BTC USD 86,135.0 Gold USD 4,331.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Suami & Isteri

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Muslim no. 94
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Harun bin Sa'id al-Aili, diceritakan oleh Ibnu Wahab, diceritakan oleh Amru, daripada Ja'far bin Rabi'ah, daripada Irak bin Malik, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Janganlah kalian membenci
bapa-bapa kalian.

Barangsiapa yang membenci bapanya,
maka dia kafir."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 293
Darjat: Sahih

Diceritakan oleh Sa'id bin Abu Maryam, diceritakan oleh Muhammad bin Ja'far, diceritakan oleh Zaid (Ibnu Aslam), daripada 'Iyadl bin 'Abdullah, daripada Abu Sa'id Al Khudri,

"Rasulullah s.a.w. pada hari raya Aidil Adha atau Fitri,
keluar menuju tempat solat.

Rasulullah s.a.w. melewati para wanita.
Lalu bersabda,
"Wahai para wanita!
Hendaklah kalian bersedekah.

Sebab diperlihatkan kepadaku bahawa
kalian adalah yang paling ramai menghuni neraka."

Para wanita bertanya,
"Apa sebabnya wahai Rasulullah?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Kalian banyak melaknat.
Dan banyak mengingkari pemberian suami.

Dan aku tidak pernah melihat daripada lelaki,
yang akalnya lebih cepat hilang,
dan lemah agamanya
daripada kalian."

Para wanita bertanya lagi,
"Wahai Rasulullah,
apa tanda daripada kurangnya akal
dan lemahnya agama?"

Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Bukankah kesaksian seorang wanita setengah (1/2)
daripada kesaksian (seorang) lelaki?"

Para wanita menjawab,
"Benar."

Rasulullah s.a.w. bersabda lagi,
"Itulah kekurangan akalnya.

Dan bukankah seorang wanita apabila
dia sedang haid,
dia tidak solat dan puasa?"

Para wanita menjawab,
"Benar."

Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Itulah kekurangan agamanya."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 3273
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Hafsh bin 'Umar, diceritakan oleh Syu'bah, daripada Humaid, daripada Anas r.a.,

"Nabi s.a.w. pernah berada di suatu pasar.

Tiba-tiba, ada orang yang berkata (kepada orang lain),
"Wahai Abu Al Qasim."

Maka Nabi s.a.w. menoleh.
Lalu bersabda,
"Berilah nama dengan namaku (Muhammad).

Tapi jangan kalian menggunakan nama
dengan nama kuniyahku (gelaran Abu Al Qasim)."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Nasa'i no. 3175
Darjat: Hasan sahih


Diceritakan oleh Abdur Rahman bin Khalid, diceritakan oleh Yazid bin Harun, diceritakan oleh Al Mustalim bin Sa'id, daripada Manshur bin Zadzan,
daripada Mu'awiyah bin Qurrah, daripada Ma'qil bin Yasar,


"Telah datang seorang lelaki kepada Rasulullah s.a.w.
Dan berkata,
"Sesungguhnya aku mendapati seorang wanita
yang memiliki kedudukan
dan harta.
Hanya sahaja dia mandul.
Apakah aku boleh menikahinya?"

Maka Rasulullah s.a.w. melarangnya.

Kemudian dia bertemu Rasulullah s.a.w.
untuk kedua kalinya.
Dan Rasulullah s.a.w. melarangnya.

Kemudian dia bertemu Rasulullah s.a.w.
untuk ketiga kalinya.
Lalu Rasulullah s.a.w. melarangnya.

Dan Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Nikahilah wanita yang subur (mudah hamil).
Dan pengasih.
Kerana aku bangga dengan banyaknya anak kalian."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 5579
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Hafsh bin Umar, diceritakan oleh Syu'bah, daripada Al Hakam, daripada Ibrahim, daripada Al Aswad,

"Saya bertanya kepada Aisyah."

"Apakah Nabi s.a.w. pernah
membantu kerja rumah isterinya?"

Aisyah menjawab,
"Beliau (Nabi s.a.w.) suka
membantu kerja rumah isterinya.

Apabila tiba waktu solat,
maka beliau (Nabi s.a.w.) bergerak
untuk melaksanakan solat."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
IMG_20231021_081548_434.jpg


ADIK BERADIK SALING MENDOAKAN

Ketika berlakunya perselisihan di antara Nabi Musa AS dan Nabi Harun AS, Nabi Musa AS berdoa agar Allah SWT mengampunkan kesilapannya dan saudaranya iaitu Nabi Harun AS.

Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, ampunkanlah diriku dan saudaraku, dan masukkanlah kami ke dalam rahmatMu". Surah al-A'raf: 151

#pelantransformasialfalah
#malaysiamadani
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Paling Baik Terhadap Ahli Keluarga

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لِأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لِأَهْلِي وَإِذَا مَاتَ صَاحِبُكُمْ فَدَعُوهُ

Daripada Aisyah RA dia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Sebaik-baik kalian adalah yang paling baik terhadap ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang paling baik terhadap ahli keluargaku, apabila sahabat kalian meninggal dunia maka biarkanlah dia (tinggalkanlah dia jangan membicarakan keburukan- keburukannya)." (HR Tirmidzi No: 3830) Status: Hadis Sahih

Pengajaran:

1. Perkahwinan bertujuan untuk mewujudkan rumah tangga dan ahli keluarga yang bahagia.

2. Bagi mewujudkan kebahagiaan dalam berumah tangga, kita perlu berlaku baik terhadap ahli keluarga antaranya dengan saling memenuhi hak dan tanggungjawab sebagai suami dan isteri, bapa dan ibu serta anak.

3. Sebaik-baik kita adalah orang yang paling baik pergaulannya terhadap ahli keluarganya.

4. Syeikh Muhammad bin Abd al-Rahman al-Mubarakfuri ketika mensyarahkan hadis ini beliau berkata: (Iaitu berbuat baik) kepada kaum keluarganya dan juga mereka yang mempunyai hubungan silaturahim dengannya. Menurut pendapat lain: kepada isterinya dan juga kaum kerabatnya. Rujuk Tuhfat al-Ahwazi, Al-Mubarakfuri (10/269).

5. Bertimbang rasa, bertolak ansur dan saling menyayangi antara pasangan dan anak-anak merupakan antara faktor yang menjamin keharmonian rumahtangga.

6. Contohilah Rasulullah SAW dalam berbuat baik dan memberi layanan kepada ahli keluarganya kerana Rasulullah SAW paling baik layanan terhadap isteri dan anak-anaknya.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

13hb Dis. 2023
29hb Jamadil Awal 1445H
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Muslim no. 4763
Darjat: Sahih


Diceritakan oleh Muhammad bin 'Abdullah bin Quhzadz, diceritakan oleh Salamah bin Sulaiman, diceritakan oleh 'Abdullah, diceritakan oleh Ma'mar, daripada Ibnu Syihab,
daripada 'Abdullah bin Abu Bakr bin Hazm, daripada 'Urwah, daripada 'Aisyah,


"Aku pernah dikunjungi oleh seorang wanita
yang mempunyai dua orang anak perempuan.

Kemudian wanita tersebut meminta makanan
daripada aku.

Sayangnya, pada saat itu,
aku sedang tidak mempunyai makanan.
Kecuali sebiji kurma
yang segera aku berikan kepadanya.

Kemudian wanita itu menerimanya
dengan senang hati.
Dan membahagikannya
kepada dua orang anak perempuannya.
Tanpa sedikit pun dia makan.

Setelah itu,
wanita tersebut bersama dua orang anak perempuannya pergi.

Tidak lama kemudian,
Rasulullah s.a.w. masuk ke dalam rumah.

Lalu aku menceritakan kepada beliau (Rasulullah s.a.w.)
tentang wanita dan kedua-dua anak perempuannya itu.

Mendengar cerita aku ini,
Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Barangsiapa diuji dalam membesarkan anak-anak perempuannya,
kemudian dia dapat menjaga mereka dengan baik.

Maka anak perempuannya itu akan menjadi penghalangnya
daripada api neraka kelak."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Nasa’i no. 3179

Darjat: Hasan sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Abu Hurairah r.a.,

“Dia (Abu Hurairah) pernah bertanya
kepada Rasulullah s.a.w.
"Wanita manakah yang terbaik?"

Baginda (Rasulullah s.a.w.) menjawab,
"Yang menyenangkan suaminya
apabila dipandang.

Mentaati suaminya
apabila diperintah.

Dan tidak menyelisihi suaminya
dalam diri dan hartanya
dengan perkara yang dibenci oleh suaminya."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Nasa’i no. 3179

Darjat: Hasan sahih

Muhammad Nashiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Abu Hurairah r.a.,

“Dia (Abu Hurairah) pernah bertanya
kepada Rasulullah s.a.w.
"Wanita manakah yang terbaik?"

Baginda (Rasulullah s.a.w.) menjawab,
"Yang menyenangkan suaminya
apabila dipandang.

Mentaati suaminya
apabila diperintah.

Dan tidak menyelisihi suaminya
dalam diri dan hartanya
dengan perkara yang dibenci oleh suaminya."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

1739823732230.png
 
Back
Top
Log in Register