BTC USD 86,251.4 Gold USD 4,358.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Al-Jumu`ah (Hari Jumaat)

1000037776.jpg

SOLAT JUMAAT

Umat Islam dituntut untuk datang awal ke Masjid menunaikan solat fardu Jumaat bagi meraih ganjaran daripada Allah SWT.

Dari Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda : “Pada hari Jumaat, pada setiap pintu dari pintu-pintu masjid terdapat para malaikat yang mencatat orang yang datang lebih awal dan seterusnya hingga apabila Imam sudah duduk (di atas mimbar) lembaran catatan itu ditutup lalu mereka mendengarkan zikir (khutbah tersebut)”. [HR Bukhari No. 3211]
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Diceritakan oleh Adam, diceritakan oleh Ibnu Abu Dzi'b, daripada Az Zuhri, daripada Abu 'Abdullah Al Aghar, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Pada hari Jumaat,
para Malaikat hadir di pintu Masjid,
mencatat siapa orang yang datang paling awal
dan seterusnya.

Orang yang paling awal datang ke Masjid
seperti orang yang berkorban
dengan seekor unta.

Kemudian seperti orang yang berkorban
dengan seekor sapi.

Kemudian seperti orang yang berkorban
dengan seekor kambing yang bertanduk.

Kemudian seperti orang yang berkorban
dengan seekor ayam.

Kemudian seperti orang yang berkorban
dengan sebutir telur.

Dan apabila Imam sudah keluar (untuk memberi khutbah),
maka para Malaikat menutup buku catatan mereka.
Kemudian mendengar zikir (khutbah)."


(Hadith Bukhari no. 877)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Muslim no. 1930
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Abu Kuraib, diceritakan oleh Husain (Al Ju'fani), daripada Za`idah, daripada Hisyam,
daripada Ibnu Sirin, daripada Abu Hurairah r.a.,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Janganlah kalian mengkhususkan malam Jumaat
dengan solat malam.
Dan tidak
pada malam-malam yang lain.

Dan jangan pula dengan puasa (khusus hari Jumaat).
Kecuali
memang bertepatan dengan hari puasanya.”


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
IMG_20231229_232431_814.jpg


❇️HADIS HARI INI❇️

Orang yang biasa meninggalkan solat jumaat termasuk golongan yang lalai

Dari Ibnu Umar RA bahawa dia mendengar Rasulullah SAW bersabda di atas tiang-tiang mimbarnya: "Mereka yang biasa meninggalkan solat Jumaat harus segera menghentikan kebiasaannya itu atau kalau tidak maka Allah akan mengunci hati mereka kemudian mereka termasuk orang yang lalai."

(HR Muslim)
 
IMG_20240119_095306_197.jpg


Kelebihan Datang Awal Solat Jumaat

Umat Islam dituntut untuk datang awal ke Masjid menunaikan solat fardu Jumaat bagi meraih ganjaran daripada Allah SWT.

Dari Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda:

“Pada hari Jumaat, pada setiap pintu dari pintu -pintu masjid terdapat para malaikat yang mencatat orang yang datang lebih awal dan seterusnya hingga apabila Imam sudah duduk (di atas mimbar) lembaran catatan itu ditutup lalu mereka mendengarkan zikir (khutbah tersebut)”.

(HR Bukhari No.3211)

#jumaatmubarak
#pelantransformasialfalah
#malaysiamadani
 
IMG_20240119_114513_055.jpg


LARANGAN BERCAKAP SEMASA KHUTBAH

Dari Abu Hurairah RA berkata, Nabi SAW bersabda: “Jika kamu berkata kepada sahabatmu pada hari Jumaat : “Diam” dan ketika itu imam sedang berkhutbah, maka sesungguhnya kamu telah lagha (melakukan perkara yang sia-sia)”.

Marilah sama-sama kita memberikan sepenuhnya perhatian terhadap khutbah yang disampaikan oleh khatib dan janganlah bercakap atau melakukan perkara-perkara yang sia-sia seperti menggunakan telefon kerana ianya termasuk dalam perkara yang lagha.

#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
 
Back
Top
Log in Register