BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Doa

Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Diceritakan oleh Muhammad bin 'Abbad & Ibnu Abu 'Umar, diceritakan oleh Marwan (Al Fazari), daripada Yazid (Ibnu Kaisan), daripada Abu Hazim, daripada Abu Hurairah,


"Seseorang pernah berkata,
'Ya Rasulullah,
doakanlah
untuk orang-orang musyrik
agar mereka celaka!"

Mendengar itu,
Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Sesungguhnya aku diutus
bukan untuk menjadi pelaknat.

Tetapi aku diutus
sebagai rahmat."


(Hadith Muslim no. 4704)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
IMG_20230331_100626_614.jpg


Doa Makbul Dengan Berpuasa

Daripada Abu Hurairah RA, beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda : Tiga golongan yang tidak akan ditolak doa-doa mereka.

Pertama : Orang yang berpuasa sehingga dia berbuka.
Kedua : Imam atau pemerintah yang adil.
Ketiga : Orang yang dizalimi

Allah SWT akan mengangkat doanya ke atas awan dan dibukakan untuknya pintu-pintu langit dan Allah SWT akan berfirman : “Demi kemuliaan dan keagunganKu, pasti Aku akan menolong kamu walaupun selepas beberapa ketika.”
 
IMG_20230415_231321_990.jpg


DOA MUSTAJAB

Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka, mempunyai doa mustajab yang pasti tidak ditolak.”

Jangan sia-siakan waktu ini dan perbanyakkan doa memohon keampunan daripada Allah SWT.
 
IMG_20230419_063152_081.jpg


PERBANYAKAN DOA DI DALAM SUJUD

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : “Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya, ialah di kala hamba itu sedang sujud (di hadapan Allah), oleh itu perbanyakan doa dalam sujud.”

Manfaatkanlah sujud dalam setiap solat kita sebaik mungkin dengan merintih dan memohon ampun kepada Allah SWT.
 
IMG_20230622_083754_121.jpg


BERDOALAH….

Firman Allah SWT dalam surah Ghafr ayat 60 yang bermaksud :

“Dan Tuhan Kamu berfirman : Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”

Marilah sama-sama kita manfaatkan 10 Awal Zulhijjah ini dengan memperbanyakan berdoa kepada Allah SWT.
#malaysiamadani
#pelantransformasialfalah
 
Bismillahir Rahmanir Rahim.
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh.


Hadith Tirmidzi no. 3292
Darjat: Hasan


Diceritakan oleh Abbas bin Abdul 'Azhim Al 'Anbari, diceritakan oleh Abu Daud Ath Thayalisi, diceritakan oleh Imran Al Qaththan, daripada Qatadah,
daripada Sa'id bin Abu Al Hasan, daripada Abu Hurairah r.a.
Nabi s.a.w. bersabda,


"Tidak ada sesuatu yang lebih mulia
di sisi Allah ta'ala
daripada doa."


Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Waktu Mustajab Berdoa

عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : ثِنْتَانِ لاَ تُرَدَّانِ اَلدُّعَاءُ عِنْدَ النِّدَاءِ وَتَحْتَ الْمَطَرِ

Daripada Sahl bin Sa’ad RA, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda. Dua doa yang tidak pernah ditolak; doa selepas waktu azan dan doa pada waktu hujan turun. (HR al-Hakim, No: 2534) Status: Hadis Sahih.

Pengajaran:

1. Doa adalah ibadah yang dituntut kepada setiap Muslim melakukannya.

2. Ada waktu yang sesiapa berdoa kepada Allah akan diperkenankan iaitu:

a. Doa selepas azan dan sebelum iqamah
b. Doa pada waktu hujan mula turun

3. Imam An-Nawawi berkata bahawa penyebab doa pada waktu turun hujan tidak ditolak atau jarang ditolak kerana pada waktu tersebut, sedang turun rahmat khususnya curahan hujan pertama di awal musim. (Fathul Qadir 3/340).

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

05hb Dis. 2023
21hb Jamadil Awal 1445H
 
PERKONGSIAN 1 HARI 1 HADIS

Tiga Golongan Mustajab Doa

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثَلَاثُ دَعَوَاتٍ مُسْتَجَابَاتٌ لَا شَكَّ فِيهِنَّ دَعْوَةُ الْمَظْلُومِ وَدَعْوَةُ الْمُسَافِرِ وَدَعْوَةُ الْوَالِدِ عَلَى وَلَدِهِ

Daripada Abu Hurairah RA ia berkata; Rasulullah SAW bersabda: "Ada tiga jenis doa yang akan dikabulkan yang tidak ada keraguan padanya; doa orang yang dizalimi, doa orang yang sedang bermusafir, dan doa orang tua untuk anaknya." (HR Tirmizi No: 1828) Status: Hadis Hasan

Pengajaran:

1. Muslim dituntut sentiasa berbuat baik dalam pergaulan dan perhubungan dengan anggota masyarakat termasuk kedua ibu bapa.

2. Elakkan hubungan yang buruk hingga menjadi penyebab kita menzalimi orang lain.

3. Tiga golongan doanya mustajab di sisi Allah:

b. Doa dari orang yang dizalimi
c. Doa orang yang sedang bermusafir
d. Doa dua ibu bapa kepada anak

4. Pastikan kita tidak melakukan sesuatu yang buruk kepada golongan ini sehingga menjadi penyebab mereka berdoa yang buruk untuk kita

Semoga kita mendapat doa yang baik dari orang yang sedang bermusafir. Bagi kedua ibu bapa, pastikan apa yang keluar dari mulut dan yang terlintas dalam doa untuk anak-anak adalah yang baik-baik kerana ia boleh menjadi mustajab.

Mari kita bina keluarga yang sejahtera dengan doa yang terbaik menuju ke syurga. Doa ibubapa memainkan peranan penting dalam membentuk keluarga Bahagia.

#BangunkanJiwamu
#TeguhkanUkhuwahSebarkanRahmah
#BinaNegaraRahmah
#PertubuhanIKRAMMalaysiaNegeriJohor
#PalestinMerdeka

25hb Dis. 2023
12hb Jamadil Akhir 1445H
 
Back
Top
Log in Register