BTC USD 63,323.9 Gold USD 4,329.96
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Doa

khutbah Jumaat kat Perlis hari ini. cara dan waktu berdoa yg mustajab

Doa memiliki kedudukan yang tinggi di sisi Allah SWT.
Amalan berdoa merupakan suatu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam. Rasulullah SAW bersabda
ertinya
“Doa itu adalah ibadah”.(Hadis Sahih, Riwayat Abu Daud)

Allah SWT amat menyukai hambaNya yang rajin berdoa tanpa mengira waktu dan keadaan. Mereka yang istiqamah dalam berdoa secara tidak langsung telah menjadikan dirinya dekat dengan Allah SWT.
Allah SWT berfirman:

Maksudnya; “Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila dia memohon kepada-Ku”. (Surah al-Baqarah, Ayat 186)
 

Attachments

Rasulullah ﷺ bersabda:
“Doa seorang hamba akan dikabulkan selama dia tidak berdoa untuk sesuatu yang berdosa atau memutuskan silaturahim, dan selama dia tidak tergesa-gesa.”

Seorang sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apa maksud tergesa-gesa itu?”

Baginda menjawab:
“Dia berkata, ‘Aku telah berdoa, tetapi Allah belum mengabulkan doaku,’ lalu dia merasa putus asa dan meninggalkan doa.”

(Riwayat Bukhari, no. 6340; Muslim, no. 2735)
 
Doa adalah rahsia antara seseorang hamba dengan Allah.
Orang yg sentiasa berdoa,dia akan menyaksikan keajaiban dalam hidupnya.
Percayalah Allah sentiasa mendengar doa.
Orang yg berdoa kepada Allah dengan tak syak,tak ragu2 dan dia yakin pada tuhannya,Allah menerima doanya.
Bagaimana doa itu hadir,ia hadir sebagaimana Allah kehendaki.
Mungkin kita membayangkan sesuatu tetapi ia hadir dlm bentuk yg lain tapi menunaikan maksud kita bahkan lebih baik.
Sebahagian hal yg kita berdoa,kita rasa doa kita tak muncul tapi sekarang kita dapati hidup kita baik dan apa yg menjadi kerisauan kita telah hilang kerana Allah S.W.T menunaikan doa kita mengikut apa yg Dia kehendaki.
Berdoalah!
 
Apabila berdoa, dituntut yakin kemaqbulannya, Allah SWT tak tolak doa orang Mukmin, namun ia datang bentuk berbeza & masa.
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 5241

Darjat: Sahih

Ijma’ ulama’

Matan:
Daripada Abu Hurairah (radiyallāhu ‘anhu),
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

"Tidak ada seorang pun yang masuk syurga
kerana amalannya."

Para sahabat bertanya,
"Begitu juga dengan engkau,
wahai Rasulullah?"

Baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) bersabda,
"Tidak juga dengan diriku.
Kecuali jika Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya padaku.

Oleh kerana itu,
berlaku luruslah
dan mendekatkan diri (pada Allah).

Dan janganlah salah seorang daripada kalian
mengharapkan kematian.

Jika dia orang baik,
semoga dia menambah amal kebaikannya.

Dan jika dia orang yang buruk (akhlaknya),
semoga dia bertaubat."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
“Ketahuilah, sesungguhnya Allah tidak akan menerima doa dari hati yang lalai dan alpa.”
(Riwayat Tirmizi, no. 3479)
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu’alaykum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Bukhari no. 5241

Darjat: Sahih

Ijma’ ulama’

Matan:
Daripada Abu Hurairah (radiyallāhu ‘anhu),
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

"Tidak ada seorang pun yang masuk syurga
kerana amalannya."

Para sahabat bertanya,
"Begitu juga dengan engkau,
wahai Rasulullah?"

Baginda (sallallahu ‘alayhi wa sallam) bersabda,
"Tidak juga dengan diriku.
Kecuali jika Allah melimpahkan kurnia dan rahmat-Nya padaku.

Oleh kerana itu,
berlaku luruslah
dan mendekatkan diri (pada Allah).

Dan janganlah salah seorang daripada kalian
mengharapkan kematian.

Jika dia orang baik,
semoga dia menambah amal kebaikannya.

Dan jika dia orang yang buruk (akhlaknya),
semoga dia bertaubat."

Nota penting:

Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama’, ustaz atau yang setaraf dengannya)

Sanadnya:

1748395642195.png
 
Antara Doa dan Daya

Setiap insan punya impian, harapan, dan hajat.
Namun dalam Islam, meminta kepada Allah sahaja tidak cukup tanpa bergerak mencapainya.

🛐 1. Doa Adalah Senjata Mukmin


“Berdoalah kepada-Ku, nescaya Aku perkenankan bagimu.”
(Surah Ghafir: 60)

Doa adalah pengakuan kita sebagai hamba. Ia bukan tanda kelemahan, tetapi tanda kebergantungan kepada Yang Maha Kuat.

Namun, doa tanpa usaha adalah kelalaian.

🔧 2. Usaha Adalah Bukti Kejujuran Hati


“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri.”
(Surah ar-Ra’d: 11)

Jika kita benar-benar mahu:
• Rezeki bertambah ➤ Usahakan dengan kerja dan ilmu
• Anak soleh ➤ Didik dengan kasih dan hikmah
• Dosa diampuni ➤ Taubat, bukan sekadar lafaz

Usaha ialah ‘amin’ bagi setiap doa. Bila kita berusaha, kita sedang membenarkan doa kita dengan tindakan nyata.

🌧️ 3. Bersabarlah – Rezeki Allah Datang Dengan Waktu-Nya

Kadang kita sudah berdoa dan berusaha, tapi hasil belum muncul. Di sinilah iman diuji:

“Dan mungkin kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu.”
(Surah al-Baqarah: 216)

Teruskan berdoa, teruskan berusaha, dan teruskan bersangka baik dengan Allah. Dia Maha Tahu waktu terbaik untuk memberi.

✨Kita Perlu Sedar
• Doa ➤ Tanda kita mengaku hamba
• Usaha ➤ Tanda kita jujur dengan doa
• Tawakal ➤ Tanda kita redha dengan ketentuan

🌸 Doa Ringkas Memohon Hajat

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِزْقًا طَيِّبًا، وَعِلْمًا نَافِعًا، وَعَمَلًا مُتَقَبَّلًا، وَقَلْبًا سَلِيمًا، وَهَاجَةً تَرْضَاهَا وَتَقْضِي لِي بِهَا

“Ya Allah, aku memohon rezeki yang halal, ilmu yang bermanfaat, amalan yang diterima, hati yang sejahtera, dan hajat yang Engkau redhai serta Engkau tunaikan bagiku.”

 
Salah satu waktu yang diharapkan padanya kemustajaban doa adalah di antara Zuhur dan Asar pada hari Rabu.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Jābir bin ‘Abdillāh رضي الله عنه, beliau berkata bahawa Nabi SAW berdoa di Masjid Al-Fath selama tiga hari iaitu pada hari Isnin, Selasa, dan Rabu.

Kemudian kata Jābir :

‎فَاسْتُجِيبَ لَهُ يَوْمَ الأربعاء بَيْنَ الصّلاتَيْنِ
‎فَعُرِفَ الْبِشْرُ فِي وَجْهِهِ

Terjemahan : Lalu dimustajabkan doa Baginda pada hari Rabu di antara dua solat (Zuhur dan Asar), dan dapat dilihat kegembiraan pada wajah Baginda.

Setelah itu Jābir رضي الله عنه berkata :

‎فَلَمْ يَنْزِلْ بِي أَمْرٌ مُهِمٌّ غَلِيظٌ إِلا‏ ‏تَوَخَّيْتُ ‏تِلْكَ السَّاعَةَ فَأَدْعُو فِيهَا فَأَعْرِفُ الإجابة

Terjemahan : Tidaklah berlaku kepada diriku suatu perkara yang sulit lagi berat, melainkan aku akan mencari waktu tersebut dan aku berdoa padanya, lalu aku mendapati yang ia dimustajabkan.

Riwayat Al-Bukhāri dalam Al-Adab Al-Mufrad (704), Ahmad (14563), dan Al-Baihaqi dalam Al-Syu’ab (3591).

Al-Imām Al-Baihaqi رحمه الله berkata :

ويتحرى للدعاءِ الأوقات والأحوال والمواطن التي يرجى فها الإجابةُ تماما

Terjemahan : Dan hendaklah seseorang itu mencari waktu-waktu, keadaan-keadaan, dan tempat-tempat tertentu yang diharapkan kemustajaban doa yang lengkap padanya.

Kemudian beliau menyambung :

‎فأما الأوقاتُ فمنها ما بين الظهر والعصر من يومِ الأربعاء

Terjemahan : Adapun waktu-waktu (yang diharapkan kemustajaban doa padanya), antaranya adalah di antara Zuhur dengan Asar pada hari Rabu.

Rujuk Syu’ab Al-Imān, Abū Bakr Al-Baihaqi (2/375).

Berikut merupakan beberapa pendapat para ulama Hanābilah berkenaan isu ini :

1- Al-Imām ‘Abdul Ghani Al-Maqdisi رحمه الله memasukkan hadis Jābir di atas di dalam kitabnya yang bertajuk Al-Targhīb fil Du’ā wal-Hass ‘Alayh (1/87) pada bab : “Waktu-waktu yang dilakukan doa padanya”.

2- Al-Imām ‘Imāduddīn Al-Maqdisi رحمه الله (adik kepada ‘Abdul Ghani Al-Maqdisi) turut mengamalkan berdoa di antara Zuhur dan Asar pada hari Rabu, dan beliau berkata :

مَا رَأَيْتُ مِثْلَ هَذَا الدُّعَاءِ، أَوْ أَسْرَعَ إِجَابَةً مِنْهُ

Terjemahan : Aku tidak pernah melihat doa seumpama ini, atau (doa) yang lebih segera kemustajaban berbandingnya.

Dengan perkongsian doa berikut :

يَا أَللهُ يَا أَللهُ، أَنْتَ اللهُ، بَلَى وَاللهِ، أَنْتَ اللهُ، لَا إِلهَ إِلَّا أَنْتَ، اللهُ اللهُ اللهُ، وَاللهِ إِنَّهُ لَا إِلهَ إِلَّا اللهُ.

Rujuk Zail Tabaqāt Al-Hanābilah, Ibnu Rajab Al-Hanbali (3/207)

3- Al-‘Allāmah ‘Abd Al-Rahmān bin Qāsim berkata :

‎أنه يوم تجاب فيه الدعوات، وتقضى فيه الحاجات

Terjemahan : Sesungguhnya ia (hari Rabu) merupakan hari yang dimustajabkan padanya doa-doa, dan ditunaikan padanya segala hajat.

Rujuk Al-Durar Al-Saniyyah fi Al-Ajwibah Al-Najdiyyah (10/344)

✍🏻 Muhammad Fahmi Rusli
 
Back
Top
Log in Register