BTC USD 62,947.4 Gold USD 4,300.06
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Suami & Isteri

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,641
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,641
Reaction score
3,506
Points
211
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Basyar, diceritakan oleh Abdul A'la, diceritakan oleh Hisyam bin Abu Abdullah Ad Dastuwa`i, daripada Abu Zubair, daripada Jabir bin Abdullah,

Nabi s.a.w. melihat seorang wanita,
lalu Nabi s.a.w. menemui Zainab
untuk menunaikan hajatnya (berjimak).

Kemudian Nabi s.a.w. keluar seraya bersabda,
"Sesungguhnya jika seorang wanita datang,
dia datang sebagaimana syaitan (boleh menaikkan syahwat).

Jika salah seorang daripada kalian
melihat seorang wanita yang menaikkan syahwatnya,
maka datangilah isterinya,
kerana apa yang dia (wanita lain) punyai
sama seperti yang dipunyai isterinya."


(Hadith Tirmidzi no. 1078)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar

(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ishaq bin Nashr, diceritakan oleh Husain Al Ju'fi, daripada Za`idah, daripada Maisarah, daripada Abu Hazim, daripada Abu Hurairah,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Barangsiapa yang beriman kepada Allah
dan juga kepada hari akhirat,
maka janganlah dia menyakiti jiran tetangganya.

Layanlah wanita dengan baik.

Sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk.
Dan yang paling bengkok daripada tulang rusuk itu adalah pangkalnya.

Jika kamu cuba untuk meluruskannya,
maka ia akan patah.
Namun jika kamu biarkannya,
maka ia akan tetap bengkok.

Kerana itu, layanlah wanita dengan penuh bijaksana."

(Hadith Bukhari no. 4787)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Muhammad bin Basyar, diceritakan oleh Abdul A'la, diceritakan oleh Hisyam bin Abu Abdullah Ad Dastuwa`i, daripada Abu Zubair, daripada Jabir bin Abdullah,

Nabi s.a.w. melihat seorang wanita,
lalu Nabi s.a.w. menemui Zainab
untuk menunaikan hajatnya (berjimak).

Kemudian Nabi s.a.w. keluar seraya bersabda,
"Sesungguhnya jika seorang wanita datang,
dia datang sebagaimana syaitan (boleh menaikkan syahwat).

Jika salah seorang daripada kalian
melihat seorang wanita yang menaikkan syahwatnya,
maka datangilah isterinya,
kerana apa yang dia (wanita lain) punyai
sama seperti yang dipunyai isterinya."


(Hadith Tirmidzi no. 1078)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar

(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
zaman skrg ni ramai suami xdpt menunaikan hajat pada jalan yg halal,
lalu pergi juga cara yg haram....
 
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Musa bin Isma'il, diceritakan oleh Ibrahim bin Sa'd, diceritakan oleh Ibnu Syihab,
daripada 'Amir bin Sa'd, daripada ayahnya (Sa'd),


"Ketika Rasulullah s.a.w. haji wada' (perpisahan),
Rasulullah s.a.w. datang menjengukku
ketika aku terbaring sakit yang parah.

Lalu Sa'd berkata,
"Wahai Rasulullah, keadaan saya semakin parah,
seperti yang telah anda lihat saat ini.

Saya adalah orang yang memiliki banyak harta,
dan saya hanya memiliki seorang anak perempuan
yang akan mewarisi harta peninggalan saya.

Maka bolehkah saya menyedekahkan dua pertiga (2/3)
daripada hartaku?"


Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Jangan."


Sa'd bertanya lagi,
"Kalau begitu, bagaimana jika separuhnya (1/2)?"


Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Jangan, (namun sedekahkanlah sepertiganya (1/3) sahaja),
dan sepertiganya (1/3) pun sudah banyak.

Sebenarnya apabila kamu meninggalkan ahli warismu
dalam keadaan kaya, itu lebih baik

daripada kamu meninggalkan mereka
dalam keadaan serba kekurangan
dan meminta-minta kepada orang lain.

Tidaklah kamu menafkahkan suatu nafkah
dengan tujuan untuk mencari redha Allah,
melainkan kamu akan mendapat pahala
lantaran daripada nafkah pemberianmu itu,

hingga sesuap makanan yang kamu suapkan ke mulut isterimu
juga merupakan sedekah daripadamu."


Sa'd bertanya lagi,
"Apakah aku diberi umur panjang
setelah sahabat-sahabatku (yang meninggal dunia)?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Tidaklah sekali-kali engkau diberi umur panjang
lalu kamu beramal soleh
melainkan akan bertambah darjat dan kemuliaanmu.

Semoga kamu diberi umur panjang
sehingga kaum Muslimin dapat mengambil manfaat daripada dirimu
dan juga mungkin dapat mendatangkan mudarat bagi kaum (kafir harbi) yang lain.


Ya Allah, sempurnakanlah hijrah para sahabatku
dan janganlah Engkau kembalikan mereka kepada kekufuran,

akan tetapi alangkah kasihannya Sa'd bin Khaulah."


Sa'd berkata,
"Kemudian Rasulullah s.a.w. mendoakannya
agar dia meninggal dunia di kota Mekah."


(Hadith Bukhari no. 5896)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
1762332792029.png


Hadits Abu Dawud no. 1899
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan
Daripada Thawban (ibn Bajdad radhiyallahu ‘anhu),
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“Mana-mana wanita yang meminta suaminya
menceraikannya
tanpa sebab yang dibenarkan,

maka haram baginya bau syurga.”

Nota penting
Ambillah ilmu yang benar
daripada pencinta sunnah yang jujur.
Sesungguhnya, Allah membenci orang yang petah berbicara.
Tetapi malas beramal tanpa alasan yang benar.

Teks Arab

حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَبِي أَسْمَاءَ عَنْ ثَوْبَانَ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّمَا امْرَأَةٍ سَأَلَتْ زَوْجَهَا طَلَاقًا فِي غَيْرِ مَا بَأْسٍ فَحَرَامٌ عَلَيْهَا رَائِحَةُ الْجَنَّةِ
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Mu`ammal bin Hisyam Al-Yasykuri, diceritakan oleh Isma'il, daripada Sawwar bin Dawud Abu Hamzah Al-Muzani Ash-Shairafi, daripada Amru bin Syu'aib, daripada ayahnya (Syu'aib), daripada datuknya,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Perintahkanlah anak-anak kalian
untuk melaksanakan solat
apabila sudah mencapai umur tujuh (7) tahun.

Dan apabila sudah mencapai umur sepuluh (10) tahun,
maka pukullah dia
apabila tidak melaksanakannya (solat).

Dan pisahkanlah mereka
dalam tempat tidurnya
(antara lelaki dan perempuan)."


(Hadith Abu Daud no. 418)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Abu Bisyr Bakr bin Khalaf & Muhammad bin Yahya, diceritakan oleh Abu 'Ashim, daripada Ja'far bin Yahya bin Tsauban,
daripada bapa saudaranya (Umarah bin Tsauban), daripada 'Atha, daripada Ibnu Abbas,
Nabi s.a.w. bersabda,


"Orang yang paling baik
di antara kalian adalah
orang yang paling baik terhadap isterinya.

Dan aku adalah orang yang paling baik
terhadap isteriku."


(Hadith Ibnu Majah no. 1967)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh 'Ubaidullah bin Musa, daripada Hanzhalah, daripada Salim bin 'Abdullah, daripada Ibnu 'Umar r.a.
Nabi s.a.w. bersabda,


"Jika isteri-isteri kalian minta izin
ke masjid
pada waktu malam,

maka berilah mereka izin."


(Hadith Bukhari no. 818)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Ahmad bin Yunus, diceritakan oleh Zaidah, daripada Al A'masy, daripada Abu Shalih, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Tidaklah seorang lelaki yang meniti jalan
untuk mencari ilmu
melainkan Allah akan mempermudah baginya
jalan menuju ke syurga.

Dan barangsiapa yang lambat amalannya (tiada kesungguhan),
maka nasabnya (kelebihan keturunan) tidak akan memberinya manfaat."


(Hadith Abu Daud no. 3158)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register