BTC USD 60,259.9 Gold USD 4,318.73
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Al-Jumu`ah (Hari Jumaat)

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Suraij bin Yunus, diceritakan oleh Abdurrahman bin Abdul Malik bin Abjar, daripada bapanya (Abdul Malik bin Abjar), daripada Washil bin Hayyan, daripada Abu Wa`il,

"Ammar pernah menyampaikan khutbah Jumaat kepada kami
dengan bahasa yang singkat dan padat.

Maka ketika dia turun dari mimbar,
kami pun berkata kepadanya,
"Wahai Abu Yaqzhan!
Khutbah anda begitu singkat dan padat. Alangkah baiknya
kalau anda panjangkan lagi."

Ammar berkata,
"Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda,

"Sesungguhnya lamanya solat
dan pendeknya khutbah seseorang itu
menunjukkan tentang pemahaman dia tentang agamanya.

Kerana itu, panjangkanlah solat
dan pendekkanlah khutbah.

Sesungguhnya di antara kata-kata yang indah itu
ada daya memukau (bagaikan sihir).


(Hadith Muslim no. 1437)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sekarang khutbah memang pendek dah pun kan tuan
 
Back
Top
Log in Register