BTC USD 77,980.2 Gold USD 4,381.62
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadith: Bab: Elak Mudarat

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,715
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,715
Reaction score
3,506
Points
211
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Hisyam bin 'Ammar, diceritakan oleh Abdul Hamid bin Hubaib bin Abu Al Isyrin, diceritakan oleh Al Auza'i,
daripada 'Atho` bin Abu Rabah, daripada Ibnu 'Abbas,


"Pada masa Rasulullah s.a.w.,
ada seorang lelaki yang kepalanya terluka.
Lelaki tersebut mimpi basah (terkeluar air mani).
Lalu dia dinasihatkan (oleh sahabatnya)
untuk mandi (junub)
sehingga lukanya bertambah parah dan mati.

Maka sampailah berita itu
kepada Rasulullah s.a.w.


Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Mereka telah membunuhnya,
semoga Allah membunuh mereka.

Ubat bagi orang jahil
adalah bertanya."


'Atho` bin Abu Rabah berkata,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Sepatutnya dia hanya perlu membasuh badannya
dan mengecualikan kepalanya yang terluka itu."


(Hadith Ibnu Majah no. 565)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Muhammad bin Yahya, diceritakan oleh Abdurrazaq, diceritakan oleh Ma'mar, daripada Jabir Al Ju'fi, daripada Ikrimah,
daripada Ibnu Abbas,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Tidak boleh membuat perkara yang memudaratkan (kepada diri sendiri)

dan tidak boleh memudaratkan orang lain."


(Hadith Ibnu Majah no. 2332)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Back
Top
Log in Register