BTC USD 75,701.6 Gold USD 4,338.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Air mani lelaki yang sihat warna apa?

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201
365985-365985.jpg


Abang-abang, tolong jangan buat tak nampak kalau air mani bertukar warna pelik

Topik ini mungkin sensitif untuk dibincangkan di kedai kopi, tapi ia adalah petunjuk penting status kesihatan dalaman lelaki.

Ramai lelaki ambil mudah. Asalkan boleh keluar, kira okey. Hakikatnya, perubahan warna cecair ini boleh menjadi amaran awal jangkitan kuman atau masalah prostat.

Mari kita buat semakan ringkas warna cecair kejantanan anda:

1. Putih Susu atau Kelabu
Ini adalah warna piawai. Ia menunjukkan kandungan sperma yang sihat dan tiada masalah kesihatan. Tahniah, anda dalam keadaan optimum.

2. Kuning atau Keemasan
Jangan panik dulu. Ada beberapa sebab.
Pertama, mungkin sebab dah lama tak keluar, jadi sperma lama telah teroksida.
Kedua, mungkin ada sedikit air kencing yang bercampur (urine retention).
Tapi kalau warna kuning ini disertai bau busuk, sakit ketika membuang air, atau demam, itu tanda besar jangkitan kelamin (STD) atau jangkitan prostat. Sila jumpa doktor.

3. Merah atau Coklat Karat
Ini yang paling menakutkan. Istilah perubatannya Hematospermia atau darah dalam air mani.
Puncanya boleh jadi sebab pecah salur darah kecil akibat 'aktiviti lasak', radang prostat, atau batu karang.
Walaupun selalunya ia sembuh sendiri, namun bagi lelaki berumur 40 tahun ke atas, ini boleh jadi tanda awal kanser prostat. Jangan ambil risiko.

4. Jernih atau Cair
Selalunya berlaku pada pra-ejakulasi. Tapi kalau setiap kali keluar ia nampak cair macam air paip, itu mungkin tanda jumlah sperma rendah (low sperm count) atau kekurangan zink dalam badan.

Jadi tuan-tuan, sekali sekala tu toleh la sikit sebelum flush.

Kalau nampak warna macam sirap atau nanah, tolonglah ketepikan rasa malu. Pergi klinik. Doktor tak gelakkan anda, doktor nak selamatkan 'masa depan' anda.

Kredit ➡️ Public Health Malaysia
 
Back
Top
Log in Register