BTC USD 86,522.6 Gold USD 4,364.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Al-Jumu`ah (Hari Jumaat)

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 833

Darjat: Sahih

Ijmak Ulama’

Matan:
Daripada Abu Hurairah,

'Umar r.a. ketika berdiri
memberikan khutbah pada hari Jumaat,

tiba-tiba ada seorang lelaki masuk (ke masjid).

'Umar lalu bertanya,
"Kenapa kamu lewat untuk solat?"

Lelaki itu menjawab,
"Aku tidak tahu sehingga aku mendengar azan.
Maka aku pun hanya berwuduk."

Maka 'Umar berkata,
"Bukankah kamu sudah mendengar bahawa

Nabi s.a.w. bersabda,
“Jika salah seorang daripada kamu hendak pergi solat Jumaat,
maka hendaklah dia mandi."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 833

Darjat: Sahih

Ijmak Ulama’

Matan:
Daripada Abu Hurairah,

'Umar r.a. ketika berdiri
memberikan khutbah pada hari Jumaat,

tiba-tiba ada seorang lelaki masuk (ke masjid).

'Umar lalu bertanya,
"Kenapa kamu lewat untuk solat?"

Lelaki itu menjawab,
"Aku tidak tahu sehingga aku mendengar azan.
Maka aku pun hanya berwuduk."

Maka 'Umar berkata,
"Bukankah kamu sudah mendengar bahawa

Nabi s.a.w. bersabda,
“Jika salah seorang daripada kamu hendak pergi solat Jumaat,
maka hendaklah dia mandi."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

1735834194292.png
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Muslim no. 1419

Darjat: Sahih

Ijmak Ulama’

Matan:
Daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa yang berwuduk,
lalu dia menyempurnakan wuduknya.

Kemudian pergi solat Jumaat,
mendengar (khutbah)
tanpa berkata-kata.

Maka akan diampuni (dosa-dosa yang dilakukannya)
antara hari itu dengan hari Jumaat yang lain (hadapan),
ditambah tiga (3) hari.

Dan barangsiapa yang memegang-megang batu kerikil (ketika khutbah),
maka dia telah berbuat suatu yang sia-sia."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Muslim no. 1419

Darjat: Sahih

Ijmak Ulama’

Matan:
Daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa yang berwuduk,
lalu dia menyempurnakan wuduknya.

Kemudian pergi solat Jumaat,
mendengar (khutbah)
tanpa berkata-kata.

Maka akan diampuni (dosa-dosa yang dilakukannya)
antara hari itu dengan hari Jumaat yang lain (hadapan),
ditambah tiga (3) hari.

Dan barangsiapa yang memegang-megang batu kerikil (ketika khutbah),
maka dia telah berbuat suatu yang sia-sia."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

1738872046119.png


1738872064102.png
 
ketika sampai masjid azan berkumandang,terus solat sunat, tak perlu tunggu azan selesai
 
1000759508.jpg


Akibat Sengaja Meninggalkan Solat Jumaat

Sesiapa yang sengaja meninggalkan solat Jumaat tanpa uzur syarie hukumnya adalah berdosa besar. Lebih dahsyat, hatinya boleh menjadi keras hingga tertutup daripada menerima hidayah Allah SWT.

Jangan sia-siakan panggilan azan Jumaat. Ia peluang rahmat, bukan sekadar rutin mingguan.

#JAKIMuntukUmmah
#PelanTransformasiAlFalah
#IslamMekarDiBumiMalaysia
#MalaysiaMadani
 
1772132241055.png


Hadits Abu Dawud no. 943
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Abu az-Zahiriyah,

"Kami bersama `Abd Allah bin Busr (radhiyallahu `anhu),
salah seorang sahabat Nabi sallallahu `alayhi wa sallam
pada hari Jumaat.

Maka datang seorang lelaki
melangkahi bahu-bahu orang ramai.

Lalu `Abd Allah ibn Busr berkata,
“Telah datang seorang lelaki
melangkahi bahu-bahu orang ramai
pada hari Jumaat,
sedang Nabi sallallahu `alayhi wa sallam berkhutbah.

Maka Nabi sallallahu `alayhi wa sallam bersabda kepadanya,
“Duduklah.
Kerana sesungguhnya, engkau telah menyakiti (orang lain).”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk dalam golongan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ مَعْرُوفٍ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ السَّرِيِّ حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ صَالِحٍ عَنْ أَبِي الزَّاهِرِيَّةِ قَالَ
كُنَّا مَعَ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ بُسْرٍ صَاحِبِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَجَاءَ رَجُلٌ يَتَخَطَّى رِقَابَ النَّاسِ فَقَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بُسْرٍ جَاءَ رَجُلٌ يَتَخَطَّى رِقَابَ النَّاسِ يَوْمَ الْجُمُعَةِ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اجْلِسْ فَقَدْ آذَيْتَ
 
1775146343961.png


1775146363931.png


Hadits Muslim no. 1437
Status: Sohih - Ijma` `ulama’

Matan
Daripada Abu Wa’il,

“`Ammar (ibn Yasir radhiyallahu `anhu) telah berkhutbah kepada kami.
Beliau meringkaskan (khutbahnya)
dan menyampaikan dengan sangat baik.

Maka ketika beliau turun (dari mimbar)
kami berkata,
“Wahai Abu al-Yaqzhan (`Ammar).
Sesungguhnya, engkau telah menyampaikan
dan meringkaskan (khutbah).

Alangkah baiknya jika
kau panjangkan sedikit (khutbah itu).”

Maka beliau (`Ammar) berkata,
“Sesungguhnya, aku telah mendengar
Rasul Allah sallallahu `alayhi wa sallam bersabda,

“Sesungguhnya.
panjangnya solat seseorang itu
dan pendeknya khutbahnya,
adalah tanda kefahamannya (dalam agama).

Maka panjangkanlah solat.

Dan pendekkanlah khutbah.
Dan sesungguhnya,
sebahagian daripada kefasihan (percakapan) itu
umpama sihir (boleh memperdaya).”

Peringatan Umum!
Tidak ambil peduli agamanya,
sama ada sahih atau tidak
= ditakuti termasuk di kalangan yang berdusta atas nama Nabi s.a.w.
= umpama tempah tempatnya di neraka!

Adakah kita beriman dengan dalil sahih,
sehingga masuk ke qalbu?
Atau sekadar di mulut umpama munafik?
Allahul musta’an

Teks Arab
حَدَّثَنِي سُرَيْجُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبْجَرَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ وَاصِلِ بْنِ حَيَّانَ قَالَ قَالَ أَبُو وَائِلٍ خَطَبَنَا عَمَّارٌ فَأَوْجَزَ وَأَبْلَغَ فَلَمَّا نَزَلَ قُلْنَا يَا أَبَا الْيَقْظَانِ لَقَدْ أَبْلَغْتَ وَأَوْجَزْتَ فَلَوْ كُنْتَ تَنَفَّسْتَ
فَقَالَ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ طُولَ صَلَاةِ الرَّجُلِ وَقِصَرَ خُطْبَتِهِ مَئِنَّةٌ مِنْ فِقْهِهِ فَأَطِيلُوا الصَّلَاةَ وَاقْصُرُوا الْخُطْبَةَ وَإِنَّ مِنْ الْبَيَانِ سِحْرًا
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register