BTC USD 83,657.5 Gold USD 4,154.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith : Jalan ke Syurga

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Manshur, daripada Sufyan, daripada Az Zuhri, daripada Mahmud bin Ar Rabi',
daripada 'Ubadah bin Ash Shamit,
Nabi s.a.w. bersabda,

"Tidak sah solat seseorang

yang tidak membaca Al Fatihah."


(Hadith Nasa’i no. 901)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Adam, daripada Hafsh bin Ghiyats, daripada Al A'la bin Al Musayyab,
daripada Amr bin Murrah, daripada Thalhah bin Yazid, daripada Hudzaifah dan Al A'masy,
daripada Sa'd bin Ubaidah, daripada Al Mustawrid Al Ahnaf, daripada Shilah bin Zufar,
daripada Hudzaifah,

“Nabi s.a.w. pernah membaca surah Al-Baqarah, Ali 'Imran, dan An-Nisa'
dalam satu (1) rakaat.

Nabi s.a.w. tidak melewati (membaca) ayat
yang berkenaan dengan rahmat
kecuali Nabi s.a.w. berdoa,

dan tidak melewati (membaca) ayat
yang berkenaan dengan azab
kecuali Nabi s.a.w. memohon perlindungan kepada-Nya.”


(Hadith Nasa’i no. 999)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Malik, daripada Yahya bin Sa'id, daripada Muhammad bin Ibrahim bin Al Harits At Taimi,
daripada Abu Hazm At Tammar, daripada Al Bayadli,

“Rasulullah s.a.w. menemui orang-orang ketika mereka sedang solat.

Mereka menguatkan bacaan
di dalamnya,

maka Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya orang yang solat itu
sedang bermunajat kepada Rabbnya,
maka lihatlah apa yang dia bisikkan.

Janganlah sebahagian daripada kalian menguatkan bacaannya
atas sebahagian yang lain!"


(Hadith Malik no. 163)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:
Tumpang
Sempena ramadan


Quran adalah al Furqan
(Lihat surah al Furqan)

25:1
Maha suci Allah yang telah menurunkan *Al Furqaan (Al Quran) kepada hamba-Nya, agar dia menjadi pemberi peringatan* kepada seluruh alam,

2:185
Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan *al furqan (pembeza antara yang benar dan yang salah)*

3:4
Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan *Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah)*. Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).

8:29
*Hai orang-orang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, Kami akan memberikan kepadamu Furqaan*. Dan kami akan jauhkan dirimu dari kesalahan-kesalahanmu, dan mengampuni (dosa-dosa)mu. Dan Allah mempunyai kurnia yang besar.

****


8:29 : *Hai orang-orang beriman, jika kamu bertakwa kepada Allah, Kami akan memberikan kepadamu Furqaan*

Al Furqan diambil dari kata al-farq, artinya pembatas, pembeza, penyisihkan di antara yang benar dengan yang salah, yang hak dan yang batil, jalan yang lurus dengan jalan yang bengkok berbelit-belit.

Oleh sebab itu maka Al Qur'an sendiripun disebut juga Al Furqan, bahkan Taurat-pun disebut juga Al Furqan. Maka menurut tafsir Ibnu Jarir, yang dimaksud dengan Al Furqan di sini ialah *akal manusia sendir*i. Artinya Rasul-Rasul diutus, kitab-kitab diturunkan dan buat menampung wahyu Ilahi itu manusiapun diberi akal buat membezakan yang benar dari yang salah. Oleh sebab itu maka dengan adanya Al Furqan, akal itu, jika manusia menganut suatu kepercayaan, hendaklah yang benar-benar sesuai dengan akal mereka sendiri. Sedang wahyu yang datang dari Tuhan-pun tidak mungkin berbeda dari inti sari akal murni itu.

Maka kedatangan Rasul-Rasul dan turunnya kitab-kitab adalah menuntun al-furqan manusia, atau akal murni manusia tadi, di dalam menuju keredaan Tuhan. Tidak mungkin orang yang teratur caranya berfikir akan menolak kebenaran Tuhan.

Sebab itu berkata Tuhan pada lanjutan ayat : "Sesungguhnya orang-orang yang tidak mau percaya kepada ayat-ayat Allah, bagi mereka azab yang sangat." Azab itu ada dua macam, pertama azab dunia, yaitu azab kekacauan fikiran, azab karena tidak dapat memperbezakan di antara buruk dengan baik, azab hidup yang sebagai "menghasta kain sarung," berputar-putar di sana-sana juga, tidak bertemu ujung. Dan azab yang kedua ialah di akhirat.

Ref: Prof. Haji Abdul Malik bin Abdul Karim Amrulloh (HAMKA) telah menulis di dalam Tafsir Al-Azhar, Juz III, Suroh Ali Imran, Ayat 4
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Ya'qub bin Ibrahim, daripada Ibnu 'Ulayyah, daripada Syu'bah, daripada Al Hakam,
daripada 'Abdurrahman bin Abu Laila, daripada Al Barra bin 'Azib,

“Rukuk Rasulullah s.a.w.

dan bila mengangkat kepala daripada rukuk

juga sujudnya

dan duduk antara dua (2) sujudnya

hampir sama (lamanya).”


(Hadith Nasa’i no. 1055)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Yahya bin Hassan, daripada Sufyan bin 'Uyainah dan Isma'il bin Ja'far,
daripada Sulaiman bin Suhaim, daripada Ibraihim bin Abdullah bin Ma'bad bin Abbas,
daripada Abdullah bin Ma'bad bin Abbas, daripada Ibnu Abbas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya aku dilarang untuk membaca Al Qur'an
ketika sedang rukuk
atau sujud.

Jika rukuk,
maka agungkanlah Tuhan kalian,

dan jika sujud,
maka bersungguh-sungguhlah
dalam berdoa
kerana kemungkinan besar
akan dikabulkan doa kalian."


(Hadith Darimi no. 1292)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Muhammad bin Manshur Al Makki dan 'Abdullah Muhammad bin 'Abdurrahman Az Zuhri, (kedua-duanya) daripada Sufyan, daripada Ibnu Thawus, daripada Thawus, daripada Ibnu 'Abbas,

“Nabi s.a.w. diperintahkan sujud
di atas tujuh (7) anggota badan,

dilarang mengikat rambut

dan melipat baju.

(7 anggota badan untuk sujud) iaitu

kedua-dua (2) tangan,

kedua-dua (2) lutut,

dan hujung jari-jemari (kedua-dua) (2) kaki.”"


Ibnu Thawus menunjukkan tangannya
pada dahi
dan hidungnya,


lalu berkata,
"Ini adalah satu (1) bahagian."

(Hadith Nasa’i no. 1086)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Daripada Musaddad, daripada Yazid bin Zurai', daripada Daud bin Abu Hind,
daripada Al Walid bin Abdurrahman, daripada Jubair bin Nufair, daripada Abu Dzar,

"Kami pernah berpuasa Ramadan
bersama Rasulullah s.a.w.,

dan Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengerjakan solat malam
bersama kami sedikit pun
dalam sebulan
sampai berlalu sepertiga (1/3) malam,

setelah malam keenam (6) (dari akhir bulan)
Rasulullah s.a.w. juga tidak mengerjakan solat malam
bersama kami,

ketika pada hari kelima (5) (dari akhir bulan),
Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat malam
bersama kami
hingga tengah malam pun berlalu.

Maka kata Abu Dzar,
"wahai Rasulullah,
alangkah baiknya sekiranya
anda memperbanyak solat sunnah (qiyamullail)
pada malam hari ini
untuk kami!."

Maka Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Sesungguhnya apabila seseorang solat (malam)
bersama imam
hingga selesai,
maka akan dicatat baginya
seperti bangun (untuk mengerjakan solat malam)
semalam suntuk."

Kata Abu Dzar,
"Ketika malam keempat (4) (dari akhir bulan)
Rasulullah s.a.w. tidak mengerjakan solat malam
(bersama kami),

setelah malam ketiga (3) (dari akhir bulan),
Rasulullah s.a.w. mengumpulkan keluarganya, isteri-isterinya dan orang-orang,
lalu melakukan solat malam
bersama kami,
sampai kami khuatir ketinggalan al-Falah."

Jabir bertanya,
"Apakah al-Falah itu?"

Jawab Abu Dzar,
"Waktu sahur,

kemudian Rasulullah s.a.w. tidak lagi melakukan solat malam bersama kami
pada malam-malam berikutnya dari sebulan itu."


(Hadith Abu Daud no. 1167)

Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register