BTC USD 76,160.4 Gold USD 4,341.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Lelaki berpakaian kostum duyung di gerai jual air balang

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,486
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,486
Reaction score
1,681
Points
201


Tular video lelaki berpakaian kostum duyung di gerai jual air balang


Kota Bharu: Tular video yang menyaksikan seorang lelaki berpakaian seperti duyung sambil berjoget di hadapan sebuah gerai menjual air balang dipercayai di Pengkalan Chepa.

Rakaman video berdurasi selama 26 saat itu tular di laman Facebook sejak semalam sehingga menerima kecaman netizen dengan menyifatkan perbuatan itu memalukan terutama dilakukan ketika Ramadan.

Menerusi video berkenaan menyaksikan lelaki yang berpakaian wanita itu berjoget sambil memegang air selain membuat aksi seperti duyung di sebuah gerai menjual air balang.

Tindakan tidak bermoral itu dipercayai sebagai 'content' untuk melariskan jualan air balang yang dijual.

Malah pada masa sama, ramai juga yang mendesak supaya pihak berkuasa tempatan (PBT) menarik balik lesen perniagaan gerai itu selain mengenakan tindakan tegas terhadap individu berkenaan.

Difahamkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (JAHEAIK) sedang mengesan lelaki berkenaan untuk tindakan lanjut


Sumber : Harian Metro
 
Apa nak heran zaman sekarang, first day kat RTM pun dah rakam bideo TikTok.
 
adab dan akhlak dah makin hilang...digantikan dengan "...yang penting kuasa viral"
 
Terima upah RM200, ‘duyung’ lelaki promosi air balang ditahan


KOTA BHARU – Seorang lelaki yang memakai kostum ikan duyung semasa mempromosikan air balang di depan sebuah gerai di Pengkalan Chepa di sini baru-baru ini ditahan kelmarin.

Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamed Fadzli Hassan berkata, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) menahan lelaki berusia 24 tahun itu di kawasan rumahnya di Kampung Chetok, Pasir Mas dekat sini.

Menurutnya, pihak Jaheaik bagaimanapun membebaskan lelaki itu dengan bon jaminan selepas memberi keterangan.

“Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 19 dan 20 Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kelantan (1) 2019 kerana berpakaian seperti wanita dan perbuatan tidak sopan.

“Berdasarkan keterangannya, lelaki itu dipercayai menerima upah sebanyak RM200 daripada pemilik gerai air balang tersebut untuk menghasilkan video bertujuan mempromosikan perniagaan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Mingguan Exco di Kompleks Kota Darulnaim di sini hari ini.

Mohamed Fadzli memberitahu, lelaki itu bagaimanapun perlu hadir ke Jaheaik pada 8 Jun depan untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, siasatan mendapati, video yang memaparkan lelaki memakai kostum ikan duyung semasa mempromosikan air balang itu dipercayai dirakamkan sehari sebelum Ramadan.

“Video tersebut kemudian dimuat naik di laman sosial pada 1 Ramadan lalu,” katanya.

Akhbar Kosmo! sebelum ini melaporkan, Jaheaik akan memanggil seorang lelaki yang memakai kostum ikan duyung semasa mempromosikan air balang di depan sebuah gerai yang dipercayai di Pengkalan Chepa di sini baru-baru ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Seranta Kelantan, Mohd. Asri Mat Daud berkata, perkara itu sudah dalam tindakan bahagian penguatkuasaan Jaheaik.


Menurutnya, pihak berkuasa tempatan juga mengeluarkan kompaun kepada pemilik gerai berkenaan pada 22 Februari lalu.

Artikel : Kosmo Online
 
Back
Top
Log in Register