang berilmu.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

08hb Januari 2024
26hb Jamadil Akhir 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berilmu Tapi Masuk Neraka

حَدَّثَنِي ابْنُ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ طَلَبَ الْعِلْمَ لِيُجَارِيَ بِهِ الْعُلَمَاءَ أَوْ لِيُمَارِيَ بِهِ السُّفَهَاءَ أَوْ يَصْرِفَ بِهِ وُجُوهَ النَّاسِ إِلَيْهِ أَدْخَلَهُ اللَّهُ النَّارَ

Telah bercerita kepada kami Ibnu Ka'b bin Malik dari bapanya dia berkata; Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Barang siapa yang mencari ilmu dengan tujuan menyaingi ulama (berdebat dengan mereka) atau mempermainkan orang-orang bodoh dan supaya dihormati oleh manusia, Allah akan memasukkannya ke dalam neraka” (HR Tirmizi No: 2578) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Menuntut ilmu adalah menjadi suatu keperluan kepada setiap Muslim

2. Menuntut ilmu khususnya ilmu agama adalah bertujuan mendekatkan diri kepada Allah.

3. Orang yang menuntut ilmu bertujuan untuk menandingi, merendah dan memperlekeh orang lain, dia akan dimasukan ke neraka.

4. Orang yang menuntut ilmu dengan mengharap agar dihormati dan disanjung orang dengan sebab ilmunya, Allah akan memasukkannya ke dalam neraka.

Marilah kita mengikhlaskan diri menambah ilmu agar menjadi orang yang semakin dekat dengan Allah. Jauhi menuntut ilmu untuk memperbodoh orang lain atau mengharapkan dengan ilmu itu kita dihormati.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

09hb Januari 2024
27hb Jamadil Akhir 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Berilmu Satu Jalan Ke syurga

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ بِهِ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَمَا اجْتَمَعَ قَوْمٌ فِي بَيْتٍ مِنْ بُيُوتِ اللَّهِ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَيَتَدَارَسُونَهُ بَيْنَهُمْ إِلَّا نَزَلَتْ عَلَيْهِمْ السَّكِينَةُ وَغَشِيَتْهُمْ الرَّحْمَةُ وَحَفَّتْهُمْ الْمَلَائِكَةُ وَذَكَرَهُمْ اللَّهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ

Daripada Abu Hurairah RA dia berkata; Rasulullah SAW telah bersabda: Barang siapa menempuh jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga. Tidaklah sekelompok orang berkumpul di dalam sebuah rumah di antara rumah-rumah Allah (masjid) untuk membaca Al Quran dan saling mempelajari di antara mereka, melainkan akan turun kepada mereka ketenangan (Sakinah), mereka akan diliputi oleh rahmat, dikelilingi oleh para malaikat, dan Allah akan menyebut-nyebut mereka pada malaikat-malaikat yang berada di sisi-Nya. (HR Muslim No: 4867) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Orang yang menuntut ilmu akan dipermudahkan Allah jalan untuknya ke syurga.

2. Orang yang berhimpun di masjid untuk membaca al-Quran dan saling mempelajarinya, akan memperolehi:

a. Dicucuri rahmat dan ketenangan dari Allah
b. Dikelilingi malaikat dan akan dilindungi
c. Allah menyebut tentang mereka kepada malaikat.

3. Orang yang tidak melakukan amal solleh seperti mempelajari ilmu, membaca dan mendalami al-Quran, dia tidak akan memperolehi kelebihan di atas.

4. Kata Abu Darda’ RA: “Aku mempelajari satu masalah ilmu itu lebih aku suka daripada qiyamullail”.

5. Kata Ibn al-Mubarak RA: “Aku hairan dengan orang yang tidak pernah menuntut ilmu. Bagaimana dia boleh mendakwa dirinya mulia?”

Berusahalah kita mempelajari ilmu yang akan mempermudahkan jalan kita kesyurga.

Semoga ilmu dan al-Quran akan menjadi bekalan dan meninggikan kedudukan kita di syurga.

Kedudukan kita di syurga bergantung dengan amalan dengan ilmu yang benar semasa kita hidup di dunia.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

11hb Januari 2024
29hb Jamadil Akhir 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Ilmu Umpama Hujan

عَنْ أَبِي مُوسَى عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَثَلُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ مِنْ الْهُدَى وَالْعِلْمِ كَمَثَلِ الْغَيْثِ الْكَثِيرِ أَصَابَ أَرْضًا فَكَانَ مِنْهَا نَقِيَّةٌ قَبِلَتْ الْمَاءَ فَأَنْبَتَتْ الْكَلَأَ وَالْعُشْبَ الْكَثِيرَ
وَكَانَتْ مِنْهَا أَجَادِبُ أَمْسَكَتْ الْمَاءَ فَنَفَعَ اللَّهُ بِهَا النَّاسَ فَشَرِبُوا وَسَقَوْا وَزَرَعُوا وَأَصَابَتْ مِنْهَا طَائِفَةً أُخْرَى إِنَّمَا هِيَ قِيعَانٌ لَا تُمْسِكُ مَاءً وَلَا تُنْبِتُ كَلَأً فَذَلِكَ مَثَلُ مَنْ فَقُهَ فِي دِينِ اللَّهِ وَنَفَعَهُ مَا بَعَثَنِي اللَّهُ بِهِ فَعَلِمَ وَعَلَّمَ وَمَثَلُ مَنْ لَمْ يَرْفَعْ بِذَلِكَ رَأْسًا وَلَمْ يَقْبَلْ هُدَى اللَّهِ الَّذِي أُرْسِلْتُ بِهِ

Daripada Abu Musa dari Nabi SAW, baginda bersabda: "Perumpamaan petunjuk (hidayah) dan ilmu yang Allah mengutusku dengan membawanya adalah seperti hujan lebat yang jatuh ke bumi. Di antara tanah itu ada jenis yang dapat menyerap air sehingga dapat menumbuhkan rerumput dan tumbuhan yang pelbagai. Ada pula tanah yang keras tidak menyerap air hingga bertakungnya air sehingga dapat diminum oleh manusia, haiwan ternak dan untuk menyiram tanaman. Ada juga permukaan tanah yang berbentuk lembah yang tidak dapat menahan air dan juga tidak dapat menumbuhkan tanaman. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama, memahami agama Allah dan dapat memanfaatkan apa yang aku diutus dengannya, dia mempelajarinya dan mengajarkannya. Begitu juga perumpamaan orang yang tidak dapat mengangkat darjat (untuk berfikir) dan tidak mahu menerima hidayah Allah dengan apa yang aku diutus dengannya (dia umpama tanah yang tidak menakung air dan tidak subur)". (HR Bukhari No: 79) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

Terdapat tiga kategori manusia:

1. Orang yang berilmu, beramal dengan ilmu, dan mengajarkan ilmu tersebut kepada orang lain. Ini seperti tanah yang subur yang bila ditimpa hujan ia menyerap air dan menumbuhkan tumbuhan.

2. Orang yang berilmu, kurang dalam amalan, atau kurang memahami ilmu yang dia dapati, akan tetapi dia tetap menyampaikan ilmu tersebut. Hal ini seperti tanah yang keras. Ia tidak dapat menyerap air, akan tetapi air yang bertakung itu memberi manfaat kepada makhluk lain.

3. Orang yang berilmu, tetapi tidak berusaha memahami atau menghafaznya, tidak juga beramal dengannya, dan tidak juga berkongsi ilmu. Ia seperti tanah yang tidak subur untuk menumbuhkan tumbuhan, dan tidak juga dapat menakung air. Ilmu itu tidak bermanfaat untuk dirinya dan orang lain.

4. Ibnu Hajar Al-Asqalani berkata: “Sebagaimana hujan yang turun akan menghidupkan tanah yang mati, begitu jugalah ilmu agama akan menghidupkan hati yang telah mati”.

Jadilah kita kategori pertama, orang yang menerima ilmu, mengamalkan dan menggunakannya untuk mengajar serta memberi manfaat kepada orang lain.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

21hb Januari 2024
09hb Rejab 1445H
 
Kepentingan Ilmu

Manusia memerlukan pengetahuan dan pemahaman sesuatu ilmu jika ingin terus maju dan berwawasan.

Dasawarsa kini memperlihat negara-negara maju hasil kajian dan penyelidikan yang mendalam terhadap sesebuah bidang.

Hal ini bertepatan dengan firman Allah SWT yang merupakan wahyu pertama kepada baginda Nabi SAW dalam surah al-‘Alaq ayat 1-5 yang menerangkan kepentingan membaca, mengkaji dan mendalami ilmu.

Dengan ilmu dan pengetahuan, kita menuju ke arah pemahaman dan penghayatan yang boleh diterjemah kepada pengaplikasian yang membawa kepada kebaikan dan kemajuan.

Ibn Khaldun menjelaskan bahawa sesebuah tamadun hanya mampu terbina dengan wujudnya ramai cendekiawan dan ilmuwan. Tamadun secara asas dibina atas ilmu pengetahuan dan kajian penyelidikan.

Hidupkan suasana ilmu di mana sahaja kita berada. BACA, KAJI, FAHAM, dan IMPLEMENTASI agar setiap tindakan kita lebih rasional dan mendorong ke arah pembinaan tamadun manusia yang lebih baik.

 
1000259933.jpg


ILMU ITU DENGAN MELAJAR

Daripada Abi Darda’ R.A, sabda Rasulullah SAW:
“Wahai sekalian manusia, adapun sesungguhnya ilmu itu dengan mempelajarinya dan fiqh itu dengan tafaqquh (memahaminya).”

Doa Ilmu, Rezeki dan Amalan

اللَّهُمَّ فَقِّهْنَا فِي الدِّينِ، وَعَلِّمْنَا التَّأْوِيلَ

Maksudnya: Ya Allah! Berikanlah kepada kami kefaqihan dalam agama dan ilmu dalam tafsir dan takwil al-Quran.”

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا، وَرِزْقًا طَيِّبًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا

Maksudnya: Ya Allah! Aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang baik dan amalan yang diterima.”

Riwayat Ahmad (26521), Ibn Majah (925), Ibn Abi Syaibah dalam al-Musannaf (29265) dan al-Baihaqi (1645)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 2247

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Tiga (3) perkara,
aku bersumpah atasnya.
Dan aku akan mengatakan suatu perkara pada kalian.
Hendaklah kalian menjaganya.

1) Tidaklah harta seseorang berkurang
kerana sedekah.

2) Tidaklah seseorang diperlakukan secara zalim,
lalu dia bersabar.
Melainkan Allah akan menambahkan kemuliaan
untuknya.

3) Dan tidaklah seorang hamba membuka pintu
untuk meminta-minta (pada selain Allah).
Melainkan Allah akan membukakan pintu kemiskinan
untuknya.

Dan aku akan mengatakan suatu perkara pada kalian.
Hendaklah kalian menjaganya.

Sesungguhnya dunia itu untuk empat (4) golongan.

1) Pertama, seorang hamba yang dikurnia Allah
dengan harta dan ilmu.
Dengan ilmu, dia bertakwa kepada Allah.
Dan dengan harta, dia menyambung silaturrahim.
Dan dia mengetahui Allah memiliki hak padanya.
Dan ini adalah kedudukan yang paling baik.

2) Kedua, selanjutnya, seorang hamba yang diberi Allah ilmu
tapi tidak diberi harta.
Niatnya ikhlas.
Dia berkata, "Andai sahaja aku memiliki harta,
nescaya aku akan melakukan seperti amalan si fulan (golongan pertama).
Maka dia mendapat apa yang dia niatkan.
Pahala mereka berdua sama.

3) Ketiga, selanjutnya, seorang hamba yang diberi harta oleh Allah.
Tetapi tidak diberi ilmu.
Dia menggunakan hartanya tanpa ilmu.
Dia tidak takut kepada Tuhannya dengan harta itu.
Dan tidak menyambung silaturrahimnya.
Serta tidak mengetahui hak Allah padanya.
Ini adalah kedudukan terburuk.

4) Keempat, selanjutnya, seorang yang tidak diberi Allah,
harta atau pun ilmu.
Dia berkata, "Andai aku punya harta,
tentu aku akan melakukan seperti yang dilakukan si fulan (golongan ketiga).
Maka dia mendapat apa yang dia niatkan.
Dosa mereka berdua sama."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 2247

Darjat: Sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Tiga (3) perkara,
aku bersumpah atasnya.
Dan aku akan mengatakan suatu perkara pada kalian.
Hendaklah kalian menjaganya.

1) Tidaklah harta seseorang berkurang
kerana sedekah.

2) Tidaklah seseorang diperlakukan secara zalim,
lalu dia bersabar.
Melainkan Allah akan menambahkan kemuliaan
untuknya.

3) Dan tidaklah seorang hamba membuka pintu
untuk meminta-minta (pada selain Allah).
Melainkan Allah akan membukakan pintu kemiskinan
untuknya.

Dan aku akan mengatakan suatu perkara pada kalian.
Hendaklah kalian menjaganya.

Sesungguhnya dunia itu untuk empat (4) golongan.

1) Pertama, seorang hamba yang dikurnia Allah
dengan harta dan ilmu.
Dengan ilmu, dia bertakwa kepada Allah.
Dan dengan harta, dia menyambung silaturrahim.
Dan dia mengetahui Allah memiliki hak padanya.
Dan ini adalah kedudukan yang paling baik.

2) Kedua, selanjutnya, seorang hamba yang diberi Allah ilmu
tapi tidak diberi harta.
Niatnya ikhlas.
Dia berkata, "Andai sahaja aku memiliki harta,
nescaya aku akan melakukan seperti amalan si fulan (golongan pertama).
Maka dia mendapat apa yang dia niatkan.
Pahala mereka berdua sama.

3) Ketiga, selanjutnya, seorang hamba yang diberi harta oleh Allah.
Tetapi tidak diberi ilmu.
Dia menggunakan hartanya tanpa ilmu.
Dia tidak takut kepada Tuhannya dengan harta itu.
Dan tidak menyambung silaturrahimnya.
Serta tidak mengetahui hak Allah padanya.
Ini adalah kedudukan terburuk.

4) Keempat, selanjutnya, seorang yang tidak diberi Allah,
harta atau pun ilmu.
Dia berkata, "Andai aku punya harta,
tentu aku akan melakukan seperti yang dilakukan si fulan (golongan ketiga).
Maka dia mendapat apa yang dia niatkan.
Dosa mereka berdua sama."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

1724027327586.png
 
Back
Top
Log in Register