BTC USD 84,419.2 Gold USD 4,295.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith : Jalan ke Syurga

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Suwaid bin Nashr, daripada 'Abdullah bin Al-Mubarak,
daripada Hammad bin Salamah, daripada Ayyub, daripada Abu Qibalah, daripada Anas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Di antara tanda- tanda hari Kiamat adalah

manusia bermegah-megahan
dalam membangun masjid.”


(Hadith Nasa’i no. 682)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)

Nie betul ke
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

T kasih atas info TT

Tapi TT mcm berat sebelah je
Byk hadis dr ayat quran - tak sama dgn tajuk
Jgn mara, bg pendpt aje..

sama2 saudaraku, akudotcom

saya post, yg mana ada dalam collection saya,

buat masa ni, saya post....
1 hari 1 Alquran / 1 Hadith
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Al Mutsanna dan Ibnu Basysyar,
(kedua-duanya) diceritakan oleh Muhammad bin Ja'far, diceritakan oleh Syu'bah,
diceritakan oleh Qatadah, daripada Anas bin Malik,


"Ketahuilah,
saya akan memberitahukan kepada kalian
suatu hadith yang pernah saya dengar daripada Rasulullah s.a.w.
yang tidak akan ada seorang pun yang menceritakan kembali
kepada kalian sepeninggalan saya kelak.

Rasulullah s.a.w. telah bersabda,

“Di antara tanda-tanda kiamat adalah

hilangnya ilmu (keislaman),

merebaknya kebodohan,

bermaharajalelanya perzinaan,

banyaknya orang yang meminum minuman keras,

berkurangnya populasi kaum lelaki
dan bertambahnya kaum wanita,
hingga akhirnya seorang lelaki
akan menguruskan lima puluh (50) orang wanita.”


(Hadith Muslim no. 4825)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Utsman bin Abu Syaibah, diceritakan oleh Jarir, daripada Manshur, daripada Abu Wa'il,

Abdullah memberi pelajaran kepada orang-orang

setiap hari Khamis,

kemudian seseorang berkata,
"Wahai Abu Abdurrahman,
sungguh aku ingin kalau anda memberi pelajaran
kepada kami setiap hari"

Abdullah berkata,
"Sungguh aku enggan melakukannya,
kerana aku takut membuat kalian bosan,

dan aku ingin memberi pelajaran kepada kalian
sebagaimana Nabi s.a.w. memberi pelajaran kepada kami
kerana khuatir

kebosanan akan menimpa kami."

(Hadith Bukhari no. 68)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Al Harits bin Miskin, diceritakan oleh Ibnu Wahab, daripada Yunus,
daripada Ibnu Syihab, daripada Sa'id bin Musayyab, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Lima (5) perkara yang termasuk fitrah,


1) berkhatan,

2) mencukur bulu kemaluan,

3) memotong kumis,

4) memotong kuku,

5) dan mencabut bulu ketiak."

(Hadith Nasa’i no. 9)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ubaidillah bin Sa'id, diceritakan oleh Yahya (Ibnu Sa'id), daripada Ubaidillah,
diceritakan oleh Nafi’, daripada Ibnu Umar,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Pendekkan kumis

dan biarkan (panjangkan) janggut."


(Hadith Nasa’i no. 15)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Az Zubair bin Bakkar, diceritakan oleh Anas bin 'Iyadl, diceritakan oleh Nafi' bin Abdullah,
daripada Farwah bin Qais, daripada 'Atha` bin Abu Rabah, daripada Ibnu Umar,


“Saya bersama dengan Rasulullah s.a.w.,
tiba-tiba datang seorang lelaki Anshar kepada Nabi s.a.w.,
lalu dia mengucapkan salam kepada Nabi s.a.w.
dan bertanya,

"Ya Rasulullah,
bagaimanakah orang mukmin yang utama?"

Rasulullah menjawab,
"Orang yang paling baik akhlaknya."

Dia bertanya lagi,
"Orang mukmin yang bagaimanakah
yang paling bijak?"

Rasulullah menjawab,
"Orang yang paling banyak mengingat kematian,

dan yang paling baik persiapannya
setelah kematian,


merekalah orang-orang yang bijak."

(Hadith Ibnu Majah no. 4249)

Nota penting:
(Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register