BTC USD 60,856.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Al-Qur'an & Hadits: Bab: Doa

boca120879

Super Active Member
gem
Messages
9,639
Joined
Dec 27, 2018
Messages
9,639
Reaction score
3,506
Points
211
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ishaq bin Ibrahim, diceritakan oleh 'Isa bin Yunus, diceritakan oleh 'Abdul Malik bin Abu Sulaiman, daripada Abu Az Zubair, daripada Shafwan bin 'Abdullah bin Shafwan,

"Saya pernah pergi ke Syam

dan mengunjungi Abu Darda' di rumahnya.
Namun saya tidak bertemu dengannya,
lalu saya pergi menjumpai Ummu Darda'.

Setelah itu, Ummu Darda' bertanya kepada saya,
"Hai Shafwan, apakah kamu akan pergi haji pada tahun ini?"

Shafwan bin 'Abdullah bin Shafwan pun menjawab,
"Ya."

Ummu Darda' berkata,
"Mohonkanlah kepada Allah kebaikan untuk kami,
kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda,

"Doa seorang muslim untuk saudaranya sesama muslim
dari jauh,
tanpa diketahui olehnya
akan dikabulkan.

Di atas kepalanya, ada malaikat yang telah diutus,
dan setiap kali dia berdoa untuk kebaikan,
maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan
"Amin, dan kamu juga akan mendapatkan seperti itu."

Shafwan bin 'Abdullah bin Shafwan berkata,
"Setelah itu saya pergi ke pasar
dan di sana saya bertemu dengan Abu Darda'.
Ternyata dia pun mengatakan seperti itu kepada saya

yang diriwayatkannya daripada Rasulullah s.a.w."

(Hadith Muslim no. 4914)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Abdullah bin Abdurrahman, diceritakan oleh Yazid bin Harun, diceritakan oleh Hammam, diceritakan oleh Zaid bin Aslam, daripada 'Atho` bin Yasar, daripada 'Ubadah bin Ash Shamit,
Rasulullah s.a.w. bersabda,


"Di syurga ada seratus tingkat,
jarak antara setiap tingkat
seperti antara bumi dan langit.

Firdaus adalah syurga tertinggi.
Darinya empat sungai syurga mengalir,
di atasnya 'Arasy.

Bila kalian meminta (berdoa) kepada Allah,
mintalah Firdaus."


(Hadith Tirmidzi no. 2454)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
 
Last edited:
IMG_20220216_210623_942.jpg

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : "Sedekat-dekat hamba kepada Tuhannya, ialah di kala hamba itu sedang sujud (di hadapan Allah), oleh itu perbanyakkanlah doa dalam sujud". (Hadith Riwayat Muslim 1/350)

Manfaatkanlah sujud dalam setiap solat kita sebaik mungkin dengan merintih dan memohon ampun kepada Allah SWT. Sesungguhnya Allah SWT Maha Mendengar permintaan serta keluhan hambaNya.

Semoga dengan memperbanyakkan berdoa dalam sujud menjadikan diri kita lebih dekat dengan Allah SWT.

#jomsolat
 
1762306949597.png


Hadits Tirmidzi no. 1899
Status: Sohih - Muhammad Nasiruddin al-Albani

Matan:
Daripada Samurah ibn Jundub (radhiyallahu ‘anhu),
Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda,

“Janganlah kalian saling melaknat dengan ucapan,

semoga Allah melaknatmu!

Atau,
semoga kau mendapat kemurkaan Allah!

Atau,
semoga Allah memasukkanmu ke dalam neraka!”

Nota penting:
Ambillah ilmu yang benar
daripada pencinta sunnah yang jujur.
Sesungguhnya, Allah membenci orang yang petah berbicara.
Tetapi malas beramal tanpa alasan yang benar.

Teks Arab:

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ الْحَسَنِ عَنْ سَمُرَةَ بْنِ جُنْدَبٍ قَالَ
قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَلَاعَنُوا بِلَعْنَةِ اللَّهِ وَلَا بِغَضَبِهِ وَلَا بِالنَّارِ
قَالَ وَفِي الْبَاب عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ وَأَبِي هُرَيْرَةَ وَابْنِ عُمَرَ وَعِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ
 
Last edited:
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Diceritakan oleh Ishaq bin Ibrahim, diceritakan oleh 'Isa bin Yunus, diceritakan oleh 'Abdul Malik bin Abu Sulaiman, daripada Abu Az Zubair, daripada Shafwan bin 'Abdullah bin Shafwan,

"Saya pernah pergi ke Syam

dan mengunjungi Abu Darda' di rumahnya.
Namun saya tidak bertemu dengannya,
lalu saya pergi menjumpai Ummu Darda'.

Setelah itu, Ummu Darda' bertanya kepada saya,
"Hai Shafwan, apakah kamu akan pergi haji pada tahun ini?"

Shafwan bin 'Abdullah bin Shafwan pun menjawab,
"Ya."

Ummu Darda' berkata,
"Mohonkanlah kepada Allah kebaikan untuk kami,
kerana Rasulullah s.a.w. telah bersabda,

"Doa seorang muslim untuk saudaranya sesama muslim
dari jauh,
tanpa diketahui olehnya
akan dikabulkan.

Di atas kepalanya, ada malaikat yang telah diutus,
dan setiap kali dia berdoa untuk kebaikan,
maka malaikat yang diutus tersebut akan mengucapkan
"Amin, dan kamu juga akan mendapatkan seperti itu."

Shafwan bin 'Abdullah bin Shafwan berkata,
"Setelah itu saya pergi ke pasar
dan di sana saya bertemu dengan Abu Darda'.
Ternyata dia pun mengatakan seperti itu kepada saya

yang diriwayatkannya daripada Rasulullah s.a.w."

(Hadith Muslim no. 4914)

Nota penting:
Untuk pemahaman yang lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yang setaraf dengannya)
Good and it is well-reserched post.
 
Back
Top
Log in Register